BTC USD 99,797.1 Gold USD 2,718.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia kekurangan 30,000 jurutera

Sponsored Post

Gaji engineer ni sepatutnya saing2 gaji doktor, tapi kat Malaysia ni tak tahulah kenapa...hmmm
Dr pun kontrak sekarang...
Nanti susah nak nasihat anak...belajar rajin2 nanti dh besar boleh jadi doktor/engineer...

Cuma kalau anak pandai cakap pusing2 boleh asuh jadi menteri 😂
 
jangan tengok gaji starting je. cuba check gaji engineer lepas 10 tahun. yg saya kenal memang lebih 10k sebulan. dgn benefits lagi. lumayan lah tu. start umur 24, by umur 34 gaji 5 angka. kalau bijak, lompat2 company, maybe atas 20k.
 
Anwar puji Zahid libatkan pelajar maahad tahfiz dalam TVET

Khairulanuar Yahaya8 June 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diringi Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Zahid Hamidi bergambar bersama pelajar-pelajar ketika hadir Hari TVET Negara di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kuala Langat, Selangor. Foto SYADILA AMARI, 08 JUN 2024.

KUALA LANGAT – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji langkah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melibatkan pelajar mahaad tahfiz dalam Program Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET).

Anwar berkata, tindakan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Kebangsaan membolehkan peluang kerjaya lebih terbuka kepada kumpulan tersebut.

“Tahniah kepada TPM kendali seluruh aspek TVET dengan bersungguh-sungguh dalam Majlis TVET Negara mencari, menerokai dan memperkenalkan beberapa program yang tidak berlaku sebelum ini.

“Kita kadang kala bimbang, merasakan pendikan asas penting dan maahad tahfiz (juga) penting. Tapi kita kadang kala bimbang selepas itu bagaimana kerja (pelajar mahaad) kerana ada keterbatasan, (jawatan) pegawai agama jumlah terbatas.

“Beliau kemuka cadangan yang cukup agresif teruskan dengan mahaat, menguasai al-Quran, menjadi hufaz tapi disamping itu menguasai bidang keterampilan tertentu dan kita beri peluang sehingga ke peringkat tertinggi sama ada jurutera, juruterbang dan sebagainya. Ini cadangan baik,” kata Anwar.

svg%3E
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diringi Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Zahid Hamidi ketika melawat ke Tapak Pameran pada Hari TVET Negara di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kuala Langat, Selangor. Foto SYADILA AMARI, 08 JUN 2024.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika melancarkan Dasar TVET 2030 sekali gus merasmikan Hari TVET Negara 2024 yang berlangsung Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang berlangsung di sini.

Selain Ahmad Zahid, turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Menurut Anwar, kerajaan kini memberi kebebasan sepenuhnya kepada pelajar dan ibu bapa untuk memilih aliran pendidikan namun negara memerlukan kepakaran mereka dalam mendepani teknologi yang cepat berkembang.

Setiap pihak kata Anwar, perlu menerima kenyataan bahawa anjakan perlu dilakukan kerana Malaysia sudah maju ke satu tahap dan memerlukan kemahiran dan keterampilan termasuk dalam bidang digital dan kecerdasan buatan (AI).

“Saya nak gesa, masa depan adalah milik anda. Kita hanya beri prasarana, siapkan sedaya upaya. Sukar macam mana pun, kita punya mak bapa, wang tak ada, kita cari juga, ikhtiar, sumbang dan berikan pada anak-anak.

“Anak-anak yang memilih bidang pertukangan, automotif, mekanik dan sekarang ini perkembangan AI harus disalurkan lebih awal tapi tidak meninggalkan pendidikan asas,” tegas Anwar.

Ahmad Zahid dalam ucapannya mencadangkan untuk diadakan lebih banyak segmen khusus termasuk TVET Tahfiz.

Media sebelum ni melaporkan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan mengambil lapan lagi maahad tahfiz di negara ini sebagai “anak angkat” untuk pelaksanaan TVET.

Ahmad Zahid berkata, sehingga kini terdapat 1,199 maahad tahfiz dengan 250,000 pelajar di seluruh negara.-MalaysiaGazette
 
time sekolah dipuja budak2 kelas sains ni...mak bapak pun bangga..anak2 pandai belajar...
fizik/kimia/bio score time spm...ambik degree eng...belajar susah2...akhirnya grad B.eng...

cari kerja...starting 2k...rezeki lebih sikit 2.5k...

lepas 10 ke 15 tahun yg rezeki lebih maybe jadi manager...kalau tak senior engineer

kena hadap bos2 & tokey yg majoritynya geng2 degree accounting & business study 😂

So kerajaan buat2 tak tahu ke kenapa makin lama makin kurang student kita minat nak ambik engineering...
Sekarang ni budak2 cerdik pandai ni dah tamau ambik diploma eng...sebab mak bapak dia yg sekarang jadi Eng tak mau anak dia jadi macam dia..gaji ciput..terpaksa dengar cakap bdk sastera, bisnes dan akaun yg pegang post lagi tinggi dari dia.
Yg degree eng, terpaksa pulak ambik MBA kalau nak jadi manager. Itu yg IPT kurang permintaan untuk program2 Eng. ni
 
jangan tengok gaji starting je. cuba check gaji engineer lepas 10 tahun. yg saya kenal memang lebih 10k sebulan. dgn benefits lagi. lumayan lah tu. start umur 24, by umur 34 gaji 5 angka. kalau bijak, lompat2 company, maybe atas 20k.
Sebenar nya sebab engineer ni terlampau luas. Dari kilang besi sampai lah kilang minyak. Gaji engineer kalau nak tinggi kena cari bidang yang betul, dan company yang betul.

Kalau dua faktor ni tak ada, lepas 10 tahun pun tak akan cecah 5 figure.
 
Sekarang ni budak2 cerdik pandai ni dah tamau ambik diploma eng...sebab mak bapak dia yg sekarang jadi Eng tak mau anak dia jadi macam dia..gaji ciput..terpaksa dengar cakap bdk sastera, bisnes dan akaun yg pegang post lagi tinggi dari dia.
Yg degree eng, terpaksa pulak ambik MBA kalau nak jadi manager. Itu yg IPT kurang permintaan untuk program2 Eng. ni
Boleh je dari engineer mintak internal transfer ke dept commercial, BD dsb. Tak yah MBA.

Syarikat teknologi yang dipimpin engineer selalunya lebih perform jangka panjang dari yang dipimpin orang2 finance dan accounting.

Tengok je Boeing... Sejak orang2 kewangan pimpin, semuanya pasal untung rugi semata.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register