Malaysia mengharamkan filem lakonan Jennifer Lopez, ‘Hustlers’

Recommended Brokers


Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
599
Reaction score
94
Points
20

Filem Hustlers diharamkan untuk tayangan di Malaysia.

AFP

MALAYSIA mengharamkan filem lakonan Jennifer Lopez, ‘Hustlers’ kerana mengandungi banyak adegan menjolok mata yang tidak sesuai untuk rakyat negara ini.

Filem itu mengisahkan penari bogel di New York menjadi ahli perniagaan kaya ketika krisis kewangan.

Filem berdasarkan kisah benar itu menampilkan sekumpulan wanita menggunakan taktik jenayah termasuk menyebabkan lelaki mabuk sebelum mencuri wang dalam akaun bank mangsa berikutan kejatuhan pasaran saham menyebabkan pendapatan kelab bogel terjejas.

Menurut Lembaga Penapis Filem (LPF) Malaysia yang mengharamkan filem berkenaan ditayangkan di pawagam, terlalu banyak adegan tidak sesuai terutama berunsur lucah dan terpaksa dipotong.

“Filem ini mengandungi terlalu banyak adegan lucah yang tidak sesuai untuk tontonan awam.

“Ia menampilkan payu dara wanita dan alat sulit lelaki selain tarian erotik keterlaluan serta penggunaan dadah,” kata Pengerusi LPF Malaysia, Mohamad Zamberi Abdul Aziz kepada AFP.

Pengedar filem berkenaan di Malaysia, Square Box Pictures mengesahkan pengharaman itu melalui akaun Instagram mereka.

Hustlers dijadual ditayangkan di Malaysia pada Khamis depan.

 
Sponsored Post

skyz.silver

Fun Poster
Joined
Jan 3, 2013
Messages
997
Reaction score
61
Points
20
oh. takpe. tak berbaloi tgk cite cmnie kt wayang. perabis duit je.
nak tgk, download je lah.
nak tgk wayang, tgk cite yg betol2 best dan berbaloi je.
 

noblegold

Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
1,757
Reaction score
24
Points
25
Tapi ini filem berdasarkan kisah benar. Kesukaan hamba filem mcm ni. Kena tengok gak
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
21,935
Reaction score
2,352
Points
191
adakah akan ada barisan peguam atau ngo menentang nanti??
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,562
Reaction score
279
Points
131
Tunggu download keluar jela nanti
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,518
Reaction score
2,028
Points
176
Hustlers ‘Tidak Lepas’ Di Malaysia

Filem aksi drama Hustlers begitu dinanti-nantikan oleh peminat di seluruh dunia. Manakan tidak, filem itu sendiri telah dibarisi oleh selebriti Hollywood ternama seperti Jennifer Lopez, Cardi B, Constance Wu, Usher, Lili Reinhart dan ramai lagi.

Hustlers dijadualkan tayangannya serentak seluruh dunia bermula semalam, 19 September 2019 namun begitu peminat di Malaysia mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk menonton filem tersebut.

Ini difahamkan bahawa filem itu telah ‘ditarik’ jadual tayangannya oleh Lembaga Penapis Filem Malaysia. Lebih mengecewakan pengumuman tersebut hanya diumumkan pada saat akhir, turut menerima pengumuman mengenai penarikan filem Hustlers dari pawagam yang terlibat.

Mungkin ramai yang tertanya apakah punca mengapa filem ini tidak lepas ditayangkan di Malaysia. Hustlers yang diarahkan sendiri oleh Jennifer Lopez menceritakan mengenai Destiny yang bekerja sebagai penari erotik. Kehidupannya mula berubah setelah berkawan dengan Ramona yang merupakan penari yang mendapat upah yang paling tinggi di kelab itu.Menerusi persahabatan mereka, Ramona telah menunjukkan Destiny cara mendapat pendapatan yang tinggi.

Barangkali kerana jalan cerita nya yang menceritakan mengenai kehidupan penari erotik yang kita sedia maklum agak terlalu seksi atau banyak babak lucah membuatkan ianya tidak lepas untuk ditayangkan. Apa pun, masih ada lagi filem-filem hebat lain yang turut ditayangkan pada minggu ini dan salah satunya adalah Rambo Last Blood!.




Kredit artikel asal Khai Azfar
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,041
Reaction score
1,512
Points
596
filem kena banned tapi rasa nanti keluar versi download
 
Sponsored Post
Top
Log in Register