Article Discussion : Malaysia Menuju Kearah Gawat Ekonomi - Prof Dr Hoo Ke Ping(2015)

Recommended Brokers


Sponsored Post

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
15,839
Reaction score
492
Points
131
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Bursa tempatan men*cecah paras terendah sejak September 2015 apabila indeks FBM KLCI susut 17.55 mata kepada 1,582.86 mata dalam daga*ngan 9.07 pagi susulan ketega*ngan memuncak antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Indeks tersebut berlegar antara 1,588.98 mata hingga 1,617.22 mata sebelum ditutup petang ini pada 1,611.79 mata setelah meningkat 1.38 mata. Ia me*nyaksikan kaunter rugi mengatasi untung pada 502 berbanding 436 dan 376 kaunter tidak berubah.

Apa yang melanda pasaran tempatan dan serantau disebabkan tindakan susulan China yang membenarkan nilai mata wang yang dikawal ketat, jatuh ke paras 11 tahun terendah pada Isnin, melepasi paras tujuh yuan bagi setiap unit dolar AS.


Nilai kejatuhan mata wang China telah merosot melalui ekonomi global, yang menyebabkan kerugian ketara di Wall Street dan pelabur.

Trump kemudiannya mengkritik China susulan penurunan itu, menuduh Beijing sebagai ‘memanipulasi mata wang’. Menurut laporan The Washington Post semalam, kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perbendaharaan memetik Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin berkata, hari ini menentukan bahawa China adalah manipulator mata wang.

Beberapa penganalisis melihat krisis AS dan China telah mengheret perang dagangan antara kedua-duanya ke dalam kancah perang mata wang yang turut memberi implikasi buruk kepada pasaran mata wang tempatan.

“Ini perang Trump, bukan perang dagangan,” menurut Ketua Penganalisis Ekonomi Alliance Bank, Manokaran Mottain kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, apabila pasaran memasuki perang mata wang, ia akan menyaksikan ringgit akan semakin lemah dan akan melepasi RM4.20 dalam tempoh terdekat.

“Kita sudah pun berada dalam situasi ini (perang mata wang) sejak beberapa hari lalu. Keadaan ini sangat teruk. Cuma sama ada ringgit akan terus menyusut kepada RM4.30 berban*ding dolar AS bergantung kepada sejauh mana ketegangan antara kedua-dua negara ini,” katanya.

Petang ini, ringgit ditutup pada RM4.1880 berbanding dolar AS. Pada 9.02 pagi, ringgit berada di paras RM4.1870 daripada RM4.1770 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, yuan adalah antara mata wang yang boleh dikatakan trend setter dan setiap tindakan People’s Bank of China (PBOC) akan memberi kesan langsung kepada mata wang Asia dan juga ringgit.

“Ini menyebabkan mata wang ringgit melemah pada minggu ini. Bank pusat China juga sebelum ini pernah merendahkan nilai yuan pada pertengahan 2015 yang direndahkan daripada 6.2097 bagi setiap dolar AS kepada 6.325 pada 11 Ogos 2015. Ia juga dilihat mengekalkan atau menambat mata wangnya antara 2008 sehingga 2010,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Inter-Pacific Securities Sdn. Bhd., Pong Teng Siew berkata, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh kerajaan memandangkan pertumbuhan eksport juga lemah manakala ringgit terus menyusut berbanding dolar AS.

“Tetapi mengenai sama ada kita menuju perang mata wang, pendapat saya, ya! Ini akan berlaku sepenuhnya apabila ia menjadi jelas kepada semua bahawa perjanjian dagangan antara AS dan China adalah mustahil untuk dicapai.

“Apatah lagi ringgit hampir ditambat kepada mata wang China pada masa ini, jadi ia akan semakin lemah berbanding dolar AS,” katanya.

Pada Jun, eksport Malaysia menguncup 3.1 peratus kepada RM76.17 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu manakala eksport ke China susut 12 peratus kepada RM10.07 bilion susulan pengura*ngan eksport produk petroleum, elektronik dan elektrikal (E&E), bijih keluli dan pembuatan logam.
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
15,839
Reaction score
492
Points
131
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Jualan asing bagi saham tempatan di Bursa Malaysia meningkat kepada RM1.04 bilion minggu lalu, berbanding RM601.2 juta *minggu sebelumnya.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd. Research mendapati, penjualan itu merupakan aliran keluar bersih dana asing mingguan terbesar dalam tempoh 12 minggu.


Penganalisis MIDF Research, Adam M Rahim berkata, penjualan bersih asing memuncak pada Isnin apabila pelabur menjual sebanyak RM357 juta, jualan harian terbesar sejak awal Mei lalu.

“Sentimen sebahagiannya dijejaskan oleh tindak balas China terhadap ancaman tarif terbaharu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dengan membiarkan yuan jatuh ke paras terendah dalam tempoh lebih daripada sedekad.

“Bagai*manapun, *aliran keluar bersih asing yang tinggi pada hari itu adalah sejajar dengan bursa serantau lain,” katanya dalam laporan *aliran dana mingguan di sini hari ini.

Paras penjualan bersih *asing mengecil kepada RM219.9 juta pada Selasa. Tindakan China mengehadkan penurunan yuan mengembalikan keyakinan pelabur.

Adam berkata, paras aliran keluar bersih asing kembali me*ningkat kepada RM269.5 juta susulan pengumuman mengejutkan pemotongan kadar faedah bank-bank pusat Asia Pasifik termasuk New Zealand, Thailand dan India bagi mengimbangi risiko ekonomi global.

Jelasnya, keyakinan kembali ke pasaran pada Khamis apabila penjualan bersih *asing susut kepada RM30.7 juta di tengah-tengah ‘lampu hijau’ diberikan oleh Jepun untuk membenarkan eksport bahan pembuatan semikonduktor ke Korea Selatan.

Bagaimanapun, kata*nya nada positif itu berakhir pada hari berikutnya apabila pelabur asing menjual sebanyak RM158.1 juta apabila AS menghentikan sementara keputusan membenarkan syarikat negara itu memulakan semula perniagaan bersama Huawei Technologies Co.

“Aliran keluar bersih *asing yang besar minggu lalu menjadikan jumlah aliran keluar dari Malaysia setakat ini mencecah RM6.01 bilion.

“Ini adalah kira-kira 51 peratus daripada aliran keluar bersih asing pada tahun lalu,” katanya.
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
15,839
Reaction score
492
Points
131
KUALA LUMPUR 13 Ogos – Indeks FBM KLCI menjunam kembali di bawah tahap sokongan 1,600 mata selepas kali terakhir ditutup pada 1,598.32 mata pada 27 Mei lepas.

Petang ini, Bursa Malaysia susut 22.17 mata kepada 1,592.88 mata selepas berlegar antara 1,591.29 hingga 1,615.24 mata.


Pasaran menyaksikan kaun*ter rugi mengatasi untung pada 744 berbanding 173 dengan 276 kaunter tidak berubah.

Penganalisis Kanan di Malacca Securities Sdn. Bhd., Kenneth Leong berkata, pihaknya menjangkakan ketegangan politik yang memuncak di Hong Kong serta perang dagangan yang berpanjangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan menyebabkan kelemahan dalam pasaran.

“Kelemahan mata wang domestik turut mendorong dana asing tidak memasuki ekuiti tempatan. Setakat Jumaat lalu, sebanyak RM6.01 bilion dana asing telah keluar dari pasaran ekuiti negara.

“Sekiranya paras ringgit melepasi RM4.20 berbanding dolar AS, maka kami menjangkakan ringgit akan terus merosot sehingga paras RM4.30,” katanya.

Sementara itu, nota kajian CGS-CIMB pada 9 Ogos menyatakan bahawa pelabur tempatan berhati-hati dengan pasaran dan mereka menunggu corak potensi tema perdagangan untuk separuh kedua tahun ini.

“Antara lima tema yang dibentangkan untuk separuh kedua 2019, para pelabur lebih cen*derung kepada pulangan dividen serta penggabungan dan pengambilalihan (M&A),” katanya.

Firma penyelidikan itu juga berkata, tiada dorongan utama daripada para pelabur ke atas sasaran KLCI untuk 1,596 mata menjelang hujung tahun ini meskipun ada antara pelabur bimbang terhadap potensi pendapatan yang terjejas daripada penurunan kadar dasar semalaman (OPR), perang dagangan dan semakan semula dasar.

“Mereka bimbang akan prestasi korporat Malaysia yang lemah, reformasi dasar yang berterusan selain isu peralihan kepemimpinan negara,” katanya.
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
15,839
Reaction score
492
Points
131
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Jualan asing ekuiti Malaysia dijangka berterusan dalam masa terdekat, dengan sentimen lemah didorong oleh pasaran luaran.

Pada minggu 13 hingga 15 Ogos yang singkat, jualan asing ekuiti tempatan dicatatkan sebanyak RM480.1 juta berbanding RM1.04 bilion dilaporkan dari 5 hingga 9 Ogos lalu.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata selama lima minggu berturut-turut, dana asing mencatatkan jualan bersih berikutan persekitaran luaran yang tidak stabil, terutamanya didorong oleh konflik perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Selain itu, dasar perdagangan perlindungan yang meningkat antara Jepun dan Korea Selatan seolah-olah turut mencadangkan pertumbuhan global yang mungkin tidak menggalakkan pada masa depan, katanya.

Beliau berkata, penangguhan untuk mengenakan tarif sebanyak 10 peratus ke atas import China yang bernilai $300 bilion seperti diumumkan oleh Wakil Perdagangan AS memberi kelegaan dan harapan bahawa kedua-dua negara masih terbuka kepada penyelesaian yang baik.

“Bagaimanapun, keluk hasil di AS dan United Kingdom yang tidak menentu telah menarik perhatian pasaran, menyebabkan pengelakan risiko menjadi lebih jelas,” katanya kepada Bernama.

Pada Selasa, AS mengumumkan negara itu akan menangguhkan untuk mengenakan tarif import sebanyak 10 peratus ke atas komputer riba, telefon bimbit, konsol permainan video dan produk lain yang dibuat di China yang pada mulanya dijadualkan bermula bulan depan.

Di peringkat tempatan, Mohd. Afzanizam berkata, sokongan daripada dana institusi -- dan pada tahap tertentu, daripada pelabur runcit, akan membantu mengurangkan penurunan dalam FBM KLCI.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI merosot 15.83 mata kepada 1,599.22 daripada 1,615.05 minggu lepas.

“Oleh itu, ekuiti akan terus tidak menentu berikutan konflik perdagangan antara AS dan China yang masih wujud. Ia boleh memberi kesan kepada sentimen pasaran.

“Dalam tempoh tidak menentu, pasaran pendapatan tetap boleh menawarkan perlindungan yang lebih baik dan justeru, peruntukan aset akan tertumpu kepada pasaran bon. Menjangka dagangan yang amat berhati-hati dalam kalangan pelabur,” kata Mohd. Afzanizam.

Semasa mengumumkan prestasi pertumbuhan ekonomi negara bagi suku kedua pada Jumaat, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata pertikaian perdagangan AS-China yang berlanjutan dijangka memberi kesan terhadap asas pertumbuhan eksport kasar Malaysia 2019 sebanyak -0.5 hingga -0.8 mata peratusan.

Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh daripada jangkaan sebanyak 4.9 peratus pada suku kedua 2019 (Q2 2019), disokong oleh perbelanjaan isi rumah dan pelaburan swasta yang lebih tinggi.

Sebagai perbandingan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 4.5 peratus pada suku pertama tahun ini.

Bagi 2019, bank pusat menjangka pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam julat antara 4.3 peratus dan 4.8 peratus, disokong oleh aktiviti sektor swasta.

Mohd. Afzanizam berkata, pada tahap tertentu, pertumbuhan ekonomi Q2 2019 yang lebih kukuh itu akan mengurangkan kebimbangan mengenai ekonomi perlahan dan menyediakan pemangkin kepada pasaran ekuiti.

“Bagaimanapun, pecahan KDNK menunjukkan pelaburan perniagaan kurang menggalakkan berikutan kerajaan amat berhati-hati dalam perbelanjaan mereka. Pertumbuhan eksport bersih lebih tinggi tetapi ini berikutan import yang rendah.

“Oleh itu, sektor luaran tidak begitu membantu. Oleh yang demikian, kes untuk Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang lebih rendah masih sah tetapi BNM boleh tunggu,” katanya.

Pada Mei, bank pusat menurunkan OPR kepada 3.0 peratus, penurunan kadar pertamanya sejak Julai 2016.

Sementara itu, Bank Pusat turut mengumumkan langkah-langkah liberalisasi selanjutnya dalam dasar pentadbiran pertukaran asing (FEA) berkuat kuasa 30 Ogos untuk memberikan fleksibiliti yang lebih besar dan meningkatkan tahap kecekapan sektor perniagaan dalam menguruskan risiko pertukaran asing dan menjalankan operasi harian mereka dengan lebih baik.

Dengan liberalisasi, pemastautin kini boleh melindung nilai obligasi akaun semasa mata wang asing mereka sehingga tempoh asas, dengan mendapat kelulusan daripada BNM. - BERNAMA
 

abukrokok

Active Member
Joined
Aug 31, 2012
Messages
2,472
Reaction score
33
Points
30
GST kena on balik

Bengong PH ni

Patutnya kurangkn je GST jd 5% ke

At least janji2 lain bokeh tunai

Ni GST je tunai

Yg lain2 kencing je

Vodoh punya peminpin...

gst la yg penting sekali utk ditunaikan
sebab? pendukung2 utama dan funder2 PH
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
15,839
Reaction score
492
Points
131
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Dalam Rakyat mengalami kos sara hidup yang tinggi dan menurunan ekonomi negara, Pakatan Harapan terus dengan berbalanja dengan mewah untuk Pegawai Esekutif mereka.

Kadir Jasin, merupakan Penasihat Media Perdana Menteri dan juga MT Bersatu tidak mempunyai akses kepada Menteri Kewangan sehingga bertanya melalui Facebook.

Bukan itu sahaja, Rais Yatim juga kecewa dengan Gaji yang mewah untuk CEO Sime Darby dan luahkan didalam Twitter!

Tony Pua adalah orang yang bertanggungjawab menyusun lantikan didalam GLC, beliau sepatutnya memberikan kenyataan dan jawapan kepada pertanyaan Kadir Jadin dan Rais Yatim.

Saya mengesa GLC di bawah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk berkongsi kesensaraan rakyat, GLC sepatutnya menunjukkan contoh bagaimana untuk membuahkan ekonomi yang mampan untuk rakyat berkongsi kesenangan.

Dengan gaji lebih suku juta sebulan adalah memang tidak masuk akal dan saya meminta SPRM juga untuk menyiasat SOP dan kemungkinan pecah amanah didalam perlantikan CEO Sime Darby.
 

cak cibo

Fun Poster
Joined
Apr 18, 2018
Messages
706
Reaction score
263
Points
41
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Dalam Rakyat mengalami kos sara hidup yang tinggi dan menurunan ekonomi negara, Pakatan Harapan terus dengan berbalanja dengan mewah untuk Pegawai Esekutif mereka.

Kadir Jasin, merupakan Penasihat Media Perdana Menteri dan juga MT Bersatu tidak mempunyai akses kepada Menteri Kewangan sehingga bertanya melalui Facebook.

Bukan itu sahaja, Rais Yatim juga kecewa dengan Gaji yang mewah untuk CEO Sime Darby dan luahkan didalam Twitter!

Tony Pua adalah orang yang bertanggungjawab menyusun lantikan didalam GLC, beliau sepatutnya memberikan kenyataan dan jawapan kepada pertanyaan Kadir Jadin dan Rais Yatim.

Saya mengesa GLC di bawah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk berkongsi kesensaraan rakyat, GLC sepatutnya menunjukkan contoh bagaimana untuk membuahkan ekonomi yang mampan untuk rakyat berkongsi kesenangan.

Dengan gaji lebih suku juta sebulan adalah memang tidak masuk akal dan saya meminta SPRM juga untuk menyiasat SOP dan kemungkinan pecah amanah didalam perlantikan CEO Sime Darby.
INI lah yg PH kena ubah ..dulu ada dengar depa ambik action..tapi Masih belum selesai ya?

Dulu mmg mcm Sarigar pegang banyak gila GLC ,gaji makan 7 keturunan Tak abis.

Ubah cepat!
 

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
3,621
Reaction score
276
Points
41
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Dalam Rakyat mengalami kos sara hidup yang tinggi dan menurunan ekonomi negara, Pakatan Harapan terus dengan berbalanja dengan mewah untuk Pegawai Esekutif mereka.

Kadir Jasin, merupakan Penasihat Media Perdana Menteri dan juga MT Bersatu tidak mempunyai akses kepada Menteri Kewangan sehingga bertanya melalui Facebook.

Bukan itu sahaja, Rais Yatim juga kecewa dengan Gaji yang mewah untuk CEO Sime Darby dan luahkan didalam Twitter!

Tony Pua adalah orang yang bertanggungjawab menyusun lantikan didalam GLC, beliau sepatutnya memberikan kenyataan dan jawapan kepada pertanyaan Kadir Jadin dan Rais Yatim.

Saya mengesa GLC di bawah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk berkongsi kesensaraan rakyat, GLC sepatutnya menunjukkan contoh bagaimana untuk membuahkan ekonomi yang mampan untuk rakyat berkongsi kesenangan.

Dengan gaji lebih suku juta sebulan adalah memang tidak masuk akal dan saya meminta SPRM juga untuk menyiasat SOP dan kemungkinan pecah amanah didalam perlantikan CEO Sime Darby.
Haaa...

Makan la geng2 celaka

Rakyat dicapati bangsat

Pemimpin raya sakan setan

Barua punya pemimpin mkn duit rakyat

Barua hina yg mkn duit rakyat ni
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
15,839
Reaction score
492
Points
131
Unit kondominium dan apartmen berharga antara RM200,000 dan RM300,000 mendominasi senarai hartanah tidak terjual di negara ini, terutama disumbangkan oleh hartanah di Perak dan Kedah. Persoalannya, apakah yang menghalang kepada pemilikan rumah mampu milik itu? Wartawan Utusan Malaysia, NUR HANANI AZMAN bertanyakan perkara itu kepada Penganalisis Bebas, PROF. DR. HOO KE PING.

Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM), Southern Cross University di Australia dan American Liberty University, Amerika Syarikat dan terbaharu, Economic Institute Tsinghua University di Beijing.

Apakah punca sebenar masalah lambakan rumah?

Semuanya bermula dengan kecuaian Bank Negara Malaysia (BNM) yang tidak mengawal pinjaman sejak 2010 lagi apabila mengalami pelonggaran kuantitatif (QE) di peringkat global. Pada waktu itu, kadar faedah turun dan Skim Tanggungan Faedah Pemaju (DIBS) diberikan. BNM terus membenarkan institusi perbankan memberi pinjaman kepada pemaju yang terus membina rumah pada harga yang lebih tinggi sehingga mencecah RM800,000.

Masalahnya kini, bilangan peminjam tidak banyak tetapi jumlahnya tinggi. Pinjaman RM800,000 buat seorang pembeli misalnya boleh dipecahkan kepada empat peminjam bagi rumah berharga RM200,000. Tetapi, kebanyakan pinjaman bank telah dikuasai oleh rumah yang mahal menyebabkan tiada pinjaman buat pembeli rumah berharga RM200,000 hingga RM300,000.

Bagaimana dengan alasan harga tanah mahal?

Pemaju juga antara penyebab kepada lambakan hartanah. Alasan harga tanah mahal itu yang mereka berikan semuanya bohong. Pemaju sebaliknya membuat rumah mahal dengan menambah ciri-ciri mewah untuk mencari keuntungan tinggi. Sehingga hari ini, rumah yang tidak terjual adalah rumah berharga RM300,000 ke bawah. Perbadanan PR1MA Malaysia pula tidak menyelesaikan masalah kerana rumah dibina di kawasan tidak bagus dan sukar untuk dijual.

Kalau kita bandingkan pada 2004 hingga 2007, contoh harga rumah di Sri Petaling bernilai RM110,000 bagi apartment 1,000 kaki persegi. Tetapi mengapa harga rumah di lokasi yang sama kini mencecah RM500,000? Ini memang salah pemaju, bank dan BNM. Harga tanah tidak naik 10 kali ganda tetapi harga unit rumah naik lapan kali ganda. Itu salah. Kalau naik pun, rumah mencecah RM200,000 masih baik lagi.

Adakah fenomena gelembung perumahan di Malaysia jalan terbaik?

Ya betul. Gelembung perumahan boleh membantu. Biar gelembung ini pecah dan harga akan turun mungkin sampai 50 peratus, jadi, ramai orang boleh beli rumah. Biarkan pemaju muflis, jangan beri muka pada mereka yang telah mengaut untung beratus juta.

Kalau ikut ekonomi kapitalisme, biar pasaran jatuh supaya harga rumah turun supaya pembeli dapat beli rumah. Ini apa yang saya maksudkan supaya kerajaan jangan campur tangan. Kerajaan perlu berhenti membantu pemaju. Pemaju kaya yang memandu kereta Rolls-Royce sibuk meminta tolong kerajaan dan tindakan itu tidak berperikemanusiaan sama sekali.

Jadi, apakah langkah kerajaan sekarang membantu pembeli rumah tempatan?


Cadangan kerajaan Pakatan Harapan menganjurkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) khas bagi pembeli luar negara tidak membantu menyelesaikan masalah lambakan rumah. Apabila orang luar beli, harga rumah takkan turun dan ini bermakna lambakan kekal ada. Jadi, ini bermakna tiada harapan buat pembeli muda.

Kerajaan tidak seharusnya campur tangan. Mengapa membantu orang luar untuk memiliki rumah sedangkan rakyat sendiri masih berdepan masalah untuk membeli rumah di Malaysia!

Apakah kesan lambakan rumah kepada ekonomi negara?


Dari segi ekonomi, segmen pembinaan tidak memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar kira-kira lima peratus berbanding bank yang menyumbang dengan lebih tinggi. Tetapi bank berdepan masalah untuk memberi pinjaman bagi perniagaan lain dan ini memberi impak negatif kepada ekonomi.

Dalam keadaan ekonomi kini, ada pembeli yang terpaksa reschedule, berbincang dengan bank untuk mengurangkan pembayaran. Ini akan bertambah teruk jika berlakunya kemelesetan ekonomi, pengangguran dan akhirnya mengakibatkan pembeli rumah tidak mampu untuk membayar pinjaman. Maka, situasi seterusnya adalah lelongan rumah.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register