BTC USD 28,108.1 Gold USD 1,965.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia belum iktiraf kerajaan Taliban

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
37,477
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
37,477
Reaction score
4,875
Points
261
Awards
1
Malaysia belum iktiraf kerajaan Taliban

Malaysia belum iktiraf kerajaan Taliban
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah. - Foto fail NSTP
PUTRAJAYA: Malaysia menunggu keputusan pertubuhan antarabangsa sebelum mengiktiraf kerajaan Taliban di Afghanistan.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata ketika ini Malaysia tidak terburu-buru untuk mengiktiraf kerajaan

Taliban yang mengambil alih kuasa pentadbiran negara itu pada Ogos tahun lalu.

"Kalau boleh ia dibuat melalui platform antarabangsa contohnya, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) membuat keputusan itu.

Ia memudahkan Kerajaan Malaysia membuat keputusan.

"Bagi Malaysia, yang pertama kita belum mengiktiraf kerajaan yang ada di Kabul dan kita berhati-hati dalam proses pengiktirafan ini," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu 2022, di kementeriannya di sini, petang ini.

Saifuddin berkata, Malaysia sebelum ini berikrar untuk menderma kira-kira AS$100,000 (RM418,500) kepada usaha kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan.

Beliau berkata, Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Datuk

Ahmad Azam Ab Rahman juga dilantik sebagai Penasihat Khas mengenai Afghanistan di negara itu bagi memudahcara bantuan kemanusiaan.

Saifuddin berkata, Malaysia sudah mengadakan perbincangan dengan negara lain terutama negara Islam bagi meningkatkan bantuan kemanusiaan di Afghanistan.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin ketika menyampaikan amanatnya, meminta warga Wisma Putra untuk turut memberi perhatian kepada negara yang dianggap sebagai 'emerging country' dan ekonomi baharu seperti negara bekas Soviet dan negara di sekitar Laut Kaspian.

Katanya, beliau tidak menentukan negara khusus namun menyarankan Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (ISIS) Malaysia untuk berperanan membuat kajian terhadap ekonomi baharu berkenaan, untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan.

Beliau berkata, Wisma Putra belum berhasrat untuk menubuhkan kedutaan di sesetengah negara terbabit namun jika ia menawarkan sesuatu yang menarik, cadangan itu boleh dipertimbangkan.

"Contoh paling senang adalah Bangladesh. Ia bukan lagi sebuah negara mundur sebaliknya kini sudah menjadi negara membangun.

"Dalam tempoh 10 tahun lagi warga Bangladesh yang sebelum ini datang sebagai buruh akan menjadi pedagang," katanya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register