Article Discussion : Malaysia Menuju Kearah Gawat Ekonomi - Prof Dr Hoo Ke Ping(2015)

Recommended Brokers


Sponsored Post

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
15,825
Reaction score
472
Points
131
KUALA LUMPUR 1 Okt. - Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yakin ekonomi Malaysia mempunyai kebolehupayaan untuk mengharungi sebarang krisis berpotensi.

Beliau berkata negara ini melaksanakan sistem yang berdaya tahan dan berupaya menahan kejutan ekonomi.

"Kita bersedia menguruskan kesan (krisis) berkenaan. Halangan mungkin berlaku namun kita berpotensi menanganinya dan meningkat semula," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Sarjana Perbankan Pusat, Asia School of Business (ASB), di sini, hari ini.

Zeti, yang kini pengerusi Permodalan Nasional Bhd, berkata bank-bank pusat akan berperanan penting untuk menyokong ekonomi sekiranya krisis ekonomi berlaku.
"Situasi seperti inilah yang menjadikan bank-bank pusat sebagai institusi penting.


"Mereka berada di peringkat hadapan dan oleh itu bank-bank pusat perlu mempunyai kebolehupayaan yang kukuh (untuk menguruskan ekonomi semasa tempoh krisis)," katanya.
Mengenai program Sarjana itu, beliau berkata ia akan melengkapkan pegawai bank pusat berpotensi tinggi dengan pengetahuan dan kemahiran terkini untuk menangani cabaran persekitaran ekonomi dan politik yang kompleks.
Beliau berkata program residensi setahun secara intensif ini ditawarkan dengan kerjasama MIT Sloan School of Management.

"Program ini sedang dinilai oleh Kementerian Pendidikan, dan disasarkan bermula pada pertengahan 2020, dengan peserta sulung dari bank-bank pusat seluruh dunia," katanya.
ASB ditubuhkan pada 2015 dengan kerjasama MIT Sloan School of Management di Massachusettes, Amerika Syarikat untuk menjadi sekolah perniagaan global utama iaitu sebuah hab pengetahuan dan pembelajaran yang diterapkan dengan kepakaran serantau, wawasan serta perspektif Asia dan ekonomi pesat membangun.- BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register