Article Discussion : Malaysia Menuju Kearah Gawat Ekonomi - Prof Dr Hoo Ke Ping(2015)

Recommended Brokers

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
15,821
Reaction score
472
Points
131
TOKYO: Beberapa syarikat gergasi Jepun telah memberi komitmen untuk mengembangkan pelaburan dan perniagaan mereka di Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Perdana Menteri, dalam pertemuan dengan 19 ketua eksekutif syarikat Jepun dalam satu dialog perniagaan semalam, kesemua mereka menzahirkan sokongan kepada negara.

“Terdapat 19 konglomerat Jepun dan setiap satu daripada mereka telah memberitahu hasrat untuk mengembangkan perniagaan atau melabur dalam projek-projek baharu di Malaysia.

“Kebanyakan mereka mempunyai perkhidmatan dalam bidang kesihatan, kewangan dan mereka mahu mengembangkannya lagi,” katanya dalam sidang media bersama wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerja beliau ke Jepun hari ini.

Sepanjang tiga hari lawatan ke negara matahari terbit ini, Perdana Menteri diberi penghormatan sebagai pemimpin pertama yang berucap pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-25 anjuran Nikkei Inc.

Beliau turut menjayakan Dialog Perniagaan anjuran MIDA, MDeC dan Jetro, yang dihadiri wakil-wakil syarikat seperti Mitsubishi, Roland, Kawasaki, Sankyu, dan banyak lagi.

Ditanya mengenai adakah masih wujud sikap skeptikal pelabur asing terhadap keadaan ekonomi Malaysia, Dr Mahathir berkata, apa yang beliau tahu golongan itu sentiasa positif dengan negara ini.

“Saya tak tahu yang mereka bersikap skeptikal. Yang selalu skeptikal adalah media. Masih bercakap kami tidak mentadbir dengan baik walaupun hakikatnya ekonomi negara sedang berkembang,” kata Dr Mahathir lagi.

Perdana Menteri berkata, banyak pihak gagal untuk menyedari hakikat bahawa Pakatan Harapan berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan dalam keadaan yang aman dan demokratik.

“Anda gagal untuk menyedari bahawa pengambil alihan tampuk pemerintahan negara dalam keadaan yang sangat aman itu merupakan satu pencapaian.

“Kebanyakan negara akan mengalami keganasan. Tetapi di sini, kami berjaya melakukan banyak perkara, menyelesaikan hutang besar kerajaan terdahulu, membantu Felda dan Tabung Haji, dan banyak lagi. Malah kerajaan juga bersedia menghulurkan bantuan kewangan,” ujar Dr Mahathir.
 
Sponsored Post

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
15,821
Reaction score
472
Points
131
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia perlu bersedia mengharungi tempoh sukar akan datang memandangkan ekonomi kini berdepan isu sebenar di tengah-tengah situasi luaran yang tidak dapat diselesaikan malah semakin bertambah buruk hampir setiap hari, kata pakar ekonomi terkemuka.

Penasihat Kanan Institut Penyelidikan Khazanah, Dr Jomo Kwame Sundaram berkata kebanyakan masalah itu berada di luar kawalan kerajaan Malaysia, dan rakyat sewajarnya bersedia untuk melalui keadaan itu.

“Perang ekonomi bukan hanya mengenai perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, kerana kita tidak dapat menghindarinya kerana ia juga menjadi sebahagian daripada ekonomi kita.

“Kita juga akan tersepit dalam keadaan tersebut memandangkan China merupakan rakan dagang utama kita selain terdapat banyak pelaburan Malaysia dengan China menerusi usaha sama seperti Proton dan Geely,” katanya kepada pemberita di luar Konvensyen Ekonomi Malaysia 2019 di sini, hari ini.

Beliau berkata penting untuk segenap pihak di negara ini mengenal pasti masalah berkenaan dan menguruskan isu itu secara bersama sebagai sebuah negara dengan rakyatnya bersatu padu sekali gus menolak perbezaan politik.

Negara perlu mula memikirkan mengenai pelaburan domestik yang akan menjadi penyelamat ekonomi ini berbanding menumpukan usaha ke atas pelaburan asing, katanya.

Jomo berkata kelembapan ekonomi telah sedia berlaku dan menjejaskan harga komoditi Malaysia malah situasi itu tidak akan pulih serta-merta.

“Malaysia bukan sebuah negara pengeluar minyak dengan kos rendah seperti Arab Saudi, malah Arab Saudi juga menyemak semula dasar mereka disebabkan iklim ekonomi semasa,” katanya.

Ketika ditanya sama ada ekonomi Malaysia memerlukan rangsangan baharu, beliau berkata negara telah melaksanakannya sejak 20 tahun lepas ketika krisis kewangan Asia melalui banyak pinjaman.

Beliau menjelaskan banyak perkara yang tidak sepatutnya dilaksanakan telah dibuat atas nama rangsangan ekonomi.

Jomo berkata Malaysia kini perlu mempertingkat amalan kebertanggungjawaban dan ketelusan.

Mengenai agenda pembaharuan negara, beliau berkata usaha pembaharuan bukan sesuatu yang mudah dan senarai harapan pula sangat panjang, justeru itu kerajaan perlu memberi keutamaan kepada isu yang mendesak berbanding aspek lain seperti perkara yang Bank Dunia mahu Malaysia laksanakan.

Menangani isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan hutang negara mungkin menjadi perkara paling penting untuk diselesaikan buat masa ini, katanya.

“Saya tidak boleh mengatakan apa yang dilaksanakan kerajaan adalah mengagumkan kerana banyak lagi kerja yang perlu dijalankan namun, apa yang mereka cuba realisasikan juga melibatkan kepentingan yang kuat, selain wujud pihak yang akan menentang pembaharuan, oleh itu, ia bukan mudah,” katanya. - Bernama
 
apoeki

Active+ Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
4,731
Reaction score
132
Points
33

Penasihat ekonomi PM ckp ekonomi bertambah baik. Prof jomo ckp ekonomi teruk..
 
smithmagge

Super Active Member
Joined
Apr 10, 2010
Messages
6,588
Reaction score
185
Points
73

jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,978
Reaction score
1,439
Points
141
BISNES»Lain-lain (Bisnes)
Jumaat, 21 Jun 2019 | 9:10pm

MOODY'S Investors Service.
Moody's turun penarafan PETRONAS

428 dibaca

Share
KUALA LUMPUR: Moody's Investors Service menurunkan penarafan penerbit domestik dan mata wang asing senior tidak bercagar Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) kepada A2 daripada A1 serta mengubah unjuran kepada ‘stabil’ daripada ‘negatif’.

Dalam kenyataan hari ini, agensi penarafan global itu berkata metrik kredit syarikat minyak negara kekal kukuh, namun diberikan penarafan yang lebih disebabkan semakan semula metodologi silang sektor.

Moody’s menyiarkan metodologi rentas sektor yang dikemas kini bertajuk ‘Menilai Impak Kualiti Kredit Kerajaan pada Penilaian Lain’, pada 20 Jun.

Naib Presiden Kanan Moody’s, Vikas Halan berkata hubungan rapat antara kerajaan Malaysia (stabil A3) dan PETRONAS, berdasarkan metodologi yang disemak semula itu, tidak boleh menyokong penarafan bagi Petronas, iaitu dua kedudukan lebih tinggi berbanding negara Malaysia.

"Hubungan syarikat dengan negara (Malaysia) mewujudkan potensi campur tangan kerajaan yang mungkin mempunyai kesan negatif terhadap profil perniagaan atau aliran tunai syarikat," katanya.

Halan bagaimanapun berkata penarafannya boleh dikekalkan satu kedudukan melepasi penarafan negara disebabkan metrik kredit syarikat itu yang kukuh, pergantungan rendah terhadap ekonomi domestik (70 peratus hasil yang dijana melalui eksport dan seberang laut) dan akses yang lebih baik ke pasaran modal antarabangsa.

-- BERNAMA

______

kerajaan sedang menjarah petronas..

kena review semula.. kaedah lain..
 
nx105

Active Member
Joined
Jan 20, 2009
Messages
1,686
Reaction score
87
Points
30
duit ringgit terus x naik2 lepas setahun PH perintah..
terok wat keje...
apa kau buat PH..
 
kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
15,821
Reaction score
472
Points
131
KUALA LUMPUR 5 Julai - MCA mendesak Menteri Industri Utama, Teresa Kok supaya berhenti bermain ‘drama’ pelbagai isu membabitkan komoditi utama, sebaliknya segera melawat peladang dan pekebun di seluruh negara bagi benar-benar memahami masalah yang dihadapi mereka.

Desakan itu disuarakan oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan MCA, Ling Tian Soon yang turut mencadangkan kepada pihak kementerian supaya melaksanakan empat perkara bagi menyelamatkan industri sawit negara.

Beliau berkata, kerajaan perlu berhenti mengimport minyak sawit mentah (MSM) dari Indonesia untuk diproses dan pastikan kesemua minyak sawit untuk dieksport adalah produk tempatan.

“Pihak kementerian perlu segera melaksanakan skim galakan dan insentif penanaman semula yang pernah dilakukan kerajaan terdahulu pada RM7,500 sehektar. Namun, sayangnya kerajaan baharu telah menghentikan skim ini.

“Ketiga, kemudahan baja subsidi perlu disediakan kepada peladang-peladang kecil bagi menurunkan kos pengeluaran mereka dan yang terakhir, menyediakan skim pembiayaan mudah bagi membantu peladang sawit yang sebelum ini membeli ladang sawit dengan pembiayaan bank,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Disebabkan pengeluaran yang melebihi jangkaan dan ditambah dengan eksport yang berkurangan, harga antarabangsa MSM jatuh ke paras terendah dalam tujuh tahun pada RM1,947 per tan, bermakna peladang kecil bakal menerima pulangan buah tandan segar (BTS) yang lebih rendah dari bulan lepas, yang mencatatkan RM285 hingga RM295 per tan.

Harga rendah sebegini telah menghantui lebih 650,000 peladang kecil sawit seluruh negara melebihi setahun, sekali gus memberi bayangan masa depan yang malap bagi industri berkenaan.

Sementara pengeluaran produk sawit bagi bulan Jun, merosot 19.9 peratus ke 1,343,428 tan berbanding 1,677,639 tan pada bulan sebelumnya. Syarikat pemeriksa bebas, AmSpec Agri Malaysia pula melaporkan, eksport dalam tempoh sama juga susut 19.6 peratus.

Mengulas lanjut, Tian Soon berkata, pihak kementerian tidak boleh terus memandang remeh dengan statistik yang semakin membimbangkan itu, sebaliknya kembali ke pangkal jalan secara lebih pragmatik dengan membantu mengatasi masalah yang mendepani pengusaha sawit.

“Pegawai malah menteri berkenaan sepatutnya tidak lagi memikirkan penyelesaian yang tidak praktikal dari bilik berhawa dingin mereka, sebaliknya dekati hidup peladang bagi memahami serta mengatasi masalah mereka,” tegasnya. -UTUSAN ONLINE
 
kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
15,821
Reaction score
472
Points
131
KUALA LUMPUR - Saham Tenaga Nasional Bhd. (TNB) jatuh sebanyak 64 sen atau 4.53 peratus kepada RM13.50 pada tengah hari susulan kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk meliberalisasikan sektor elektrik runcit di negara ini.

Memetik jawapan bertulis Kementerian Tenaga, Sains,Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melaporkan bahawa kerajaan sedang menjalankan kajian mengenai sama ada untuk membenarkan pembekal tenaga baharu untuk masuk ke dalam pasaran dan keputusan akan dibuat tidak lama lagi.

Dilaporkan bahawa jika kerajaan memutuskan untuk meneruskan rancangan itu, ini bermakna TNB tidak lagi akan menjadi pilihan tunggal untuk pengguna di Semenanjung Malaysia untuk membeli tenaga elektrik. - UTUSAN ONLINE
 
kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
15,821
Reaction score
472
Points
131
KUALA LUMPUR - Penjualan aset Khazanah Nasional Bhd. yang bernilai hampir RM50 bilion dalam tempoh kurang daripada 10 tahun adalah untuk membolehkan cabang dana pelaburan negara itu merealisasikan nilai pelaburannya serta membiayai operasi serta aktiviti pelaburannya.

Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Asia Pasifik Phillip Capital Management Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata selain daripada membiayai operasi Khazanah, hasil daripada penjualan itu juga digunakan untuk membiayai aset strategik yang bermasalah seperti Malaysia Airlines.

“Khazanah melakukan yang terbaik untuk melaksanakan mandatnya iaitu bagi mengembangkan kekayaan jangka panjang Malaysia, melabur dalam projek strategik dan membantu kerajaan meningkatkan ekonomi,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Nazri berkata faktor lain yang boleh mempengaruhi aktiviti pelaburan Khazanah adalah peralihan tumpuan negara daripada ekonomi tradisional, seperti petroleum dan pelancongan kepada ekonomi digital.

Bagaimanapun, katanya, dana tersebut perlu membuat pelaburan baharu bagi mengimbangi aset yang telah dijual itu.

Ahli ekonomi yang kini menjadi usahawan Izzuddin Yusof berkata adalah perkara biasa bagi sesebuah dana untuk menjual pelaburannya apabila objektif pelaburannya telah dicapai.

“Walaupun dana negara, ia tetap mempunyai hadnya justeru mereka perlu terus melabur dan menjual bagi mencari kedudukan yang terbaik,” katanya.

Menurut Izzuddin, sebagai dana strategik negara yang berkait rapat dengan perubahan dalam kerajaan, boleh difahami bahawa kerajaan baharu mempunyai idea berbeza bagi hala tuju ekonomi.

Bagaimanapun, katanya, penjualan aset perlu dilakukan secara beransur-ansur bagi mengelakkan ia menjejaskan ekonomi dan pasaran kewangan.

Menurut laporan-laporan sebelum ini, Khazanah menyatakan bahawa penjualan aset adalah aktiviti perniagaan biasa yang diamalkan oleh dana itu.

Dari 2009 sehingga 2017, dana itu melakukan 80 penjualan yang bernilai RM45.30 bilion dan hasil daripadanya biasanya digunakan bagi pelaburan baharu dan mengurangkan hutang dan tidak disalurkan secara terus kepada kerajaan.

Tidak seperti dana harta, dana pencen/persaraan atau dana pelaburan lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Khazanah tidak menerima sebarang suntikan modal tetap daripada sumber luar bagi pelaburannya.

Sebagai contoh, KWSP menerima dana daripada caruman pekerja secara tetap manakala PNB menerima dana daripada pelabur unit amanahnya.

Khazanah berkata ia mempertimbangkan peluang penjualan bagi asas berasingan berdasarkan sasaran kewangan strategik, dan aset tertentu akan dipertimbang untuk dijual apabila ia telah mencapai objektif dan pulangan sasarannya.

Menurut dana itu, penjualan tersebut juga bergantung kepada masa dan kekuatan pasaran serta kualiti, kredibiliti dan ketersediaan pembeli, sambil menambah prinsip berkenaan terpakai bagi penjualan sebelum ini dan juga yang akan datang. -BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register