underscore
Legendary Member
- Joined
- Sep 20, 2008
- Messages
- 11,493
- Reaction score
- 4,245
- Points
- 196
Malaysia telah mula mengeluarkan rancangan untuk menggandakan populasi harimau liar negara itu paling lewat tahun 2020, kata aktivis.
Pemerintah telah menetapkan target untuk menaikkan populasi harimau dari 500 hingga menjadi 1.000 ekor dalam tempoh 12 tahun.
Jumlah haiwan tersebut semakin berkurangan kebelakangan ini akibat aktiviti perburuan haram.
Wartawan BBC Steve Jackson melaporkan, rencana itu merupakan langkah pertama Malaysia untuk mengatasi penurunan jumlah populasi harimau liar.
Kalangan pecinta haiwan mengemukakan langkah-langkah baru bagi mencegah penangkapan haram dan hutan yang pernah didiami harimau akan dipulihkan kembali sehingga haiwan itu dapat berkeliaran di sebuah wilayahnya yang luas.
Harimau Malaya telah dilindungi dengan undang-undang hidupan liar sejak awal 1970-an, haiwan itu menjadi korban kerana permintaan daging serta anggota tubuh tertentu haiwan liar tersebut yang juga dipergunakan dalam ubat-ubatan tradisional orang Cina.
Pihak pemerintah menaksirkan, populasi harimau liar merosot dari 3.000 hingga berbaki sekitar 500 dalam 50 tahun terakhir akibat perburuan haram dan percerobohan hutan serta kerosakan habitat semulajadi harimau tersebut.
Hutan hujan tropika Malaysia juga menjadi tempat hidup bermacam spesies haiwan yang terancam , termasuk orang utan, badak Sumatra, dan gajah kerdil, serta beruang Kalimantan.
risau pulak aku tinggal kat malaysia nih..