BTC USD 97,313.6 Gold USD 2,868.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Cipta Kejutan Tewaskan Thailand, Muncul Juara Acara Double & Regu Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
451,636
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
451,636
Reaction score
36,845
Points
2,836
Awards
2

Malaysia cipta kejutan tewaskan Thailand, muncul juara acara double​

22 MAY 2024

2661409.jpg

Noraizat (kiri) dan Aidil Aiman menghadiahkan kemenangan kepada Malaysia dalam acara double pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa hari ini.

MALAYSIA mencipta kejutan apabila muncul juara acara double Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas menundukkan Thailand dalam perlawanan akhir yang cukup mendebarkan pada Rabu.

Mempertaruhkan gandingan Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Mohd Nordin, pasukan negara memulakan set pertama dengan keyakinan tinggi dibantu sorakan ribuan penyokong di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Sebaliknya, duo Thailand, Seksan Tubtong dan Kittiphum Sareebut yang agak goyang pada set pertama dengan beberapa servis tersangkut di jaring menyaksikan mereka ketinggalan terutama pada tujuh mata pertama.

Namun, Thailand bangkit mengejar sebelum Aidil Aiman dan Noraizat mengesahkan kemenangan set pertama dengan kiraan mata 17-16.

Set kedua menyaksikan gandingan negara mengekalkan momentum cemerlang untuk terus memberikan tekanan kepada Thailand pada ketika lawan mereka memerlukan kemenangan untuk mengheret aksi ke set ketiga.

Persembahan bertenaga Aidil Aiman dan Norizat memastikan skuad negara berjaya meraih kemenangan bersejarah 15-13.

Malaysia berpeluang menambah satu lagi kejuaraan menerusi perlawanan akhir acara regu yang turut akan bertemu Thailand sebentar lagi.

Thailand kena libas lagi, Malaysia juara dunia acara regu​

22 Mei 2024 10:41pm

2661493.jpg

Malaysia muncul juara dunia dalam acara regu.

MALAYSIA sekali lagi tampil dengan persembahan luar biasa apabila 'melibas' musuh tradisi, Thailand 2-0 dalam acara regu pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada Rabu.

Skuad negara turun dengan misi mencari kejuaraan dunia kedua selepas gandingan Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Mohd Nordin menghadiahkan kejuaraan dunia pertama dalam acara double yang berlangsung sebentar tadi.

Trio dibarisi Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), Mohamad Azlan Alias (apit kanan) cukup garang dengan persembahan penuh bertenaga untuk menafikan tentangan yang diberikan Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan dan Varayut Jantarasena.

Nyata sokongan ribuan penyokong di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur menghadirkan gerun kepada Thailand apabila servis dan libasan mereka bagaikan serba tidak menjadi.

Sebaliknya, trio negara cukup konsisten meraih mata demi mata untuk menang mudah set pertama 15-8.

Aksi cemerlang Farhan, Syahir dan Azlan diteruskan pada set kedua sehingga memaksa Thailand beberapa kali menukar tekong mereka, namun tetap gagal menggugat keyakinan ditonjolkan trio negara.

Percaturan pengendali negara, Ahmad Jais Baharun memasukkan Muhammad Haziq Hairul Nizam menggantikan Syahir pada pertengahan set kedua turut membuahkan hasil apabila Malaysia mengesahkan kejayaan sebagai juara dunia acara regu menerusi kemenangan 15-12.

Sponsored Post

CG Sponsors

Back
Top
Log in Register