Malaysia Airlines, syarikat sekutu sukar pulih tahun ini

CG Sponsors




Sponsored Post

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,010
Reaction score
742
Points
121
harap tak kena bail out lg la.. cukup2 la tu tolong korporat, rakyat lagi memerlukan.

jual je la, maruah belakang cerita skrg ni.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,278
Reaction score
4,422
Points
601
PESAWAT_MAS_1612512296.jpg


Malaysia Airlines raih anugerah Putra Brand Icon

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd dianugerahkan Putra Brand Icon 2020 dan Anugerah Platinum bagi kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan pada Anugerah Putra Brand 2020 pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata ia memenangi anugerah Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan untuk lima tahun berturut-turut sejak 2016 dan kemenangan terbaharu ini telah mengesahkan kedudukannya sebagai jenama yang paling dipercayai bagi perjalanan merentasi rantau ini, dengan menawarkan perkhidmatan terkemuka dan pengalaman pelanggan kepada semua.

Katanya Anugerah istimewa Putra Brand Icon diberikan kepada jenama yang cemerlang secara konsisten dengan memenangi Emas bagi kategori masing-masing empat tahun berturut-turut.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Kapten Izham Ismail berkata anugerah itu adalah yang paling istimewa tahun ini berikutan 2020 yang mencabar yang mana industri perjalanan berdepan perubahan dan inovasi yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam menghadapi pandemik yang terjadi sekali seumur hidup.

"Kemenangan ini menandakan dan meningkatkan pendirian kami dalam memastikan kami menempatkan pelanggan kami sebagai keutamaan dalam semua pembuatan keputusan, membuat dan membuka jalan bagi kami untuk memberikan pengalaman peribadi premium kepada pelanggan kami tanpa menjejaskan keselamatan mereka.

"Syarikat penerbangan ini akan terus menghubungkan pelanggan pada masa-masa getir ini sambil memastikan kami melakukan yang terbaik untuk memastikan perjalanan yang selamat bagi mereka seiring dengan kempen Fly Confidently kami," katanya.

– Bernama
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,278
Reaction score
4,422
Points
601
malaysia-airlines4_1613036755.jpg


Hasil mesyuarat pemiutang MAG ke mahkamah UK

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Bhd memaklumkan bahawa keputusan mesyuarat dengan pemiutang semalam akan diberitahu kepada mahkamah United Kingdom (UK) untuk pertimbangan hakim pada pendengaran 22 Februari ini.

MAG berkata, sekiranya hakim bersetuju dengan perkara itu, ia akan dikuatkuasakan secara sah setelah perintah mahkamah dikeluarkan.

"Pada 10 Februari 2021, MAG melalui anak syarikat penyewaan pesawat kumpulan, MAB Leasing Ltd (MABL) mengadakan mesyuarat dengan pemiutang sebagai langkah seterusnya pelaksanaan penyusunan semula.

"Ia juga berikutan kelulusan yang diperoleh daripada mahkamah UK baru-baru ini agar kumpulan meneruskan proses penstrukturan semula kami, komponen penting dalam pelaksanaan itu.

"Mesyuarat itu menyaksikan MAG membentangkan skim yang dicadangkan dan mengambil undian daripada pemiutang yang terdiri daripada pemajak pesawat," katanya kepada BH, hari ini.

MAG berkata, kumpulan merakamkan penghargaan kepada semua pemiutang yang terbabit dalam mesyuarat itu serta sokongan membina yang diberikan sepanjang lima bulan yang lalu.

Kumpulan, katanya berharap dapat bekerjasama dengan mereka untuk membolehkannya meneruskan komponen utama penyusunan semula komprehensif berdasarkan kepada Rancangan Perniagaan Jangka Panjang (LTBP) 2.0 MAG.

Katanya, ini dalam usaha memastikan kesesuaian dan kelangsungan kumpulan yang terkesan oleh penularan COVID-19.

MABL pada 23 Disember lalu, mengeluarkan Surat Penyataan Amalan kepada sekumpulan pemiutang bagi pemberitahuan niat mengemukakan syarat pengaturan di bawah Bahagian 26, Akta Syarikat UK 2006.

Perbincangan diadakan seperti yang dijadualkan pada 20 Januari 2021 dan mahkamah meluluskan MABL untuk mengadakan mesyuarat dengan pemiutang bagi mempertimbangkan cadangan syarat berkenaan.

MAG menjangkakan proses mahkamah UK dan pelaksanaan penyusunan semula akan berakhir pada suku pertama 2021.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,278
Reaction score
4,422
Points
601
obj18262687_1614004137.jpg


Mahkamah UK benarkan skim penstrukturan MAG, pemajak

KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), memaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi Kehakiman England dan Wales telah meluluskan Skim Pengaturan di bawah Bahagian 26 Akta Syarikat UK 2006 membabitkan entiti penyewaan MAG, MAB Leasing Ltd dan sebahagian besar pemberi pajak pengendali pesawat MAG pada 22 Februari 2021.

Dalam satu kenyataan MAG yang juga syarikat induk Malaysia Airlines Bhd, berkata skim itu mendapat sokongan sebulat suara daripada pemberi pajak berkaitan.

Katanya, ia juga mewakili komponen penting dalam pelaksanaan penyusunan semula MAG yang lebih meluas yang akan mencapai pengurangan liabiliti MAG yang melebihi RM15 bilion.

"Eksesais penyusunan semula kewangan ini, yang dijangka selesai pada awal Mac 2021, membabitkan semua pihak berkepentingan utama MAG," katanya.

Tambahnya, sebagai tambahan kepada skim ini, ia akan menyaksikan yang syarikat penerbangan akan berjaya mencapai perjanjian dua hala dengan pemberi pajak kewangan, pemberi pajak enjin ganti, penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pemberi pinjaman korporat dan entiti berkaitan kerajaan Malaysia.

"Kini setelah skim ini secara rasmi diluluskan oleh mahkamah pengadilan UK, syarikat penerbangan dapat meneruskan pelaksanaan rancangan penstrukturannya dengan sokongan pemegang saham tunggal, Khazanah Nasional Bhd dan pemegang saham sedia ada.

"Ia bagi memastikan masa depan syarikat penerbangan nasional dan menyediakan kesalinghubungan yang penting buat negara," katanya.

Mengulas lanjut MAG berkata, elemen utama dalam penstrukturan semula ialah Khazanah akan memberikan modal baharu sebanyak RM3.6 bilion kepadanya untuk membiayai perniagaan kumpulan itu sepanjang tempoh penstrukturan semula sehingga 2025.

"MAG sendiri telah mengambil langkah proaktif untuk mengatasi krisis COVID-19 melalui pengurangan rangkaian laluan, penjimatan kos struktur, pemuliharaan tunai dan inisiatif penangguhan pembayaran.

"Semua ini adalah berjumlah RM5.5 bilion pada tahun 2020 dan sasaran sebanyaj RM397 juta untuk suku pertama 2021.

"Pemberi pajak beroperasi telah terus menyokong syarikat penerbangan dengan menetapkan semula kadar pajakan ke kadar pasaran dan penangguhan; penangguhan juga akan dilaksanakan dengan pemberi pajak dan kewangan lain," katanya.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,278
Reaction score
4,422
Points
601

MALAYSIA AVIATION GROUP | Mahkamah UK Benarkan Skim Penstrukturan MAG
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,174
Reaction score
12,226
Points
2,376
Sponsored Post
Top
Log in Register