Malaysia mahu bina kilang pemasangan Proton di Pakistan

Recommended Brokers


dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
15,633
Reaction score
994
Points
166


EKONOMINASIONAL July 10, 2019 7:35 am

KUALA LUMPUR, 9 JUL : Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia begitu mengharapkan penubuhan kilang pemasangan automotif Proton Holdings Berhad di Pakistan.

Beliau membuat pengumuman itu dalam ucapannya pada majlis Anugerah Pencapaian Antarabangsa Dewan Perniagaan dan Industri Rawalpindi (RCCI) ke-32 di sini malam ini.

“Saya juga ingin mencadangkan kepada ahli perniagaan Malaysia untuk meninjau pelbagai peluang perdagangan yang ada di Pakistan.

“Terdapat potensi besar yang belum diterokai bagi meningkatkan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Pakistan,” katanya pada majlis itu yang turut dihadiri isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden RCCI Malid Shahid Saleem, dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Ikram Mohammad Ibrahim.

Dr Mahathir berkata Malaysia komited untuk menyediakan persekitaran mesra perniagaan dan kerjasama bagi sesiapa sahaja yang berhasrat untuk melabur di sini.

Perdana Menteri menegaskan Malaysia dan Pakistan merupakan dua negara bersahabat dengan jumlah penduduk 224 juta, dengan itu menjadi pasaran pengguna yang sangat besar.

“Hubungan kita yang unik dan rapat ini perlu dipergunakan supaya kita dapat memanfaatkan pasaran besar ini untuk kelebihan kedua-dua negara.

“Memandangkan masing-masing mempunyai industri dan aktiviti ekonomi yang unik, kita mempunyai banyak bidang untuk diusahakan, tanpa harus bersaing satu sama lain.

“Malah, memandangkan Malaysia berharap untuk tingkatkan kerjasama yang lebih tinggi, pertukaran pengetahuan dan pengembangan perdagangan dengan Pakistan, kami amat berharap dapat menjalin kerjasama yang saling melengkapi satu sama lain,” katanya.

Dr Mahathir menegaskan Malaysia dan Pakistan perlu berkongsi kekuatan dan mengatasi kelemahan masing-masing untuk muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi global.

“Saya gembira kerana Perdana Menteri Pakistan Tuan Yang Terutama Imran Khan berkongsi sentimen yang sama dan sangat berminat meneroka semua peluang yang ada dalam hubungan dua hala kita,” katanya.

Dr Mahathir berpendapat komuniti perniagaan adalah tulang belakang ekonomi, oleh itu kedua-dua pemimpin boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara.

Pada majlis itu, Anugerah Jenama Terbaik disandang oleh G’Five Mobile Pvt Ltd, manakala MIA Corporation merangkul Anugerah Kecemerlangan Pelanggan dan Anugerah Kepimpinan dalam Pendidikan Global dikurniakan kepada Datuk Tiffanee Marie Lim, sementara Mari Petroleum Pvt Ltd memenangi Anugerah Syarikat Paling Pantas Berkembang.

sumber - https://selangorkini.my/2019/07/malaysia-mahu-bina-kilang-pemasangan-proton-di-pakistan/
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register