BTC USD 95,776.2 Gold USD 2,700.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia kini di ambang status negara berpendapatan tinggi - OECD

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,275
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,275
Reaction score
1,004
Points
151

Malaysia kini di ambang status negara berpendapatan tinggi - OECD​

Oleh Mahanum Abdul Aziz - Ogos 27, 2024 @ 10:58am
[email protected]


Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi pesat selama setengah abad -NSTP/AIZUDDIN SAAD
Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi pesat selama setengah abad -NSTP/AIZUDDIN SAAD

PUTRAJAYA: Pertumbuhan ekonomi pesat dan inklusif yang mampan selama setengah abad telah membawa Malaysia hampir ke ambang negara berstatus berpendapatan tinggi, demikian menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Pengarah Cawangan Pengajian Negara, Jabatan Ekonomi OECD, Dr Luiz de Mello, berkata Malaysia telah mencapai kemajuan ekonomi dan sosial yang luar biasa sejak beberapa dekad yang lalu.

Beliau berkata, prestasi ekonomi yang kukuh membuka jalan kepada penumpuan yang lebih pantas dalam taraf hidup berbanding negara yang lebih makmur dalam kawasan OECD.

Katanya, Malaysia juga telah mendahului rakan serantau dari segi pendapatan per kapita dan mengukuh menerajui sejak tiga dekad yang lalu.

"Pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif selama setengah abad telah membawa Malaysia hampir kepada ambang status berpendapatan tinggi, dan Malaysia dijangka untuk mencapai ambang itu tidak lama lagi," katanya pada pelancaran Tinjauan Ekonomi Malaysia 2024 OECD oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di sini, hari ini.

Mello berkata, pembaharuan dasar yang ketara pada tahun 1980-an membolehkan Malaysia menarik aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang ketara, dengan menjadi pengeluar cip dan elektronik global.

Beliau berkata, Malaysia kini berada pada kedudukan yang baik untuk membina kemajuan itu. Sehubungan itu, katanya OECD menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang 4.9 peratus bagi 2024 dan 4.7 peratus pada 2025.

"Ekonomi negara ini kukuh dalam berdepan kejutan termasuk pandemik, gangguan rantaian bekalan dan kesan konflik Russia-Ukraine.

"Permintaan domestik yang kukuh dan peluang baharu dalam sektor dipacu teknologi serta jangkaan peningkatan semula eksport akan menggalakkan pelaburan swasta meskipun kos pembiayaan tinggi," katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan bahawa hasrat menjadi negara maju menjelang 2027 mampu dicapai sekiranya ekonomi Malaysia mampu tumbuh antara empat hingga lima peratus setiap tahun.

Selain itu, ringgit harus berada dalam kedudukan mengukuh iaitu sekitar RM4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Mengenai cadangan meningkatkan hasil negara, Mello berkata, pihaknya mencadangkan Malaysia untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar yang rendah.

Beliau berkata, pengenalan cukai berkenaan pada kadar yang rendah akan mengelakkan masalah yang timbul ketika ia diperkenalkan sebelum ini.
Katanya, pengenalan cukai berkenaan perlu disusuli dengan bantuan kepada kumpulan rentan.

Mengenai dasar monetari di negara ini, Mello berkata, pendirian dasar monetari yang neutral di negara ini dilihat sesuai dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, dengan inflasi menghampiri purata jangka panjang dua peratus, pendirian dasar monetari semasa nampaknya memadai dan memberi ruang untuk menampung kenaikan inflasi memandangkan pelaksanaan rasionalisasi subsidi tenaga.

 
Sponsored Post

Basic 1.5k pun banyak tak dapat lagi macam mana tu?

benda ni xleh wat pe..
klo kau keje dkt company yg well perform..
kau leh demand.. dan company akan value kau sbgi asset company..

Dlm situasi company2 yg x brpa perform..
kau xleh demand.. kau kne keje ambil pengalaman dlu..
kemudian hi2 bye2..

cari keje dkt company yg well perform..

atau ?

keje sendiri setup company sendiri.. kita plak jdi boss.. kita bayar gaji rm1800 basic kpd pekerja kita.. :ROFLMAO:

pilihan masing2..
 
"kemajuan ekonomi sejak setengah abad..."

sejak mesia bertukar2 PM ni... Pelan Rancangan Malaysia mmg tak pernah berubah dan sentiasa on track.... jadi sapekah yg merencana pelan RMK malaysia selama ni.... jeng3
Kakitangan kerajaan.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register