BTC USD 68,074.2 Gold USD 2,356.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia akan ketinggalan jika terus bahas hal remeh – PM

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
6,121
Joined
Jun 21, 2021
Messages
6,121
Reaction score
863
Points
121


Malaysia akan ketinggalan jika terus bahas hal remeh – PM​

  • Oleh KOSMO!
  • 22 April 2024, 11:18 pm

anwar-2.jpeg
ANWAR ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 peringkat negeri di MITC, Ayer Keroh Melaka, sebentar tadi. - Foto SYAFEEQ AHMAD


MELAKA – Negara akan ketinggalan jika rakyat terus membahas perkara remeh dan tidak memberikan tumpuan kepada hal ‘pokok’ termasuk perkembangan lapangan sains, matematik serta jurusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, minat yang ditunjukkan oleh para pelabur dalam industri itu pada ketika ini bakal membuka kira-kira 30,000 peluang pekerjaan melibatkan bidang teknologi maklumat, digital, kejuruteraan dan semikonduktor.

Katanya, justeru itu tumpuan golongan ibu bapa dan generasi muda khususnya anak-anak Melayu perlulah lebih tertumpu kepada kebolehpasaran yang diwujudkan.

“Maka tumpuan kepada ibu bapa termasuk anak-anak Melayu mestilah di lapangan sains, matematik dan ini termasuk TVET yang diusahakan secara gigih oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Timbalan Perdana Menteri) untuk meningkatkan keupayaan mereka.

“Saya benar-benar mengharapkan ada perubahan sikap dan minda, kalau tidak kita akan ketinggalan kerana kita hanya bertempur dalam hal-hal yang titik bengik, berlarutan bergaduh dalam hal-hal yang kecil, meninggalkan perkara pokok,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 peringkat negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Anwar turut mengucapkan tahniah kepada pentadbiran kerajaan Melaka yang berjaya menarik pelabur asing termasuk dari Jerman. – KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

Yg byk gaduh skang ni ialah pergaduhan sesama sendiri antara komponen2. dalaman PH-BN sbb leader terlalu lembab utk kawal org2 sendiri. Mujurlah ada lobai yg bole disalahkan 🤣

Akmal yang kacau DAP
Tapi Haji hadi dan TITM di sakahkan
Tunjuk screenshot sms TITM sekali
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register