Article Discussion : Malaysia Menuju Kearah Gawat Ekonomi - Prof Dr Hoo Ke Ping(2015)

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
38,016
Reaction score
2,793
Points
201
Pasaran saham tempatan akhiri 2019 suram



KUALA LUMPUR: Pasaran saham tempatan mengakhiri dagangan 2019 dalam nada suram dengan Indeks FBM KLCI mencatatkan pulangan negatif 6.02 peratus, sekali gus menjadikannya indeks berprestasi terendah berbanding pasaran utama.



Pulangan negatif yang dicatatkan itu menjadikan 2019 sebagai tahun kelima daripada enam tahun berturut-turut, pasaran tempatan mencatatkan pulangan negatif.



Pada jam 5 petang, Indeks FBM KLCI ditutup rendah 26.91 mata kepada 1,588.76 berbanding penutup hari sebelumnya, 1,615.67.



Sepanjang sesi dagangan 2019, indeks penanda aras itu bergerak dalam turun naik yang tidak menentu antara 1,588.76 dan 1,610.69 mata berikutan ketidaktentuan luaran yang sebahagian besarnya dicetuskan kebimbangan terhadap kesan perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.



Bagaimanapun, dalam pasaran tukaran asing pula, ringgit mencatatkan prestasi sebaliknya, dengan kekal dalam kumpulan mata wang pasaran baharu muncul yang mencatatkan pulangan positif bagi keseluruhan 2019.



Mata wang tempatan itu mengakhiri 2019 pada paras RM4.0910 berbanding satu dolar AS.



Penganalisis berkata, ketidaktentuan luaran seperti perang perdagangan yang berterusan antara AS dan China, turun naik tidak menentu harga komoditi, isu geopolitik, pertumbuhan perlahan ekonomi dunia serta ketidaktentuan politik tempatan menjadikan 2019 sebagai tahun yang mencabar bagi pasaran ekuiti dan ringgit.



Kebanyakan penganalisis juga mengunjurkan persekitaran pasaran kekal mencabar pada 2020 berikutan ketidaktentuan luaran yang berterusan.



Maybank IB Research dalam nota penyelidikannya berkata, pulangan yang kurang memberangsangkan, ketegangan perdagangan berterusan dan ketidaktentuan politik dan dasar di peringkat luaran dan domestik mendorong pelabur membuat semakan semula unjuran mereka ke paras yang lebih rendah.



Bagaimanapun, cabang penyelidikan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) itu berkata, perangkaan positif seperti pertumbuhan pendapatan, pengembangan kredit, rangsangan dan aktiviti sektor hartanah akan menyediakan sokongan bagi peralihan sentimen.



Namun begitu, katanya, untuk aliran peningkatan pasaran yang lebih kukuh, pelabur perlu melihat kepada pengukuhan dalam isu struktur seperti pembaharuan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pemulihan pelaburan atau perbelanjaan modal, kejelasan politik dan lencongan perdagangan.



Sementara itu, BIMB Securities Research berkata, Indeks FBM KLCI menunjukkan tanda pemulihan dalam beberapa minggu lalu kerana dana asing mengehadkan jualan mereka.



Ia berkata, dua minggu akhir Disember 2019 memperlihatkan aliran masuk dana asing bersih selepas hampir dua bulan mencatatkan pengaliran keluar yang ketara.



Sepanjang 2019, pasaran saham tempatan mencatatkan pengaliran keluar dana asing lebih RM10 bilion.



“FBM KLCI terperangkap dalam julat dagangan sekitar 1,615-1,550 mata sejak pertengahan Ogos lalu. Kami mengunjurkan sasaran hujung tahun bagi 2020 untuk Indeks FBM KLCI sekitar 1,700 mata.



“Walaupun hanya peningkatan kecil, kami jangka saham bermodal kecil akan mencatatkan prestasi lebih baik pada 2020, seperti yang dicatatkannya pada 2019,” katanya.



Sementara itu, MIDF Research mengunjurkan pasaran kekal mencabar pada 2020 dengan sasaran bagi Indeks FBM KLCI sekitar 1,680 mata.



Bagi ringgit pula, ia mengunjurkan ringgit berada pada paras RM4.20 berbanding dolar AS pada hujung 2020 dengan pergerakan purata RM4.18 sedolar.
 
Sponsored Post

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,483
Reaction score
762
Points
161
KUALA LUMPUR: Dana asing terus menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia buat minggu ketiga berturut-turut, demikian menurut MIDF Research.

Dalam laporan dana mingguannya, firma penyelidikan itu berkata pelabur antarabangsa membeli bersih RM28.6 juta saham tempatan pada minggu cuti umum yang pendek berbanding RM69.9 juta pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, MIDF Research berkata ia permulaan baik bagi minggu lalu bagi Bursa Malaysia apabila pelabur asing membuat pembelian bersih RM42.9 juta saham tempatan pada Isnin.

Malah, penanda aras saham tempatan meningkat 0.3 peratus untuk ditutup pada 1,615.7 mata pada hari sama, paras yang tidak disaksikan dalam tempoh hampir lima bulan.

“Namun, hari dagangan terakhir 2019 menyaksikan aliran keluar besar bersih dana asing berjumlah RM196.2 juta, mengheret turun bursa tempatan sebanyak 1.7 peratus untuk berakhir di bawah paras 1,600 mata pada 1,588.8 mata walaupun Donald Trump bersetuju untuk memeterai perjanjian perdagangan pada 15 Januari ini,” katanya.

Apabila pasaran dibuka kembali pada Khamis selepas cuti Tahun Baharu, dana antarabangsa membuat kemunculan semula memberangsangkan di Bursa Malaysia, apabila membeli bersih RM14.9 juta saham tempatan.

Pelabur asing juga mungkin mengambil petunjuk daripada Indeks Pengurus Belian (PMI) Malaysia yang meningkat kepada 50 pada Disember 2019, kadar pengembangan pertama sejak September 2018.

MIDF Research berkata, dana antarabangsa meningkatkan aktiviti dengan membuat pembelian bersih RM167 juta saham tempatan pada Jumaat, sekali gus menjadi aliran masuk harian pelabur asing yang terbesar dalam tempoh lebih dua bulan.

“Pada 2019, pelabur asing menjual RM11.14 bilion saham tempatan, lebih rendah berbanding RM11.69 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

“Walaupun aliran keluar bersih dari Malaysia hampir tidak berubah pada 2019 dan kekal yang terbesar dalam kalangan pasaran ASEAN yang kami pantau, ia tidak setanding penjualan bersih asing RM19.49 bilion yang dicatatkan pada 2015,” katanya.
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,483
Reaction score
762
Points
161
KUALA LUMPUR: Pelabur asing menjadi penjual bersih di dalam pasaran saham tempatan bagi minggu yang baru berakhir, mencatatkan aliran keluar bernilai RM409.14 juta bagi tempoh 28 hingga 30 Januari berbanding aliran masuk bersih sebanyak RM23.48 juta dari 20 hingga 23 Januari.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ini susulan laporan mengenai wabak 2019 novel coronavirus yang terus menjadi perhatian.

“Purata kadar penyertaan institusi asing dan tempatan masing-masing pada 19.45 peratus dan 44.91 peratus, berbanding 18.4 peratus (institusi asing) dan 54.0 peratus (institusi tempatan) bagi tempoh yang sama pada minggu sebelumnya,” katanya kepada Bernama.

Institusi tempatan merekodkan jualan bersih bernilai RM115.73 juta pada 28 hingga 30 Januari, berbanding jualan bersih bernilai RM48.51 juta pada 20 hingga 23 Januari.

Sementara itu, aliran dana bersih bagi runcit tempatan mencatatkan belian bersih bernilai RM293.41 juta dengan purata penyertaan 35.64 peratus pada 28 hingga 30 Januari berbanding belian bersih RM25.03 juta dengan purata penyertaan sebanyak 27.97 peratus bagi tempoh 20 hingga 23 Januari.

Mohd Afzanizam berkata, pasaran kekal berhati-hati terhadap impak coronavirus memandangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengelaskan wabak itu di bawah Kecemasan Kesihatan Awam susulan Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC), menunjukkan penularan wabak itu adalah teruk.

Bagaimanapun, WHO memuji usaha pihak berkuasa China untuk berkongsi maklumat mengenai tahap penularan wabak berkenaan.

“Secara ringkasnya, ia mod risiko sepanjang minggu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pakar Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes berkata keadaan negatif dalam penjualan berlaku apabila kebimbangan (mengenai coronavirus) mempengaruhi peniaga pasaran memandangkan mereka pantas melepaskan nisbah modal masing-masing.

“Terdapat beberapa kesukaran bagi aliran masuk di rantau ini minggu ini, namun jika insiden penularan wabak itu mulai lemah pada minggu depan, saya menjangkakan pasaran akan mengalami pembelian untuk mendapatkan hasil, terutama bagi ekuiti dan bon di bawah nilai, sekiranya Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) memberi petunjuk bagi kadar faedah rendah,” katanya.

Beliau berkata, jika penularan koronavirus turun secara ketara, aliran masuk dana ke pasaran seperti Korea Selatan, Malaysia dan Australia adalah pilihan utama untuk minggu depan, memandangkan negara-negara ini adalah antara rakan dagang terbesar China.

“Selain itu, penstabilan yuan China berbanding dolar AS, yang telah diniagakan di bawah 7.0 renminbi berbanding AS$1 juga petanda yang baik untuk pasaran ini,” katanya.
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,483
Reaction score
762
Points
161
KUALA LUMPUR: Ringgit mencatatkan penurunan sekali lagi apabila dibuka rendah pagi ini berikutan berita angka kematian akibat daripada 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) mencecah 361 orang, yang meningkatkan lagi kebimbangan pertumbuhan global akan terjejas teruk ekoran wabak ini.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.1020/2050 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada paras penutup 4.0960/1000 pada Jumaat.

Ketua Pakar Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes, berkata minggu ini dijangka mencabar bagi ringgit berikutan peningkatan aliran keluar modal apabila kebimbangan terhadap impak ekonomi daripada virus ini semakin meningkat.

“Saya cuba melihat apakah situasi kita dalam kecelaruan ini, tetapi negara-negara ASEAN dijangka terjejas teruk,” katanya.

Innes berkata, pasaran juga memantau dengan rapat tawaran People's Bank of China kepada pasaran mata wang.

Bank pusat China itu dilaporkan akan membekalkan 1.2 trilion yuan kepada pasaran wang untuk meningkatkan pasaran kewangan dan membantu syarikat yang terjejas akibat daripada wabak berkenaan.

“Kita perlu melihat bahawa keadaan semakin bertambah baik. Jadi, saya unjurkan jajaran dagangan pada 4.08-4.12 secara keseluruhannya,” katanya.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan itu turun sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0040/0080 daripada 2.9988/3.0032 pada Jumaat minggu lepas dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7803/7841 daripada 3.7581/7628.

Ringgit juga jatuh berbanding euro kepada 4.5458/5496 daripada 4.5167/5227 dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.4040/4083 daripada 5.3723/3792 sebelumnya.

-- BERNAMA
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,483
Reaction score
762
Points
161
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, seiring dengan prestasi mata wang negara Asia yang pesat membangun, susulan kebimbangan berterusan terhadap kesan penularan jangkitan coronavirus, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.1360/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1200/1250 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ketika ekuiti AS semalaman mencatatkan prestasi lebih baik, pasaran Asia sebaliknya bergelut untuk menjejaki penanda aras global.

“Jelas, pasaran kewangan masih mengalami tekanan ekoran jangkitan coronavirus dengan jumlah kes terus meningkat.

“Oleh itu dagangan yang menghindari risiko juga masih ketara dan meluas, sekali gus meningkatkan permintaan terhadap mata wang selamat,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata pengumuman China untuk mengurangkan tarif ke atas 1,717 barangan diimport dari AS - menunjukkan perjanjian perdagangan fasa satu yang dimeterai pada 15 Jan lepas menepati asasnya, turut membantu menyokong dolar AS.

Peniaga berkata, dolar AS kekal kukuh di seluruh papan, dengan Indeks Dolar AS mencecah paras tertinggi baharu bagi 2020 setakat ini iaitu hampir kepada 98.60 pada sesi sebelum ini, dipacu oleh data AS yang teguh dan kebimbangan terhadap coronavirus.

Indeks itu mengukur nilai antarabangsa dolar AS berbanding enam mata wang utama dunia iaitu euro, yen Jepun, pound Britain, franc Switzerland, dolar Kanada dan krona Sweden.

“Pasaran mengalihkan tumpuan kepada laporan pekerjaan AS malam ini untuk mendapatkan hala tuju pasaran seterusnya,” katanya.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9730/9769 daripada 2.9739/9786 ketika ditutup semalam dan naik berbanding euro kepada 4.5306/5354 daripada 4.5312/5375.

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.7672/7712 daripada 3.7495/7555 semalam dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.3466/3534 daripada 5.3445/3526. - BERNAMA
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,483
Reaction score
762
Points
161
TIDAK dinafikan ekonomi Malaysia seperti ekonomi dunia dan serantau, akan berhadapan cabaran tahun ini. Daripada risiko politik, seperti pilihan raya di Amerika Syarikat (AS) kepada geopolitik seperti pembunuhan komander Iran, risiko ekonomi umpamanya perang dagang AS-China, ketidaktentuan harga minyak, kebarangkalian ekonomi Eropah terjerumus dalam krisis hingga terkini risiko kesihatan, iaitu kecemasan kesihatan awam, coronavirus.

Tahun ini, ekonomi Malaysia dijangka bertumbuh pada kadar 4.8 peratus, lebih tinggi sedikit daripada sasaran 2019, iaitu 4.7 peratus. Namun, berdasarkan isu semasa dan perkembangan terkini data ekonomi, sasaran ini dilihat agak sukar dicapai, jika tiada sebarang dasar atau tindakan tegas diambil kerajaan untuk mengurus ekonomi negara.

Jika dilihat aspek struktur ekonomi kita, sasaran pertumbuhan tahun ini akan dipacu penggunaan swasta dan sektor perkhidmatan. Kedua-duanya dijangka tumbuh lebih perlahan daripada apa disasarkan.

Selain itu, sektor perkilangan, pembuatan, pertanian dan pelaburan awam, penggunaan awam serta eksport dan import dijangka tumbuh agak perlahan tahun ini, selain ada dijangkakan berlaku penguncupan.

Saya melihat atas sebab ini, Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus baru-baru ini, mengejutkan pemain dan penganalisis pasaran tempatan mahupun antarabangsa.


Dalam konteks ini, saya melihat tindakan melonggarkan dasar monetari ini sebagai tepat pada masanya sebagai bentuk tindakan pre-emptive. Namun, saya berpendapat, mengambil kira data makro terkini negara dan global, kerajaan perlu memperkenalkan satu tindakan pre-emptive dan preventive dalam masa terdekat, iaitu melancarkan dasar fiskal mengembang dalam bentuk pakej rangsangan ekonomi.

Ini bagi merangsang ekonomi kita supaya lebih mampan dan stabil, maksudnya supaya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berupaya tumbuh pada kadar 4.8 hingga 5 peratus, tahun ini. Isu paling dekat dan perlu ditangani segera ialah kesan coronavirus kepada ekonomi kita.

Secara langsung, ia akan memberi kesan kepada pemain industri dalam sektor pelancongan. Saya fikir mereka perlu dibantu - seperti pemilik hotel, restoran, pemandu teksi dan agensi pelancongan - dengan memberikan rebat elektrik, pengecualian cukai tertentu seperti cukai perkhidmatan atau dana khas terutama promosi serta kos operasi lain.

Dalam Belanjawan 2020, RM1.109 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Mungkin peruntukan tambahan diperlukan untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2020 yang menjangkakan kehadiran 30 juta pelancong dan perolehan RM100 bilion.

Dua strategi boleh difokuskan: Pertama, meningkatkan aktiviti promosi kepada negara lain terutama ASEAN, Eropah dan Asia Barat. Kedua, memperkasakan lagi subsektor pelancongan halal di negara ini. Dijangkakan pada 2021, nilai pelancongan halal ialah sebanyak AS$243 bilion (RM1.007 trilion).

Ketika Persidangan Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019), Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pasaran dagang Muslim diperkenalkan. Mungkin idea ini boleh diterjemahkan melalui pakej rangsangan ekonomi untuk memperkukuhkan pelancongan halal melalui pemerkasaan rantaian industri.

Kesan tidak langsung yang akan dirasai ekonomi kita disebabkan coronavirus adalah kemerosotan ekonomi China dan global. Di sinilah, perlunya pakej rangsangan ekonomi untuk memacu sektor yang terkesan, terutama pembinaan, perkilangan, pendidikan, eksport dan import.

Projek infrastruktur perlu ditingkatkan kerana ia mempunyai kesan pengganda tinggi dalam ekonomi kita, manakala kerajaan perlu mencari kaedah lain mempelbagaikan sumber import kita pada masa hadapan selain China kerana dalam eksport kita masih mempunyai kandungan import tinggi.

Walaupun pada 2019 kita merekodkan trade surplus agak baik, perlu diingat eksport dan import kita jatuh tahun lalu, iaitu masing-masing 1.7 dan 3.5 peratus. Oleh itu, perlu ada iltizam politik meratifikasi perjanjian Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) dan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) dalam masa terdekat.

Kedua-duanya akan meluaskan lagi pasaran perdagangan negara dan mencipta sumber pertumbuhan baharu yang mampan kepada ekonomi Malaysia pada masa hadapan.

Sektor penting lain perlu difokuskan kerajaan dari sudut permintaan ialah penggunaan atau perbelanjaan swasta. Sejak beberapa tahun lalu, ekonomi Malaysia banyak bergantung kepada penggunaan swasta. Tahun ini, ia sekali lagi dilihat sebagai main engine of growth ekonomi kita.

Kerajaan perlu memberi perhatian lebih kepada sektor ini. Langkah spesifik bukan sahaja perlu ada dalam pakej rangsangan ekonomi itu untuk meningkatkan kuasa beli rakyat, bahkan dasar komprehensif dan holistik perlu difikirkan menuju ke hadapan.

Usaha merangsang penggunaan ataupun perbelanjaan swasta membabitkan perkara berkait reformasi struktur ekonomi seperti menangani kos sara hidup semakin meningkat, menyediakan rumah mampu milik, meningkatkan peluang pekerjaan, terutama golongan muda dan graduan.

Ia juga membabitkan pengawalan hutang isi rumah, penyediaan pengangkutan awam lebih cekap, mengurangkan jurang ketidaksamaan dari segi agihan pendapatan isi rumah, meningkatkan upah dan pendapatan rakyat B40, menangani masalah kemiskinan dan rejuvenasi dalam sektor pertanian itu sendiri.

Semua ini memerlukan dasar berbentuk jangka pendek dan panjang yang akan menjadi penentu sejauh mana Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) dapat dicapai.

Penulis adalah Ketua Unit Penyelidikan Risiko Ekonomi dan Politik Universiti Utara Malaysia
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,483
Reaction score
762
Points
161
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 3.6 peratus pada suku keempat 2019, perkembangan paling perlahan sejak suku ketiga 2009.

Ia berikutan penurunan pengeluaran minyak sawit, minyak mentah dan gas asli, serta kejatuhan eksport susulan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China.

Dalam pada itu, Bank Negara Malaysia dalam sidang media mengumumkan prestasi ekonomi negara pada suku keempat 2019 di sini hari ini, berkata prestasi ekonomi negara pada suku pertama tahun ini pula, dijangka menerima kesan negatif daripada penularan Covid-19 (coronavirus).

Dalam pada itu, kerajaan yang sebelum ini mengunjurkan ekonomi berkembang pada 4.8 peratus tahun ini, kini sedang merangka pakej rangsangan bagi sektor terjejas seperti penerbangan, peruncitan dan pelancongan susulan penularan berkenaan di China.

Ekonomi Malaysia pada suku keempat tahun 2019 berkembang sederhana pada 3.6 peratus berbanding 4.7 peratus pada suku sama tahun 2018, demikian menurut Bank Negara.

Pertumbuhan sukuan itu adalah yang terendah dicatatkan sejak suku ketiga 2009, yang mana ketika itu merekodkan penguncupan 1.2 peratus susulan krisis kewangan global.

Bagi keseluruhan tahun 2019, pertumbuhan ekonomi negara berkembang pada 4.3 peratus, berbanding 5.5 peratus pada 2018.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata sektor perkhidmatan dan pembuatan kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, perbelanjaan sektor swasta turut menyumbang dengan mencatat pertumbuhan lebih tinggi pada 7.4 peratus pada suku dikaji berbanding 5.4 peratus pada suku sebelumnya.

"Namun gangguan bekalan dalam sektor komoditi pada suku keempat membabitkan pengeluaran minyak sawit, gas asli dan minyak mentah mengheret turun pertumbuhan ekonomi pada suku berkenaan.

"Pengeluaran minyak sawit merosot dengan ketara sebanyak -16.9 peratus pada suku dikaji berbanding 8.6 peratus pada suku sebelumnya berikutan masalah kemarau.

"Bagi pengeluaran gas asli, ia menyusut -2.1 peratus pada suku keempat 2019 berbanding 3.1 peratus pada suku sebelumnya disebabkan oleh proses penyelenggaraan," katanya.

Untuk prestasi pada suku pertama tahun ini pula Nor Shamsiah, berkata, ekonomi negara dijangka akan menerima kesan buruk penularan Covid-19, dan ia bagaimana teruknya virus itu menular dan tindak balas negara terhadap virus berkenaan.

"Penularan coronavirus akan menjejaskan pertumbuhan Malaysia menerusi pelancong asing yang rendah serta perbelanjaan terhadap hotel, runcit, pengangkutan dan restoran yang rendah.

"Permintaan perlahan dan gangguan pengeluaran di China menjejaskan eksport Malaysia," katanya.

Nor Shamsiah berkata, industri perbankan sudah mengumumkan langkah untuk membantu mereka terjejas oleh penularan coronavirus.
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,483
Reaction score
762
Points
161
KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas Bursa Malaysia Derivatif dijangka tidak banyak berubah pada minggu hadapan selepas mencecah paras tertinggi melebihi RM220 segram pada Jumaat.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Stephen Lou Yoke Lim, berkata prestasi tinggi sepanjang masa itu mungkin akan menyebabkan beberapa pengambilan keuntungan, sehingga menjejaskan harga logam berharga itu pada minggu hadapan.

“Bilangan kes baharu Covid-19 juga adalah punca memacu trend pasaran bergerak ke hadapan,” katanya.

Untuk minggu yang baru berakhir, niaga hadapan emas kebanyakannya tidak diniagakan selepas para pelabur menunggu di luar pasaran sambil menanti pengumuman pakej rangsangan ekonomi yang bakal dibuat Khamis minggu hadapan.

Bagaimanapun, harga logam melonjak ke rekod tertinggi pada hari Jumaat selepas kebimbangan mengenai penularan Covid-19 melangkaui sempadan China telah mendorong pembelian secara tergesa-gesa ke atas komoditi selamat itu.

Niaga hadapan emas tempatan juga menjejaki pasaran niaga hadapan emas Amerika Syarikat (COMEX) yang mencecah paras tertinggi dalam tujuh tahun pada Khamis baru-baru ini.

Dari Jumaat ke Jumaat, bulan semasa Februari 2020 dan Mac 2020 melonjak, masing-masing sebanyak 266 mata kepada RM222 segram, manakala April 2020 meningkat 258 mata kepada RM223 dan Mei 2020 berada 257 mata lebih tinggi pada RM223 segram.

Jumlah dagangan menurun kepada lima lot bernilai RM110,760 daripada lapan lot sebanyak RM167, 180 yang direkodkan pada minggu lepas, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 139 kontrak daripada 137 kontrak. - Bernama
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,483
Reaction score
762
Points
161
KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) melihat keperluan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk sekali lagi mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) tahun ini bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Pengerusi MIER, Tan Sri Dr Kamal Salih, berkata beliau tidak menolak kemungkinan bank pusat akan melaksanakan langkah itu selepas mengambil kira pertumbuhan lemah ekonomi negara tahun lalu, di samping impak daripada COVID-19.

“Pengurangan kadar itu adalah tidak mustahil dan ia sentiasa terbuka. Sudah tentu (penurunan OPR) akan memberi impak positif apabila lebih banyak kecairan akan masuk ke dalam pasaran, jadi ia amat penting," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media MIER mengenai impak penularan COVID-19 kepada ekonomi Malaysia, di sini, hari ini.


BNM pada Mesyuarat Dasar Monetari (MPC) bulan lalu menurunkan OPR yang menjadi penanda aras kadar faedah tempatan kepada 2.75 peratus.

Penurunan itu mengejutkan pasaran kerana kebanyakan menjangkakan kadar penanda aras pinjaman tempatan itu akan dikekalkan buat masa sekarang.

Mengenai kajian MIER berkenaan kesan COVID-19 terhadap ekonomi Malaysia, Dr Kamal berkata, ia dibuat dengan mengandaikan berlaku dua senario iaitu jika keadaan lebih baik (low case) atau lebih buruk (high case).

Untuk keadaan yang lebih baik, beliau berkata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku pertama tahun ini dijangka susut 0.15 peratus manakala untuk senario lebih buruk, jatuh 0.77 peratus.

“Selain itu, kadar pengangguran bagi sektor berkaitan pelancongan juga dijangka meningkat di antara 0.5 hingga 0.8 peratus untuk ‘low case’ dan di antara 1.8 hingga 3.5 peratus bagi ‘high case’,” katanya.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register