BTC USD 20,292.0 Gold USD 1,819.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia kaji sistem ambil pekerja Bangladesh tanpa kos

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,465
Joined
Apr 15, 2012
Messages
32,465
Reaction score
2,548
Points
266
Awards
1
bangladesh.jpg

AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PUTRAJAYA, 8 JAN: Malaysia sedang mengkaji perjanjian pengambilan pekerja asing dari Bangladesh tanpa melibatkan kos, bagi menghentikan kegiatan buruh paksa dan mengelakkan sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat.

Menteri Sumber Manusia M.Kula Segaran berkata perbincangan bersama kerajaan Bangladesh untuk terma baharu perjanjian itu, kini dalam peringkat terakhir, seperti perjanjian antara Malaysia dan Nepal tahun lalu berhubung pengambilan, penggajian dan penghantaran pulang pekerja.

Katanya mengikut perjanjian tersebut, majikan antaranya akan menanggung caj perkhidmatan pengambilan, tiket penerbangan dua hala, caj visa, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan keselamatan dan caj levi.

Kula Segaran berkata, Malaysia mengenakan sekatan ke atas pengambilan pekerja Bangladesh pada 2018 dan perbincangan bilateral terma baru pengambilan pekerja sedang berjalan dengan baik.

Katanya, perbincangan untuk menarik balik sekatan itu antara Malaysia dan Bangladesh berjalan sejak sekian lama, dan pasukan petugas Malaysia dijangka akan melawat Bangladesh bulan ini, bagi menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.
“Ada hanya beberapa perkara yang belum diselesaikan. Amat sedikit, daripada 10 hingga 12 perkara, (hanya) yang terakhir atau dua perkara yang perlu diselesaikan.

M-Kula-Segaran.jpg


“Apabila ia diselesaikan, kita akan buka sektor ini. Kerajaan Malaysia bersedia untuk lakukannya (tarik balik sekatan),” katanya kepada pemberita selepas program bertemu pelanggan di sini semalam.
Kula Segaran berkata demikian mengulas laporan berita, yang menyatakan kerajaan Bangladesh tidak berniat menghantar rakyatnya bekerja di Malaysia, sehingga sistem pengambilan pekerja lebih telus, dengan kadar kos lebih rendah dapat dimuktamadkan.

Laporan memetik Menteri Kebajikan Pekerja Luar Negara Imran Ahmad sebagai berkata, pekerja mereka diluar negara menghadapi masalah akibat kos yang tinggi dikenakan, untuk bekerja di Malaysia dengan ada dalam kalangan pekerja yang terpaksa membayar sehingga RM19,000 untuk bekerja di sini antara tahun 2016 dan 2018.

Kula Segaran berkata, perlu ada satu sistem di Bangladesh untuk menghentikan penghantaran pekerja yang tidak diperiksa dan menambah ada kes di mana ramai pekerja asing dieksploitasi oleh agen, yang mengenakan bayaran tinggi.

Katanya, apabila Malaysia menandatangi perjanjian dengan Nepal, salah satu daripada syarat ialah apabila pekerja mereka datang ke Malaysia, ia tidak melibatkan sebarang pembayaran, di mana tiket penerbangan dan lain-lain perbelanjaan perlu ditanggung majikan, dan bukannya pekerja.

Kula Segaran menyatakan kegusarannya mengenai Malaysia yang berkemungkinan menghadapi sekatan daripada Amerika Syarikat, jika tidak ada sebarang penambahbaikan selepas negara itu meletakkan Malaysia dalam Senarai Pemerhatian Tier 2 dalam Laporan Perdagangan Manusia (TIP) untuk tahun kedua pada 2019.
“Sebab itulah kita cuba meminda undang-undang, kerana banyak undang-undang pekerja kita lapuk, kita mahu jadikan ia terkini,” katanya.

-BERNAMA
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
363,024
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
363,024
Reaction score
21,662
Points
2,836
Awards
1
16bangla_1579145353.jpg


Gambar fail, keadaan Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang dipenuhi warga Myanmar dan Bangladesh. - Foto Fahmy A Rosli

Bangladesh gesa Malaysia kaji kos pengambilan pekerja asing


DHAKA: Sistem pengambilan pekerja tanpa kos membabitkan rakyat Bangladesh yang berkerja di Malaysia perlu dimasukkan dalam terma baharu perjanjian kedua-dua negara bagi mengekang kes pemerdagangan manusia dan melindungi kebajikan buruh asing.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 8 Januari lalu, Malaysia dilaporkan bersedia mempertimbangkan pengambilan pekerja Bangladesh tanpa kos berikutan terdapat kes warga asing yang dikenakan caj keterlaluan oleh orang tengah dan agensi pekerja asing.

Pegawai kanan di Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Ahmed Munirus Saleheen, berkata penghapusan atau pengurangan maksimum kos pengambilan pekerja akan membantu rakyat negara itu daripada sebarang unsur eksploitasi.

“Sepatutnya tidak berlaku kes pemerdagangan manusia membabitkan pekerja asing sekiranya kedua-dua negara berusaha mencari jalan keluar untuk menanganinya,” katanya dalam satu kenyataan kepada Thomson Reuters Foundation.

Sistem pengambilan pekerja yang diamalkan di Bangladesh ketika ini sebahagian besarnya membabitkan orang tengah. Kebiasaannya mereka menabur janji untuk mendapatkan pekerjaan yang bergaji lumayan dan meletakkan caj tinggi sehingga ramai mangsa menanggung jumlah hutang yang besar.

Dalam tempoh 2016 hingga 2018, lebih daripada 250,000 warga Bangladesh yang berkhidmat di Malaysia dikenakan caj hingga RM7,728 ($1,900) mengikut terma perjanjian migrasi terdahulu.

Pekerja asing Bangladesh ini bekerja dalam pelbagai sektor termasuk perindustrian dan pertanian. Malaysia turut menjadi rumah kedua kepada lebih 4.8 juta pekerja asing terutama bagi pekerjaan yang kurang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Pada 2018, Malaysia melancarkan perjanjian dengan Nepal untuk tidak mengenakan sebarang kos bagi pengambilan pekerja selepas kerajaan Nepal mengambil tindakan menggantung kemasukan pekerja mereka kerana mendakwa dikenakan pelbagai yuran yang membebankan. - REUTERS


 

AMHFZ

Super Active Member
Messages
5,225
Joined
Mar 6, 2012
Messages
5,225
Reaction score
242
Points
73
local nnti susahlah dapat kerja. satu hal kena bersaing dgn warga asing.

mula2 jadi buruh, lama2 kahwin dgn local, berniaga pulak. lama2 dptlah PR. huhu
 
Sponsored Post

Top
Log in Register