BTC USD 99,797.1 Gold USD 2,718.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia kekurangan 12,000 tenaga pakar atasi serangan siber

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,781
Joined
Apr 18, 2010
Messages
47,781
Reaction score
5,149
Points
486
Awards
1
2392789.jpg

KUALA LUMPUR - Malaysia masih kekurangan kira-kira 12,000 pakar keselamatan siber pelbagai bidang bagi menangani isu serangan siber selepas ia dilihat sebagai satu cabaran dalam usaha kerajaan memacu agenda pendigitalan negara.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Malaysia memerlukan kira-kira 27,000 pakar keselamatan siber namun ketika ini hanya memiliki 15,000 orang untuk membantu menangani isu itu.

"Ini satu kekurangan yang sangat besar sebab bila kita faham keperluan untuk keselamatan siber dan rata-rata syarikat, terutama yang banyak terlibat dengan ekonomi digital, mereka akan mementingkan isu keselamatan siber dan akan ada keperluan mendesak untuk menubuhkan unit keselamatan siber sendiri.

"Setiap syarikat bergantung kepada saiz, mungkin memerlukan antara 20 hingga 30 orang, dan kalau kita tengok perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai contoh, memang ada keperluan,” katanya selepas program Ruang Bicara bertajuk Pasca Pembentangan Belanjawan 2024 terbitan Bernama TV malam ini.

Beliau juga percaya Kementerian Komunikasi dan Digital, menerusi CyberSecurity Malaysia, mempunyai beberapa ikhtiar yang akan dilaksana bagi memantapkan lagi industri itu dalam menangani serangan siber.

"Perkara ini boleh diatasi dengan kerjasama pihak institusi pengajian tinggi awam dan swasta, juga dengan membawa masuk pakar dari luar.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam belanjawan juga ada menyatakan beberapa insentif iaitu sama ada rakyat Malaysia kembali ke tanah air melalui TalentCorp dan warga asing boleh berkhidmat di Malaysia serta beberapa lagi insentif tertentu,” katanya.

Fahmi juga berkata, setakat ini, pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran atau tempoh dalam usaha memenuhi keperluan tenaga pakar keselamatan siber kerana industri itu berkembang dengan pesat.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register