BTC USD 63,070.8 Gold USD 2,383.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Article Discussion Malaysia Menuju Kearah Gawat Ekonomi - Prof Dr Hoo Ke Ping(2015)

KUALA LUMPUR 23 Julai - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hutang isi rumah di Malaysia pada masa ini adalah tinggi pada kadar 82.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Perdana Menteri memberitahu, kadar ini adalah lebih tinggi daripada negara-negara yang mempunyai pendapatan perkapita yang tinggi seperti Itali (40.3 peratus daripada KDNK), Jepun (58.1 peratus daripada KDNK) dan Amerika Syarikat (76.3 peratus peratus daripada KDNK). �


Meskipun risiko hutang isi rumah ke atas kestabilan kewangan domestik adalah terkawal, menurut Dr. Mahathir, namun, telah wujud tanda-tanda kesukaran dalam kalangan peminjam untuk membayar balik hutang.

Jelasnya, hal ini berlaku terutamanya kepada peminjam yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan dan tinggal di kawasan bandar.

“Pemerhatian ini turut disokong oleh peningkatan bilangan peminjam yang menyertai Program Pengurusan Hutang atau (Debt Management Program) yang ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

“Saya difahamkan kira-kira 80 peratus daripada peserta program ini didapati terlalu optimistik tentang kemampuan mereka untuk membayar balik hutang dan menanggung kos sara hidup semasa mereka mengambil keputusan untuk meminjam. Ada yang tidak fikir akan membayar hutang apabila meminjam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran; Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus dan Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir menambah, usaha untuk meningkatkan literasi kewangan ini menjadi amat penting dan merupakan pelengkap kepada inisiatif penggubalan Akta Kredit Pengguna untuk mengukuhkan rangka kerja perlindungan pengguna kredit di Malaysia. �

Beliau memberitahu, Akta Kredit Pengguna sedang digubal melalui kerjasama antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Pembangunan Usahawan; BNM; Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta agensi lain berkaitan.

“Akta ini penting kerana ia bertujuan untuk memastikan pengguna kredit menerima layanan yang adil semasa berurusan dengan pemberi kredit.

“Penggubalan Akta ini akan disegerakan demi melindungi kepentingan pengguna dan menggalakkan pasaran kredit yang sihat,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE
 
Sponsored Post

KUALA LUMPUR: Kelembapan pasaran hartanah yang sedang melanda negara ini mungkin mengambil masa beberapa tahun lagi untuk pulih.

Pemangku Ketua Eksekutif Sime Darby Property, Datuk Wan Hashimi Albakri, berkata pasaran hartanah bergantung kepada jumlah permintaan yang diperoleh dan ia juga berkait rapat dengan situasi ekonomi yang berlaku di peringkat global dan tempatan.

“Apa yang berlaku sekarang, ekonomi global juga menunjukkan prestasi yang tidak begitu memberangsangkan, justeru, pasaran hartanah di negara ini mungkin memerlukan sedikit masa lagi untuk kembali pulih.

“Selain itu, pasaran hartanah juga bertindak sebagai petunjuk yang terkebelakang,” katanya selepas merasmikan kempen ‘Great Minds’ yang diadakan dengan kerjasama Yayasan Sime Darby, di sini, hari ini.

Kempen yang berlangsung selama lima bulan itu bertujuan membangunkan komuniti rakyat yang sihat menerusi aktiviti sukan, nasihat dan pembabitkan masyarakat.

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Ketua Eksekutif Yayasan Sime Darby, Dr Yatela Zainal Abidin.

Sementara itu, beliau berkata langkah membenarkan peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai hitam untuk membeli rumah masih perlu dikaji.

“Apa sekalipun, ia kembali kepada disiplin untuk membuat pembayaran balik. Ia mudah saja, jika anda meminjam, anda perlu membayar semula.

“Jadi, apabila peminjam PTPTN yang disenarai hitam Sistem Rujukan Maklumat Berpusat (CCRIS), ia adalah petanda awal mungkin mereka tidak mempunyai disiplin untuk membayar balik pinjaman.

“Jika peminjam berkenaan tidak mempunyai kerja, ia masih boleh difahami tetapi ramai peminjam sebenarnya sudah mempunyai kerja tetapi mereka masih tidak mempunyai disiplin untuk membuat bayaran.

“Justeru, apabila bank mengetatkan syarat pinjaman perumahan, ia kerana bank mahukan jaminan pembayaran balik sepanjang tempoh pembiayaan,” katanya.
 
KUALA LUMPUR 23 Julai - Hutang isi rumah Malaysia yang dilaporkan tinggi berbanding negara maju adalah disebabkan kadar gaji yang tidak meningkat naik seiring de*ngan kadar kos sara hidup.

Pengarah Projek Strategik UniKL, Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, harga rumah yang terus melambung menyebabkan pengguna terpaksa meminjam daripada bank begitu juga bagi pembelian kende*raan.

Beliau memberi contoh purata gaji RM5,000 sebulan pada 20 tahun lalu mungkin cukup untuk membeli rumah teres di bawah RM150,000, namun kini gaji RM5,000 yang sama tidak akan mampu membeli rumah teres semurah RM300,000.


Perangkap

“Perangkap pendapatan sederhana amat ditakuti negara sedang membangun kerana ia terjadi apabila pendapatan negara tidak meningkat sepantas peningkatan kadar inflasi.

“Jika ini diterjemahkan kepada pendapatan per kapita penduduk yang diban*dingkan dengan kos sara hidup maka keputusannya adalah membimbangkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini memberitahu hutang isi rumah di Malaysia pada masa ini adalah tinggi pada kadar 82.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Hutang isi rumah Malaysia itu lebih tinggi daripada negara-negara yang mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi seperti Itali (40.3 peratus daripada KDNK), Jepun (58.1 peratus daripada KDNK) dan Amerika Syarikat (76.3 peratus peratus daripada KDNK).

Hal ini berlaku terutama kepada peminjam yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan dan tinggal di kawasan bandar.

Kualiti hidup

Tidak terkejut dengan pengumuman itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid menyifatkan isu itu tidak boleh diambil ringan kerana hutang yang tinggi boleh menjejaskan kualiti hidup serta produktiviti seseorang.

Katanya, berbelanja ikut kemam*puan dan ‘ukur baju di badan sendiri’ mungkin kedengaran cliche tetapi itulah peringatan bersesuaian dengan trend perbelanjaan rakyat Malaysia terlalu terikut-ikut dalam memenuhi kehendak meskipun ia tidak penting.

“Pengaruh sosial serta ke*adaan sekeliling boleh mempengaruhi keputusan seseorang itu berhutang lebih banyak bagi memenuhi impian mereka yang mana perkara yang diimpikan itu mungkin di luar kemam*puan.

“Contohnya rumah yang mana umum mengetahui harganya adalah mahal, maka keputusan yang paling bijak adalah untuk menyewa dan bukannya membeli rumah. Ini kerana nilai pembiayaan rumah bergantung kepada harga rumah. Semakin tinggi harga rumah tersebut, maka semakin besarlah nilai pembiayaan rumah itu,” jelas*nya.

Alternatif

Sementara itu, Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, antara langkah yang boleh dilaksanakan kerajaan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah menyediakan kemudahan sewa rumah berbanding beli rumah.

Katanya, kempen menggunakan kad debit berbanding kad kredit pula perlu diperhebatkan supaya masyarakat berbelanja mengikut kemampuan pendapatan sedia ada selain menyediakan platform untuk pinjaman berasaskan qardhul hassan iaitu tidak mengenakan riba.

“Paling penting, mereka yang berhasrat mendirikan rumah tangga jangan ambil pinjaman peribadi untuk berkahwin *kerana itu akan menambahkan lagi hutang sedia ada selain menjadi sebab utama berlakunya masalah lain pada masa depan,” katanya.

Menurut beliau, platform *alternatif yang tidak melibatkan hutang harus disediakan seperti pembiayaan musharakah mutanaqisah untuk pembelian rumah, qardul hassan untuk pembiayaan pendidikan dan musharakah dan mudharabah untuk pem*biayaan perniagaan.
 
KUALA LUMPUR: Perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China memberi kesan terhadap pertumbuhan, namun ia tidak mengheret ekonomi negara sehingga berdepan kemelesetan.

Pengarah Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia (BNM), Fraziali Ismail, berkata kepelbagaian akan menyokong ekonomi Malaysia untuk terus berkembang sederhana tahun ini meskipun berdepan persekitaran mencabar.

Beliau berkata, pihaknya mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.3 hingga 4.8 peratus tahun ini dengan peningkatan ketegangan perdagangan menjadi antara risiko penurunan paling ketara terhadap pertumbuhan kerana perkembangan luaran mempunyai kesan limpahan ketara terhadap ekonomi domestik.

“Apa yang kami jangkakan adalah pertumbuhan sederhana dan bukan kemelesetan. Saya rasa kebimbangan kemelesetan (ekonomi) terlalu diperbesar-besarkan,” katanya pada taklimat mengenai “Perang Perdagangan AS-China - Konteks dan Implikasi” di sini, hari ini.

Ekonomi Malaysia, diukur menerusi kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 4.5 peratus pada suku pertama 2019, lebih tinggi berbanding jangkaan umum penganalisis dan ahli ekonomi, iaitu sekitar 4.3 peratus, meskipun berdepan persekitaran yang mencabar.

Pada tahun lalu, ekonomi negara berkembang 4.7 peratus meskipun berdepan persekitaran ekonomi global dan domestik yang mencabar.

Fraziali berkata, kepelbagaian eksport Malaysia berupaya mengekang kesan yang dicetuskan ketegangan perdagangan AS-China.

Beliau berkata, terdapat petunjuk yang memperlihatkan Malaysia mendapat manfaat daripada lencongan perdagangan, yang mana negara mencatatkan peningkatan masing-masing, 4.2 peratus dan 4.6 peratus dalam penguasaan pasaran di AS dan China bagi produk tertentu.

Katanya, dalam pasaran AS, produk Malaysia yang mendapat manfaat kebanyakannya adalah produk elektrik dan elektronik (E&E), sementara dalam pasaran China pula, produk negara ini yang mendapat manfaat adalah produk komoditi dan petrokimia.

“Produk E&E, minyak mentah, gas asli cecair dan produk petroleum menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan eksport negara sepanjang pelbagai tempoh ketegangan perdagangan.

“Pasaran eksport negara yang pelbagai juga mengurangkan kesan permintaan yang rendah daripada negara tertentu,” katanya.

Fraziali berkata, penyusutan ringgit juga menyediakan sedikit sokongan terhadap pertumbuhan eksport dalam mata wang tempatan.

Beliau berkata, sementara ringgit menyusut sejak November 2018, ia menyokong pertumbuhan eksport dalam beberapa bulan ini.
 
dah tau isi hutang tinggi kene la semak semula kadar gaji minimum... kurang kan la riba.... perkemaskan semula kitaran ekonomi.... kalo dl rege moto sekitar 4-5k shj... skrg ni rege moto sume dah cecah 10k... pendapatan golongan mula bekerja sekitar 1-2k shj... sbb moto adalah pengangkutan utama bg golongan pekerja muda dan buruh... belum masuk kos idup dan tempt tinggal...
 
KEDUDUKAN harga kelapa sawit boleh menyelamatkan lebih ramai rakyat miskin tegar di luar bandar jika diuruskan dengan baik sekali gus dapat meningkatkan hasil pendapatan negara melalui komoditi berkenaan. Usaha tanpa jemu perlu dilakukan bagi mempromosikan penggunaan minyak kelapa sawit di peringkat global terutama di negara yang kaya ekonomi dan padat penduduknya.

Saya tidak bercadang menuding jari kepada mana-mana pihak bagaimana harga minyak kelapa sawit boleh jatuh merudum sejak setahun lalu. Sebaliknya mahu berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan penduduk kampung asal saya di sekitar daerah kecil Kampung Gajah, Perak yang kini masih berada pada tahap kemiskinan tegar berikutan harga komoditi berkenaan jatuh merudum.

Sebelum Mei tahun lalu, harga runcit setan kelapa sawit mentah ialah antara RM580 dan RM600 tetapi kini hanya tinggal sekitar RM280 dan RM300. Kemerosotan harga minyak kelapa sawit menyebabkan pekebun kecil kehilangan banyak pendapatan bulanan sehingga mereka tergolong dalam kumpulan rakyat termiskin iaitu memperoleh pendapatan kurang RM1,000 sebulan. Dalam keadaan harga barangan lain yang semakin meningkat, sudah pasti pendapatan sedemikian tidak mencukupi bagi mereka membiayai kos makanan dan pakaian ahli keluarga masing-masing. Sehubungan itu dapatlah dikatakan bahawa harga kelapa sawit menjadi faktor penentu kepada kemiskinan rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar termasuk penduduk yang menyertai penempatan baharu di Felcra dan Felda.

Keadaan hidup penduduk Kampung Gajah yang miskin dan menderita kerana kejatuhan harga minyak kelapa sawit adalah sebahagian daripada kisah kemiskinan Melayu di negara ini yang perlu diberikan perhatian. Kampung Gajah terletak dalam Parlimen Pasir Salak sememangnya sinonim dengan sejarah penentangan anak Melayu tempatan terhadap penjajahan Inggeris yang akhirnya mengorbankan dua pahlawan terbilang di tepi tebing Sungai Perak iaitu Datuk Sagor dan Datuk Seri Maharajalela. Setelah kematian Residen British, JWW Birch pada 1875, kedua-duanya dibicarakan Inggeris di Matang, Taiping kerana dikatakan bertanggungjawab terhadap peristiwa pembunuhan itu. Mereka didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati di sana.

Kematian Birch memberi tamparan hebat kepada kerajaan Inggeris di Tanah Melayu ketika itu. Sebagai tindak balas kepada kematian itu, akhirnya Inggeris mengambil keputusan tidak membangunkan kawasan berkenaan sehingga negara ini mencapai kemerdekaan. Inggeris hanya membangunkan kawasan yang ada kepentingan mereka di sekitar kawasan industri melombong bijih timah di Lembah Kinta, Taiping dan Bidor. Penduduk di sekitar tebing Sungai Perak termasuk Bota, Parit, Teluk Intan dan Bagan Datuk yang merupakan kawasan pertanian tidak dimajukan Inggeris seperti mana di tempat lain, Sistem pertanian sara hidup yang diamalkan penduduk tempatan menyebabkan mereka terus berada dalam kelompok kemiskinan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan.

Ketika Tan Sri Ramli Ngah Talib menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah dan Menteri Besar Perak sekitar 1983 hingga 1999, kawasan berkenaan mula mendapat perhatian dan dibangunkan dengan pesatnya. Infrastruktur seperti jalan raya, pembinaan sekolah dan pembukaan tanah terbiar secara ladang melalui agensi Felcra mula digiatkan. Corak ekonomi pertanian penduduk tempatan bertambah baik apabila sebahagian mereka dipindahkan ke Rancangan Pembangunan Tanah Felcra Seberang Perak dan Cangkat Lada dengan mengusahakan tanaman padi dan kelapa sawit secara estet. Penduduk tempatan mula menebang pokok getah yang harga susunya turut jatuh teruk ketika itu dan menggantikannya dengan tanaman kelapa sawit.

Pembinaan beberapa sekolah menengah memberi peluang anak tempatan belajar ke peringkat lebih tinggi dan berjaya menyertai kerjaya makan gaji di sektor awam dan swasta. Penduduk juga mula menanam pokok durian dan kelapa sawit atas tanah sendiri secara besar-besaran bagi meningkatkan hasil pendapatan keluarga. Apabila berlaku lambakan hasil durian yang mempengaruhi harganya semakin menurun, mereka menukarkannya kepada pokok kelapa sawit. Sehubungan itu harga durian kembali stabil di samping harga kelapa sawit juga kian meningkat.

Bagaimanapun pada 2014, kebanyakan pokok durian musnah akibat banjir yang berlaku dalam jangka masa agak panjang. Oleh itu mereka terpaksa hidup bergantung kepada hasil kelapa sawit yang memberikan pulangan lumayan sebelum pilihan raya 2018.

Tanpa diduga selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), harga kelapa sawit jatuh merudum apabila China mengurangkan import minyak kelapa sawit ke negara berkenaan. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) cuba sedaya upaya menyelamatkan keadaan dan meningkatkan semula harga komoditi ini. Namun belum menunjukkan tanda-tanda yang lebih positif.

Apa pun, kerajaan harus terus berusaha tanpa jemu meningkatkan permintaan minyak kelapa sawit di peringkat antarabangsa agar harganya meningkat dan stabil, sekali gus mengeluarkan rakyat di luar bandar daripada kepompong kemiskinan tegar.

DATUK DR. AZMI ABDUL MALEK ialah perunding media dan penyelidik sains politik tanah air
 
dah tau isi hutang tinggi kene la semak semula kadar gaji minimum... kurang kan la riba.... perkemaskan semula kitaran ekonomi.... kalo dl rege moto sekitar 4-5k shj... skrg ni rege moto sume dah cecah 10k... pendapatan golongan mula bekerja sekitar 1-2k shj... sbb moto adalah pengangkutan utama bg golongan pekerja muda dan buruh... belum masuk kos idup dan tempt tinggal...

gaji minimum nih bawa chain effect..
antara yg bakal naik sudah semestinya bahan makanan..

cuba bayangkan gaji minumun rm1500
tokey ayam terpaksa bayar gaji 2 pekerjanya sebanyak rm 3000
x lupa jgk.. dia ada seorang pekerja mahir yg dlunya bergaji rm1500..
so nak kena naik jdi rm2000..

kesannya harga ayam turut meningkat..

bila harga makanan meningkat.. nilai gaji rm 1500 nih xda bezanya dgn gaji rm1050.. xdanya nak penuh troli dgn rm100
 
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai pilihan untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sekiranya Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menurunkan lagi kadar faedahnya pada separuh kedua tahun ini.

Ketua Ekonomi Malaysian Rating Corp. Berhad (MARC), Nor Zahidi Alias berkata, walaupun senario asas mencerminkan OPR akan kekal pada status quo sehingga hujung tahun ini, namun tidak menolak kemungkinan terdapat keperluan pelarasan pada 2020 jika keadaan ekonomi makro merosot.


Jelas beliau, prospek sedemikian akan meningkatkan daya tarikan bagi bon tempatan disebabkan oleh pulangan yang menarik dan prospek inflasi Malaysia yang baik.

“Aliran masuk asing terkumpul tahunan ke dalam bon tempatan dijangka bertambah baik berbanding pada 2016 hingga 2018.

“Oleh itu, ia akan mengurangkan beberapa aliran keluar yang mungkin berlaku pada separuh kedua tahun ini susulan ketegangan yang meningkat semula berhubung perang dagangan Amerika Syarikat (AS) dan China selain tindakan FTSE Russell yang akan mengeluarkan bon kerajaan Malaysia daripada indeks bon globalnya,” katanya dalam kenyataan di si i hari ini.

BNM menurunkan OPR kepada tiga peratus berbanding 3.25 peratus yang mana ia adalah kali pertama sejak Januari 2018.

Sementara itu, Fed pada Rabu menurunkan kadar faedahnya buat pertama kali sejak krisis kewangan global pada 2008 dengan harapan dapat mencegah kemelesetan ekonomi. - UTUSAN ONLINE
 
belanja satu satu keluarga sepatutnya yg basic utamakan dulu...rumah,kereta,bil letrik,air dan duit dapur...baru lengkap...tu pun mungkin dlm 2.5k-3k jer...tiap bulan mcm tu patutnya...ada lebih,barula kita joli...ni anggaran...

kita setle yg micro dulu,nanti semua comply,otomatik makro dah adjusted...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register