BTC USD 35,957.7 Gold USD 1,815.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia bina Mega Tower 118 Tingkat!

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,450
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,450
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Menara Merdeka 118 kebanggaan Malaysia

SELEPAS KLCC, TRX dan Menara Kuala Lumpur, Malaysia kini boleh berbangga dengan mercu tanda baharu, Menara 118 yang dibina di kawasan bersejarah iaitu antara Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Penyempurnaan pemasangan puncak Menara 118 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa menandakan satu lagi pencapaian hebat dalam bidang kejuruteraan negara, malah mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara moden dan maju di persada dunia.

Pembinaannya yang bermula pada 2014 dapat disempurnakan walaupun ketika negara bergelut dengan pandemik Covid-19.

Lengkapnya pemasangan puncak Menara 118 menjadikannya bangunan tertinggi di Malaysia, tertinggi di Asia Tenggara dan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan ketinggian 678.9 meter.

Ia bukan sekadar projek ikonik bertaraf dunia, malah turut melambangkan kebudayaan dan sejarah kemerdekaan Malaysia serta memiliki sentuhan luar biasa antara seni bina bersejarah dan kontemporari.

Menara milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu bakal memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia. Ia memberi impak dan nilai tinggi kepada sektor perniagaan dan pelancongan, masyarakat serta mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

Menara 118 menjadi pemangkin ekonomi baharu bagi Kuala Lumpur, sekali gus melengkapi kawasan-kawasan lain yang sedang rancak membangun.

Ia memberi peluang komuniti setempat membangunkan perniagaan kerana kawasannya berdekatan dengan Jalan Petaling, Kampung Attap dan Pudu.

Mereka juga boleh mengadakan pelbagai aktiviti menerusi Program Geran Komuniti Merdeka 118.

Diharap kesan yang positif itu dapat dirasai oleh semua peringkat golongan sama ada kaya atau miskin, marhaen mahupun kayangan.

Apalah gunanya negara semakin maju ke hadapan tetapi rakyat di bawah semakin derita dan sengsara. Semoga ada sinar yang memberi harapan kepada rakyat Malaysia.

 
Sponsored Post

pedang_setiawan

Active Member
Messages
1,311
Joined
Nov 16, 2010
Messages
1,311
Reaction score
457
Points
51
Tak lupa..

IMG_20211201_100940.jpg
Lif tu model baru. Adik ipar aku engineer lif kt situ. Byk la gambar dgn video dari atas tu
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,185
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,185
Reaction score
17,813
Points
2,536
Awards
1

fredo

Super Active Member
Messages
5,475
Joined
Nov 17, 2007
Messages
5,475
Reaction score
109
Points
83
Awards
1
semalam lalu jalan hang tuah sampai 3 kali dongak baru nak lepas nampak puncak...:D:D:Dmemang tinggi la
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,061
Joined
Oct 1, 2009
Messages
23,061
Reaction score
644
Points
171
tula korang..tak tau apa manfaatnya projek besar besar ni.

banyak open job kot..tu la antara manfaatnya

kalau boleh hsr tu pun proceed lagi...

pastu..buat lagi bangunan canggih canggih, baru la mencabar minda enginer, arkitek, planner, ID orang malaysia

teknologi berkembang, duit bergerak,
 

GeeKaDoY

Active Member
Messages
2,003
Joined
Feb 12, 2008
Messages
2,003
Reaction score
435
Points
51
Ruang pejabt KLCC, ruang pejabat Menara Exchange, Ruang pejabat Merdeka 118. bayak sungguh kompeni2 koperat kat Malaysia ni... Maju betul.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,185
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,185
Reaction score
17,813
Points
2,536
Awards
1
semalam lalu jalan hang tuah sampai 3 kali dongak baru nak lepas nampak puncak...:D:D:Dmemang tinggi la

Tinggi betul la tu
Lebih 600m tinggi
 

GeeKaDoY

Active Member
Messages
2,003
Joined
Feb 12, 2008
Messages
2,003
Reaction score
435
Points
51
Bapak punya laju. X igt brp meter persecond. Dia ada cerita hari tu. X silap butang dia pun 3d utk tekan tanpa sentuh. Lif brand Kone.
ada 100 meter persecond? dah macam kelajuan F1. 6 saat dah sampai puncak. :D

1 m/s = 3.6 km/j
2 m/s = 7.2 km/j
3 m/s = 10.8 km/j
4 m/s = 14.4 km/j
5 m/s = 18 km/j
6 m/s = 21.6 km/j
.
.
.
.
.
100 m/s = 360 km/j
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,185
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,185
Reaction score
17,813
Points
2,536
Awards
1
MENARA MERDEKA 118 | Mercu Tanda Baharu Di Mata Dunia

Menara Merdeka 118 kini dinobatkan bangunan kedua tertinggi di dunia dan bangunan tertinggi di Asia Tenggara, sekaligus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Pencakar langit terbaharu hasil usaha Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu dijangka siap menjelang suku ketiga tahun depan.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register