Malaysia deputy foreign minister urged to quit over 'fake Cambridge degree'

Recommended Brokers


Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
148,662
Reaction score
20,602
Points
163
Location
cybertorium, level 3
Ahmad Maslan tempelak pihak yang kata dirinya bo.doh dulu



PONTIAN 11 Feb. – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menemplak mereka yang menggelarkannya sebagai bo.doh ketika menjawat Timbalan Menteri Kewangan pada era kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dahulu.


Sebaliknya kata Ahmad, mereka yang memperlekeh dirinya ketika itu tidak mengetahui latar belakang pendidikannya yang bermula dengan Sekolah Sains Johor pada tahun 1979 hingga 1983.

Katanya, jikA beliau bodoh tidak mungkin mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3,83 ketika mengikuti Ijazah Sarjana (Pentadbiran dan Perniagaan) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari tahun 2001-2003.

"Sebelum di UKM, saya juga mengikuti Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi dan Sains Politik) di Rosehill Collage, Auckland, New Zealand (1984-1985) serta mengikuti Ijazah Sarjana (Pentadbiran dan Perniagaan) di Victoria, New Zealand (1986-1988).

"Sebab itu apabila saya berhujah mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) semua orang memperli dan memperlekeh saya, tetapi sebenarnya saya telah belajar mengenai GST sejak tahun 1986 dulu," katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas isu kelayakan akademik melibatkan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) termasuk Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya yang menjadi polemik dalam kalangan rakyat sejak kebelakangan ini.

Antara pemimpin PH lain yang turut terpalit kontroversi itu termasuk Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selain kelayakan akademik Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin

Tambah Ahmad yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, isu itu perlu dijawab segera oleh pemimpin terlibat bagi menjelaskan segala tuduhan yang dibangkitkan orang ramai.

"Isu ini menjadi satu pengajaran pahit dalam sejarah pentadbiran kerajaan Malaysia apabila kelayakan mereka yang berkedudukan tinggi di peringkat Pusat dan negeri dipertikaikan," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, semua pemimpin politik perlu jujur ketika memberikan latar belakang pendidikan mereka dan tidak sekali-kali melakukan perkara yang boleh mendatangkan masalah suatu masa nanti.


http://www.utusan.com.my/berita/politik/ahmad-tempelak-pihak-yang-kata-dirinya-bodoh-1.838792
 

raynasofia

Permanently Banned, Multiple Account azriff
Joined
Aug 31, 2010
Messages
5,375
Reaction score
329
Points
0
Berkali gandalah lebih baik Ahmad maslan daripada menteri penipu PH.. Semua benda nak ditipunya.. hancinnnnngggg...
 

grand haikal

Permanently Banned
Joined
Feb 9, 2019
Messages
56
Reaction score
7
Points
0
check tony jugak tu, kata ivy league.. entah2 kantoi jugak

sohai
 
Sponsored Post
Top
Log in Register