Article Discussion : Malaysia Menuju Kearah Gawat Ekonomi - Prof Dr Hoo Ke Ping(2015)

CG Sponsors




kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,593
Reaction score
816
Points
171
KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd merancang untuk membida lesen perbankan digital, ketika Malaysia bersedia untuk membuka industri kewangan kepada firma selain bank.

Ia sedang berbincang dengan 11 rakan berpotensi mengenai cadangan berkenaan, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Izzaddin Idris.

Beliau berkata, rakan berpotensi itu termasuk bank-bank dan pengendali e-dompet, namun beliau enggan mendedahkan identiti firma berkenaan.

Bank dan syarikat pemula membina nilai sebanyak AS$38 bilion (RM159.3 bilion) dalam sektor teknologi kewangan (fintech) di Asia Tenggara.

Axiata akan menyertai firma bukan bank lain seperti Grab Holdings Inc, Ant Financial dan Singapore Telecommunications Ltd dalam usaha menyertai perbankan digital di Asia.

Sebanyak lapan bank maya bakal mula beroperasi di Hong Kong tahun ini, manakala Singapura merancang untuk mengeluarkan sehingga lima lesen kepada firma bukan bank pada Jun ini.


Thailand turut mengikut jejak dengan menawarkan inisiatif yang sama.

Bank pusat Malaysia mengeluarkan dasar draf pada Disember lalu untuk menubuhkan bank digital.

Bank Negara Malaysia (BNM) merancang untuk menawarkan sehingga lima lesen menjelang akhir tahun ini, selepas memuktamadkan dasar itu pada separuh pertama tahun ini.

Axiata sedang berbincang dengan bank pusat dan menjangkakan operasi perbankan digitalnya akan bermula pada separuh kedua tahun depan, sekiranya ia mendapat kelulusan berkenaan, kata Mohd Izzadin.

Axiata adalah firma telekomunikasi Malaysia yang terbesar dari segi perolehan.

-Bloomberg
 
Sponsored Post

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,593
Reaction score
816
Points
171
KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini.

Pada 9.02 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.1800/1850 berbanding dolar AS daripada 4.2045/2085 ketika ditutup semalam.

Ketua Pakar Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes, berkata pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia pada Selasa dijangka menyokong ringgit memandangkan semakan semula itu akan mendorong permintaan secara mendadak terhadap pelbagai sektor bernilai tinggi.

“Ringgit dijangka diniagakan positif hari ini, yang sewajarnya menyaksikan aliran bon, pasca kadar Bank Negara itu, ke dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS),” katanya.

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FOMC) mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan menurunkan julat kadar asas sebanyak 0.5 mata peratusan kepada 1 hingga 1.25 peratus.

Di samping itu, bank pusat utama lain di seluruh dunia turut dijangka mengurangkan kadar faedah tidak lama lagi atau mengambil langkah lain untuk melindungi ekonomi global daripada kesan COVID-19.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0161/0208 daripada 3.0194/0233 pada Selasa dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.8898/8956 daripada 3.8934/8982.

Ringgit stabil berbanding pound Britain kepada 5.3625/3694 daripada 5.3725/3793 yang dicatatkan semalam dan tinggi berbanding euro kepada 4.6686/6759 daripada 4.6775/6836. - Bernama
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,593
Reaction score
816
Points
171
KUALA LUMPUR: Maybank akan menurunkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 0.25 peratus bermula Khamis ini.

Langkah itu sejajar dengan pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia sebanyak 0.25 kepada 2.5 peratus.

”BR Maybank akan diturunkan daripada 2.75 peratus setahun kepada 2.50 peratus setahun manakala BLR akan ditukar daripada 6.4 peratus setahun kepada 6.15 peratus setahun.

“Pada masa yang sama, kadar asas perbankan Islam juga akan dikurangkan sebanyak 25 mata asas daripada 2.75 peratus setahun kepada 2.50 peratus setahun manakala kadar pinjaman asas perbankan Islam dikurangkan daripada 6.40 peratus kepada 6.15 peratus setahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bank terbesar Malaysia itu berkata, selaras dengan penyemakan semula ini, kadar deposit Maybank dan Maybank Islamic juga akan dikurangkan sebanyak 25 mata asas bermula pada hari yang sama.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata: “Penurunan kadar pinjaman ini akan membantu mengurangkan kesan ketidakpastian ekonomi yang telah timbul sejak kebelakangan ini, terutamanya berikutan wabak Covid-19.

Kami tetap komited untuk memainkan peranan dalam menyokong persekitaran kewangan yang lebih selesa bagi membantu perniagaan dan individu mengharungi tempoh yang mencabar ini.

”Semakan terakhir kadar asas Maybank adalah pada 24 Januari 2020 apabila ia ditukar kepada 2.75 peratus dari 3.0 peratus.
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,593
Reaction score
816
Points
171
KUALA LUMPUR: Pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2.50 peratus menepati jangkaan ahli ekonomi, yang disifatkan langkah wajar untuk menyokong pertumbuhan ekonomi di tengah-tengah impak penularan COVID-19.

Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed, berkata pengurangan kadar penanda aras pinjaman tempatan itu adalah sejajar dengan jangkaan pasaran berikutan penularan COVID-19 dan ketidaktentuan global memberi kesan terhadap banyak ekonomi.

“Kita sedang menuju ke arah rejim kadar faedah yang lebih rendah kerana semakin banyak bank pusat mengurangkan kadar untuk mengekalkan momentum pertumbuhan,” katanya kepada BH.

Shan juga mengunjurkan akan berlaku dua lagi pengurangan OPR tahun ini.


Beliau berkata, tahun ini saja, tujuh bank pusat di seluruh dunia sudah mengurangkan kadar mereka.

“Tahun lalu, 47 bank pusat mengurangkan kadar mereka untuk menyokong trajektori pertumbuhan.

“Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2020 dijangka kekal antara 4.4 peratus dan 4.8 peratus tahun ini dan ringgit berlegar sekitar RM3.97 hingga RM4.30 berbanding satu dolar AS,” katanya.

Beliau berkata, hasrat strategik bank pusat adalah untuk menyokong pertumbuhan, permintaan agregat dan paling penting, kestabilan harga untuk mengekalkan momentum ekonomi dalam aliran meningkat.

Katanya, pengurangan OPR itu memberikan isyarat kepada pasaran bahawa BNM sanggup mengurangkan lagi kadar apabila diperlukan oleh ekonomi.

“Kerajaan masih mempunyai ruang untuk bergerak menerusi dasar monetari dan fiskal untuk merangsang pertumbuhan dan mengekalkan kestabilan makroekonomi pada tahap yang lebih besar.

“Keyakinan ekonomi dapat membantu mengekalkan penggunaan, membawa masuk pelaburan, tindakan kerajaan dan keseimbangan eksport-import yang positif,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata penurunan OPR itu adalah sesuatu yang positif memandangkan ia bakal menyuntik keyakinan bahawa dasar monetari yang akomodatif akan menyokong pertumbuhan ekonomi menerusi kos pinjaman yang kompetitif.

Beliau berkata, aktiviti pelaburan dan penggunaan seharusnya dapat digalakkan menerusi pengurangan OPR di samping pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan baru-baru ini.

Pihaknya juga percaya terdapat kemungkinan akan ada lagi pengurangan OPR selanjutnya.

MIDF Research dalam nota penyelidikannya pula berkata, langkah pengurangan OPR oleh BNM itu adalah mengejutkan dari segi tempoh ia dilaksanakan kerana ia mengunjurkan pengurangan selanjutnya dilaksanakan pada Mei ini selepas pengurangan dibuat pada Januari lalu.

Tambahan lagi, katanya, ia berpandangan bank pusat akan membiarkan pakej rangsangan ekonomi untuk memberikan kesan terlebih dulu.

“Kami menjangkakan tidak akan ada lagi pengurangan kadar akan dibuat tahun ini. Kami berpandangan, satu pengurangan dibuat tahun lalu dan dua potongan tahun ini adalah mencukupi untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia terutama menerusi penggunaan swasta dan pelaburan.

“Selain pelonggaran monetari dan pengembangan dasar fiskal, kami berpandangan pasaran kerja yang stabil dan tekanan inflasi yang rendah akan menyokong pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Ahli Ekonomi OCBC Bank, Wellian Wiranto menjangkakan satu lagi pengurangan kadar pada Mei ini sekiranya penularan COVID-19 dan kebimbangan politik terus memberi kesan kepada pertumbuhan.

“Sudah tentu, sekiranya Rizab Persekutan AS (Fed) mengurangkan kadar dalam minggu mendatang ini, kemungkinan pengurangan kadar oleh BNM untuk kali ketiga tahun ini akan meningkat dengan ketara,” katanya.
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,593
Reaction score
816
Points
171
KUALA LUMPUR: Pelabur akan terus menilai impak daripada pandemik COVID-19 minggu hadapan dalam keadaan kebimbangan mengenai kemelesetan dan harga minyak mentah rendah.

mereka menunggu butiran mengenai kemungkinan pelarasan kepada pakej rangsangan ekonomi yang bernilai RM20 bilion.

Impak daripada tiga faktor itu akan turut menyebabkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih rendah daripada jangkaan dan meningkatkan defisit negara, kata penganalisis.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan unjuran pertumbuhan KDNK yang lebih rendah sebanyak 3.6 peratus hingga 4.0 peratus untuk negara pada tahun ini, merosot daripada unjuran awal sebanyak 4.8 peratus.

Pengumuman itu mencerminkan kerajaan menganggarkan kadar pertumbuhan KDNK Malaysia akan berkurangan sebanyak 0.8 peratus hingga 1.2 peratus bagi keseluruhan tahun 2020, dengan unjuran pertumbuhan KDNK 3.6 peratus hingga 4 peratus berbanding unjuran awal 4.8 peratus.

Bank Negara Malaysia dijangka mengumumkan unjuran pertumbuhan baharu pada 25 Mac ini.

Seorang penganalisis memberitahu Bernama bahawa rantaian bekalan global akan terus terganggu berikutan COVID-19, manakala minyak mentah Brent dijangka jatuh kepada AS$20 setong, justeru memerlukan kerajaan mempercepatkan pelaksanaan pelan rangsangan fiskalnya.

Sependapat dengan pandangan ini, Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pada masa ini, langkah untuk menerapkan keyakinan dalam kalangan pelabur amat penting.

“Kerajaan perlu mempercepatkan pelaksanaan pakej rangsangan fiskal supaya permintaan domestik akan terus berkembang dan mengimbangi kelemahan dari luar negara. Saya menjangka permintaan terhadap instrumen selamat seperti bon atau sukuk akan menjadi pelaburan yang amat dicari walaupun hasilnya rendah.

“Apa yang penting sekarang ialah memelihara modal atau prinsip pelaburan. Kita akan terus menyaksikan peralihan dalam permintaan daripada aset yang berisiko seperti ekuiti kepada bon atau sukuk,” katanya.

Walaupun tempoh pandemik masih belum diketahui, Mohd Afzanizam berkata jumlah kes yang pulih di seluruh dunia sebanyak 66,251 kes, atau 55 peratus daripada 120,772 kes yang disahkan di 114 negara.

Malaysia mencatatkan 39 kes COVID-19 yang baharu pada Jumaat, menjadikan jumlahnya kepada 197 kes.

“Itu agak baik dan kita tidak boleh menolak pemulihan berbentuk V akan berlaku. Kejatuhan harga ekuiti telah membawa kepada nilai wujud untuk saham berkualiti tinggi.

“Oleh itu, mungkin terdapat peluang membeli juga, terutamanya bagi mereka yang mempunyai pelaburan jangka panjang,” katanya, sambil menambah mungkin terdapat satu lagi pusingan pengurangan kadar oleh Bank Negara Malaysia.

Beliau berkata minggu depan, indeks komposit akan berada pada sekitar 1,340 hingga 1,350 dengan paras sokongan akan datang pada 1,247 mata.

Pada carta global, Dow Jones, S&P 500 dan Nasdaq, masing-masing merosot 10 peratus pada Khamis, manakala beberapa indeks pasaran sedang pesat membangun merosot dan mencetuskan sistem amaran awal, termasuk India, Thailand dan Filipina.

Dow Jones jatuh 9.99 peratus manakala S&P 500 merosot 9.51 peratus – kejatuhan harian yang paling ketara sejak 1987, didorong oleh jualan semalaman yang meluas di Wall Street selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik.

Di peringkat tempatan, dalam keadaan dagangan yang turun naik, FBM KLCI merosot banyak mata (97.20) pada pagi Jumaat sebelum dagangan ditutup dengan susut 74.68 mata kepada 1,344.75 (paras terakhir dilihat pada Julai 2010), belian oleh institusi tempatan menjadi penampan, dan tiada dagangan dihentikan.

Bursa Malaysia melaksanakan sistem amaran awal pada Mac 2002, akan diaktifkan secara automatik apabila indeks petunjuk pasaran mencatatkan kemerosotan sebanyak 10 peratus daripada paras ditutup pada hari sebelumnya.

Kebimbangan mengenai COVID-19 turut mendorong Rizab Persekutuan AS untuk mengambil langkah dan mengumumkan untuk menyuntik mudah tunai sehingga US$1.5 trilion dalam pasaran kewangan untuk menenangkan pasaran.

Minggu dagangan yang baru berakhir turut menyaksikan tekanan jualan dalam saham indeks utama yang mempengaruhi pasaran tempatan, diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan, permodalan kecil, pembinaan, kewangan dan perladangan.

Bagi minggu hadapan, pelabur tempatan dan asing akan menumpukan kepada dasar ekonomi baharu kerajaan Malaysia menjelang mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi yang pertama, bertujuan menangani masalah ekonomi yang dihadapi negara.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI merosot 138.35 mata kepada 1,344.75 daripada 1,483.10 sebelum ini.

Indeks FBM Emas susut 1,118.56 mata kepada 9,326.41, Indeks FBMT 100 berkurangan 1,055.27 mata kepada 9,218.96 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 1,135.36 mata kepada 9,984.99.

FBM 70 merosot 1,707.35 mata kepada 11,010.23 dan Indeks FBM ACE susut 953.18 mata kepada 4,291.99.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 1,514.22 mata kepada 12,822.34, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 24.56 mata kepada 110.67 dan Indeks Perladangan turun 885.53 mata kepada 5,847.51.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 25.01 bilion unit bernilai RM17.67 bilion daripada 15.85 bilion unit bernilai RM12.51 bilion dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 18.12 bilion saham bernilai RM16.47 bilion berbanding 9.97 bilion unit bernilai RM11.31 bilion.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 2.33 bilion unit bernilai RM353.72 juta daripada 2.04 bilion unit bernilai RM341.76 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 4.64 bilion saham bernilai RM838.56 juta daripada 3.83 bilion saham bernilai RM852.22 juta pada minggu sebelumnya.
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,593
Reaction score
816
Points
171
KUALA LUMPUR: Penularan COVID-19 yang semakin meluas dan perang harga minyak, menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pasaran saham utama dunia pada Jumaat, yang dimulakan kejatuhan harian terburuk pasaran Wall Street sejak 1987.

Jualan panik tercetus di sebahagian negara ekonomi maju dan sedang membangun, khususnya di pasaran Asia apabila menyaksikan kejatuhan harian ketara tiga indeks utama Wall Street susulan kebimbangan kemungkinan berlaku kemelesetan ekonomi global.

Indeks utama pasaran Amerika Syarikat (AS), Indeks S&P 500, Nasdaq dan Dow Jones, semua ditutup rendah lebih 9 peratus pada penutup awal pagi Jumaat.

Pasaran saham Jepun yang paling awal dibuka dalam kalangan negara Asia Pasifik, mencatatkan kemerosotan harian terbesar lebih 10 peratus, sementara pasaran Hong Kong jatuh sehingga 7.0 peratus.

Namun, kedua-dua pasaran itu berjaya mengurangkan kerugian yang dicatatkan sebelumnya dengan Indeks Nikkei 225 ditutup rendah 6.08 peratus atau 1,128.58 mata kepada 17,431.05, manakala Indeks Hang Seng ditutup 1.14 peratus atau 276.16 mata lebih rendah kepada 24,032.91.

Tekanan jualan juga memperlihatkan indeks penanda aras pasaran saham Thailand dan Indonesia masing-masing menyusut sehingga 10 peratus dan 5.0 peratus, sekali gus memaksa pengendalinya melaksanakan circuit breaker atau pemutus litar iaitu menutup dagangan dalam tempoh singkat untuk menenangkan pelabur.

Bagaimanapun, kedua-dua pasaran itu akhirnya pulih dengan mengakhiri dagangan dalam julat positif dengan Indeks Komposit Jakarta ditutup 11.82 mata atau 0.24 peratus lebih tinggi kepada 4,907.57, manakala Indeks Komposit Thailand mengakhiri dagangan 14 mata atau 1.26 mata lebih tinggi kepada 1,128.91.

Pasaran saham Singapura juga berdepan kemerosotan dengan Indeks Straits Times ditutup 44.64 mata atau 1.67 peratus lebih rendah kepada 2,634.00.

Bagi pasaran tempatan pula, Bursa Malaysia menerima tamparan penjualan panik serantau itu dengan memperlihatkan indeks FBM KLCI dibuka rendah 55.67 mata atau 3.92 peratus kepada 1,363.76.

Selepas berlegar antara 1,320.96 dan 1,369.00 mata, indeks penanda aras pasaran saham tempatan itu ditutup 74.68 mata atau 5.26 peratus lebih rendah kepada 1,344.75, paras terendahnya dalam tempoh sembilan tahun.

Sejak awal tahun ini sehingga Khamis lalu, nilai permodalan pasaran tempatan menyusut 13.48 peratus atau kira-kira RM220 bilion kepada RM1.415 trilion.

Selain pasaran ekuiti, ringgit juga terus mencatatkan aliran menurun dengan ditutup rendah 0.30 peratus kepada RM4.2775 berbanding satu dolar AS, paras terendahnya sejak Ogos 2017.

Sementara harga minyak mentah Brent naik AS$1.77 atau 5.3 peratus kepada AS$34.99 setong pada 1011 GMT selepas jatuh lebih tujuh peratus pada Khamis.

Penasihat Persatuan Penganalisa Teknikal Malaysia (MATA), Nazarry Rosli, berkata Indeks FBM KLCI dibuka rendah pada sesi pagi Jumaat berikutan kejatuhan teruk semalaman di pasaran AS.

Beliau berkata, kejatuhan teruk juga berlaku di kebanyakan pasaran serantau dengan isu penularan wabak COVID-19 menjadi penyebab utama kebimbangan pelabur, yang dikhuatiri akan memberi kesan yang buruk kepada ekonomi dunia.

“Berlaku situasi jualan panik pada sesi pagi yang didominasi oleh pelabur runcit. Kaunter aktif adalah dari sektor minyak dan gas, teknologi dan sektor yang berkaitan dengan China.

“Namun muncul pembelian yang disokong oleh pengurus dana tempatan ketika harga saham agak murah,” katanya kepada BH mengulas mengenai prestasi pasaran saham tempatan.

Nazarry berkata, pasaran kini berada di dalam situasi yang dipanggil “terlebih jualan”, yang mana dijangkakan harga saham akan naik semula dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, paras sokongan semasa Indeks FBM KLCI adalah pada kedudukan sekitar 1,320 mata.
 

im755

Super Active Member
Joined
Apr 27, 2006
Messages
5,084
Reaction score
96
Points
70
Adalah mesia akan benkrap dgn covid19 nie.

Bskl 1200 ajer
Pelabur mmmmm entah la
Duit merudum mmmm

Reserve mesia ada dalam 100 trillion Tak nak support covid nie.
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,593
Reaction score
816
Points
171
Adalah mesia akan benkrap dgn covid19 nie.

Bskl 1200 ajer
Pelabur mmmmm entah la
Duit merudum mmmm

Reserve mesia ada dalam 100 trillion Tak nak support covid nie.
Covid ni diluar jangkaan penganalisis ekonomi sblm ni..

Doakan yg terbaik utk mlysia n negara2 muslim..moga Allah sentiasa merahmati kita..
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,593
Reaction score
816
Points
171
KUALA LUMPUR: Kalangan pelabur hartanah serta mereka yang berhasrat memiliki rumah sendiri, disaran membeli hartanah itu pada tempoh pasca COVID-19 berikutan jangkaan bahawa harga aset itu akan susut.

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata terdapat kemungkinan pemaju hartanah menambah nilai (kepada projek atau unit yang ditawarkan) manakala harga yang diminta terhadap hartanah itu pula akan berkurangan.

Selain itu, katanya, persekitaran pembiayaan juga akan lebih kondusif berikutan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) berbanding 8.0-9.0 peratus atau pada kadar dua angka sebelum ini.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa usaha pembelian hartanah memerlukan komitmen serta pelaburan jangka panjang.

“Oleh itu, ia bukan satu pilihan yang baik sekiranya seseorang itu tidak mampu untuk membelinya bagi tempoh tertentu walaupun harga dijangka jatuh dalam tempoh singkat pasca COVID-19 serta kemungkinan keadaan pulih pada masa terdekat,” katanya dalam persidangan maya bertajuk ‘Beli Hartanah Atau Tidak Pasca COVID-19?’ anjuran PropertyGuru Malaysia.

Beliau berkata, walaupun kerajaan baru-baru ini mengumumkan beberapa langlah bagi membantu orang ramai seperti moratorium mengenai pembayaran balik pinjaman serta penstrukturan semula baki kad kredit tertunggak selama enam bulan, ini tidak memadai untuk mereka yang berhasrat mencari penyelesaian jangka pendek.

Merujuk krisis kewangan Asia 1997/1998, beliau berkata kediaman jenis bertingkat dan rumah teres adalah kategori hartanah yang lebih berdaya tahan berbanding lain sepanjang krisis serta tempoh pemulihan terbabit.

Bagaimana pun, katanya, keadaan mungkin tidak sama bagi tempoh pasca COVID-19 kerana ini adalah situasi di luar jangka dan tidak pernah dialami sebelum ini.

Pada 3 Mac lepas, BNM bertindak menurunkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus manakala kadar lantai dan siling koridor OPR turut dikurangkan masing-masing pada 2.75 peratus dan 2.25 peratus.

Oleh itu, berikutan lebih banyak kecairan domestik dan penyusutan ketara permohonan pinjaman, akan menyaksikan institusi kewangan mendapatkan peminjam berkualiti, demikian menurut salah seorang panelis pada program itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyProperty Data Joe Hock Thor.

“Keadaan semasa mungkin disenangi oleh pelabur spekulatif kerana mempunyai pilihan baik bagi mendapatkan aset-aset yang baik. Faktor yang ada ialah dari segi permintaan dan masa. Saya juga percaya penurunan harga dan kadar faedah rendah itu akan meningkatkan dari segi pulangan sewa,” katanya.

Selain itu, beliau berkata adalah penting untuk kalangan pemain industri hartanah menggunakan Revolusi Perindustrian 4.0 demi masa depan perniagaan, transaksi urus niaga dan volum hartanah mereka. – BERNAMA
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,593
Reaction score
816
Points
171
KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah Malaysia dijangka tidak mengalami senario terburuk pasca COVID-19 berikutan mempunyai asas-asas kewangan lebih stabil pada masa ini.

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia ,Sheldon Fernandez, berkata pelbagai langkah telah dilaksanakan bagi menguruskan keadaan penyusutan yang dialami industri sebelum berlakunya wabak COVID-19 berkenaan.

“Jika dilihat krisis-krisis sebelum ini, had penurunan itu adalah sekitar 10 peratus berikutan pertumbuhan harga rumah secara keseluruhannya susut 9.4 peratus sewaktu krisis kewangan Asia pada 1998 dan seterusnya wabak virus Nipah.

“Bagaimanapun, ini senario terburuk kerana krisis pada 1998 itu berteraskan faktor kewangan,” katanya kepada Bernama.

Fernandez berkata, impak terhadap harga bagi setiap jenis atau kategori hartanah juga adalah berbeza.

Sebagai contoh, krisis kewangan Asia 1998 menyaksikan harga kediaman jenis unit tunggal atau bukan teres susut sebanyak 13.6 peratus manakala rumah jenis teres dan kediaman bertingkat lebih berdaya tahan dengan penurunan masing-masing sekitar 4.8 peratus dan 6.2 peratus.

Fernandez berkata, tidak dinafikan bahawa COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi impak penurunan dari segi sentimen belian yang sememangnya telah merosot sebelum berlakunya penularan itu.

“Ini boleh dilihat menerusi Kajian PropertyGuru Mengenai Sentimen Pengguna Malaysia Bagi Separuh Pertama 2020 yang mana Indeks Sentimen Hartanah Malaysia telah susut dua mata daripada 44 mata pada separuh pertama 2019 kepada 42 mata pada awal tahun ini.

“Orang ramai lebih bertumpukan usaha untuk meneruskan kehidupan seharian serta isu-isu keperluan utama lain. Oleh itu, kebanyakan keputusan membabitkan soal hartanah ini akan ditangguhkan dan ini terus menjejaskan permintaan,” katanya.

Menyentuh sama ada spekulasi akan terus mempengaruhi keadaan pada tempoh pasca PKP, beliau berkata walaupun aspek mekanisme itu masih dalam penelitian, pasaran hartanah telah membuktikan keupayaannya untuk kembali pulih selepas berlakunya krisis dan kemerosotan jangka pendek.

Selain daripada kelemahan permintaan apabila keadaan pulih, kecenderungan itu juga berkait rapat dengan tindakan pelabur melakukan penyusunan semula portfolio masing-masing bagi mengurus risiko serta mengutamakan hartanah yang dinilai lebih rendah.

“Oleh kerana pemulihan pasaran hanya dijangkakan seawal separuh pertama 2021 selain impak COVID-19 dan PKP terhadap kadar sewaan dan pertumbuhan yang sederhana, semua aspek ini lebih cenderung kepada pelaburan jangka panjang berbanding spekulator jangka pendek atau mereka yang membeli bagi tujuan mengaut keuntungan semata-mata,” katanya.

Fernandez turut menyentuh permintaan yang dikemukakan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) kepada kerajaan yang boleh membantu menangani masalah unit kediaman tidak terjual di negara ini.

Ini termasuk mewujudkan semula Kempen Pemilikan Rumah, mengkaji semula cukai keuntungan harta tanah (CKHT), menyeragamkan harga ambang hartanah untuk pembelian antarabangsa di semua negeri dan meneliti semula had nisbah pinjaman kepada nilai bagi pembelian rumah ketiga.

“Penelitian semula had nisbah pinjaman kepada nilai itu khususnya, berkemungkinan berkesan sebagaimana data trafik di portal PropertyGuru Malaysia menunjukkan sebahagian besar pertanyaan adalah membabitkan hartanah jenis pangsapuri, kediaman bertingkat tinggi serta kondominium dengan harga dalam lingkungan RM900,000 hingga RM2,000,000 pada Mac dan setakat April ini.

“Ini menunjukkan bahawa permintaan terhadap segmen hartanah ini kekal tinggi tetapi berkemungkinan tidak berakhir dalam bentuk transaksi data akibat dasar atau kekangan kewangan. Oleh itu, usaha untuk menangani perkara ini akan menjadi langkah untuk memudahkan pasaran menyerap unit tidak terjual ini,” kata Fernandez.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register