Malaysia Airlines, syarikat sekutu sukar pulih tahun ini

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,239
Reaction score
4,254
Points
201
malaysiaairlines1_1600051789.jpg


KUALA LUMPUR: Prestasi kewangan Malaysia Aviation Group (MAG) dijangka tidak mampu pulih pada separuh kedua tahun ini selepas kapasiti penerbangannya merosot hampir 100 peratus dalam enam bulan pertama 2020.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Izham Ismail, berkata kekangan perjalanan global dan perintah kawalan memberikan kesan negatif ke atas operasi dan prestasi kewangannya.

Beliau berkata, syarikat terpaksa mengurangkan kapasiti penerbangan sehingga 96 peratus antara Mac hingga Jun 2020 dan sehingga kini masih beroperasi pada kadar minimum.

Katanya, kadar tempahan keseluruhannya juga mencatatkan kejatuhan sehingga 87 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

"Adalah mustahil untuk pulih tahun ini memandangkan operasi penerbangan domestik dan antarabangsa Malaysia Airlines hanya pada kadar 10 peratus buat masa ini, kebanyakannya tertumpu kepada perkhidmatan dalam negara.

"Penerbangan antarabangsa sebenarnya sudah bermula sejak Julai 2020 ke beberapa destinasi yang dibenarkan dengan frekuensi rendah berbanding jadual asal.

"Penerbangan ke beberapa destinasi di Australia seperti Adelaide, Brisbane dan Perth terpaksa ditangguhkan dari 25 Oktober 2020 hingga Mac 2021 berikutan had kemasukan penumpang yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya kepada BH, baru-baru ini.

MAG adalah syarikat induk kepada Malaysia Airlines Bhd, Firefly, MASwings, MAB Kargo, AeroDarat Services Sdn Bhd, MAB Academy,

perkhidmatan penerbangan umrah dan haji Amal, perkhidmatan penyelenggaraan MAB Engineering dan pajakan pesawat.

MAG sebelum ini mengumumkan beberapa langkah selaras dengan pengurangan operasi susulan pengurusan kapasiti ekoran penularan pandemik COVID-19 seperti pemotongan gaji kepada pengurusan kanan dan tarawan cuti tanpa gaji kepada 13,000 kakitangan.

Penganalisis penerbangan global turut menjangkakan jika prestasi syarikat penerbangan masih berterusan sehingga akhir tahun ini, lebih banyak langkah akan dilaksanakan termasuk pembuangan pekerja dan pengecilan operasi membabitkan penjualan aset (kapal terbang dan kemudahan darat).

Mengulas lanjut, Izham berkata, MAG menyaksikan peningkatan positif tempahan penerbangan domestik sejak pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) apabila kegiatan ekonomi dan kempen Cuti-Cuti Malaysia yang diaktifkan semula mendapat sambutan baik pelancong tempatan.

Beliau berkata, ini memberikan petanda positif bagi pemulihan industri penerbangan dan pelancongan secara umumnya.

"Bagi merangsang peningkatan tempahan penerbangan khususnya sektor domestik, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan kumpulan seperti pelancaran kempen 'Fly Confidently'.

"Kempen bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap langkah diambil bagi menjadikan penerbangan lebih selamat dan selesa, sejajar dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa serta garis panduan perubatan tempatan," katanya.

 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,239
Reaction score
4,254
Points
201
Kerjasama pemiutang pastikan kelangsungan Malaysia Airlines, selamatkan pekerjaan

KUALA LUMPUR: Sebarang suntikan dana oleh Khazanah Nasional Bhd ke dalam Malaysia Airlines tertakluk kepada sejauh mana pemiutang di dalam dan luar negara sanggup mengurangkan beban hutang yang ditanggung oleh syarikat penerbangan nasional itu.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata pengurangan beban hutang akan membolehkan Malaysia Airlines memantapkan kedudukan kewangannya dan terus maju ke hadapan.

Beliau berkata, sebarang dana yang disuntik ke dalam Malaysia Airlines seharusnya digunakan untuk memperkukuhkan syarikat penerbangan itu serta memelihara sebanyak mana pekerjaan yang termampu, dan bukan digunakan sebahagian besarnya untuk menanggung beban hutang pada tahap yang sedia ada.

"Apa yang perlu ditekankan di sini ialah kejayaan penstrukturan semula Malaysia Airlines amat bergantung kepada kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, termasuklah pihak pemiutang dan pemajak pesawat," katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sama ada Khazanah mempunyai dana atau opsyen yang terbaik untuk memastikan Malaysia Airlines terus beroperasi memandangkan tiada suntikan dana daripada Kementerian Kewangan.

Shahril berkata, Khazanah menyokong penuh usaha penstrukturan semula Malaysia Airlines yang menjadi bualan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa ini.

Beliau berkata, pihaknya yakin bahawa penstrukturan semula itu akan membolehkan Malaysia Airlines menuju ke arah kedudukan kewangan yang mampan, serta dapat memelihara dan menyelamat seberapa banyak pekerjaan yang termampu dalam syarikat penerbangan nasional itu.

"Pandemik COVID-19 telah memberi kesan negatif yang amat besar terhadap sektor penerbangan, dan seperti mana kita semua sedar, Malaysia Airlines tidak terlepas daripada apa yang sedang dilalui oleh syarikat penerbangan di seluruh dunia," katanya.

Mengulas mengenai jaminan Khazanah dalam memastikan keputusan yang diambil kelak adalah situasi 'menang-menang' untuk semua pihak, Shahril berkata, pandemik COVID-19 telah memberi kesan negatif yang amat besar terhadap Malaysia Airlines.

Beliau berkata, ia bermakna semua pihak, termasuk pemiutang, pemajak pesawat penerbangan, Malaysia Airlines dan juga Khazanah, perlu melalui "kesakitan" itu supaya syarikat penerbangan nasional dapat maju ke hadapan sebagai syarikat penerbangan yang mempunyai kedudukan kewangan yang mampan serta berdaya saing.

"Di samping itu, masalah utama yang melanda industri penerbangan Malaysia, iaitu kapasiti berlebihan, (yang) harus diperbetulkan sekiranya kita ingin melihat syarikat penerbangan Malaysia maju dan bertahan.

"Ini adalah usaha yang memerlukan kerjasama rapat di antara pembuat dasar, pengawal selia, pengusaha penerbangan dan lapangan terbang, serta pihak berkepentingan lain," katanya.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,239
Reaction score
4,254
Points
201
Khazanah penentu status Malaysia Airlines, Firefly
usyamalaysiaairlines_1602759659.jpg


KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd yang juga pemegang saham tunggal syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd kini dilihat semakin hampir untuk memuktamadkan keputusannya, sama ada terus menyalurkan satu lagi talian hayat kepada Malaysia Airlines atau bertindak sebaliknya.


Setakat ini, tiada sebarang petanda jelas jika Malaysia Airlines mampu bangkit semula, walaupun Khazanah bertindak menyalurkan dana memandangkan kerajaan telah memberi sokongan kewangan terhadap syarikat penerbangan itu sejak 20 tahun lalu.

Malah, suka atau tidak, satu keputusan muktamad perlu dibuat ketika liabiliti dan hutang Malaysia Airlines terus meningkat.

Jika dilihat, pada akhir 2018, liabiliti Malaysia Airlines hanyalah kurang RM5.5 bilion manakala pada 6 Oktober lalu, syarikat penerbangan itu mengumumkan pelaksanaan pelan penstrukturan semula segera dengan hutang mencecah RM16 bilion.

Kalangan penganalisis penerbangan berpendapat sudah tiba masanya untuk Khazanah mengurangkan pegangan atau pemilikannya dan sebaliknya mempertimbang langkah penswastaan penuh dalam usaha menyelamatkan Malaysia Airlines apabila kerajaan tidak lagi mempunyai peruntukan secukupnya untuk menampungnya.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, juga sudah beberapa kali menegaskan bahawa kerajaan tidak lagi dapat menyuntik dana secara tunai atau pun modal untuk Malaysia Airlines dan menyerahkan kepada Khazanah untuk membuat keputusannya.

Dalam laporan sebelum ini, syarikat induk Malaysia Airlines, Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), telah memaklumkan syarikat pemiutang dan pemajak bahawa Khazanah akan menghentikan penyaluran dana ke dalam kumpulan itu dan menutup operasi syarikat penerbangan itu sekiranya langkah penyusunan semula hutang terbukti gagal.

Setakat ini, Malaysia Airlines masih mengekalkan khidmat lebih 12,000 kakitangannya dan telah melaksanakan tindakan potongan gaji pada Mac lalu.

Jumlah pekerja itu kekal bertahan walaupun dalam persekitaran COVID-19 yang tidak dijangkakan dan menyaksikan syarikat penerbangan berkenaan mengambil beberapa langkah termasuk mengenakan potongan gaji, cuti tanpa gaji secara sukarela dan tidak memperbaharui khidmat pekerja kontrak.

Menurut laporan, jika pelan penstrukturan semula membabitkan hutang bernilai RM16 bilion itu gagal, kumpulan penerbangan itu akan mempertimbang pelaksanaan Pelan B iaitu menyuntik dana ke dalam Firefly - syarikat penerbangan tambang rendah yang dimiliki sepenuhnya oleh MAG.

Firefly yang mengendalikan 12 pesawat enjin 'turboprop' yang beroperasi kebanyakannya dalam negara, akan menjadi syarikat penerbangan nasional jika Khazanah meneruskan pelan tersebut.

Langkah menceburi segmen tambang rendah ini dilihat memberi lebih banyak peluang untuk Khazanah dalam pasaran berikutan kesukaran meneruskan kelangsungan dalam segmen premium ketika Malaysia Airlines bergelut melunaskan pembayaran kepada pihak pemiutang dan pemajak.

Ketika berkongsi pandangannya, penganalisis penerbangan Endau Analytics, Shukor Yusof yakin Khazanah sebaliknya mampu menjadikan Firefly sebagai syarikat penerbangan nasional yang baharu.

"Selagi Khazanah bersedia dan sanggup menyuntik duit rakyat, mana-mana syarikat tempatan yang memiliki sijil operator udara (AOC) boleh dijadikan syarikat penerbangan nasional baharu. Siapa yang boleh menghalang Khazanah?" katanya kepada Bernama.

Bernama telah berusaha mendapatkan ulasan Firefly namun tidak berjaya setakat ini.

Sementara itu, seorang lagi pakar penerbangan yang enggan dikenali berpendapat bidang Firefly adalah perkhidmatan domestik melalui khidmat pesawat turboprop.

Oleh itu, beliau menyifatkan tindakan mengekalkan 'status quo' tidak akan memberi apa-apa kelebihan dalam menjadi syarikat penerbangan nasional.

"Bagaimanapun, dengan mempunyai beban kewangan yang berkurangan berbanding Malaysia Airlines, ia akan menjadi peluang yang baik untuk Firefly dari segi menilai semula skala operasinya, terutama dengan kewujudan banyak pesawat kecil dalam pasaran pesawat terpakai selain pasaran pajakan dengan kadar rendah.

"Walaupun industri pelancongan secara keseluruhannya masih belum meningkat (semula), ini sebaliknya mungkin masa yang sesuai untuk menilai semula skala operasi Firefly sebelum permintaan perjalanan udara kembali meningkat pada masa depan," katanya.

Mengulas prospek Firefly sebagai syarikat penerbangan nasional tambang rendah baharu, katanya ia adalah munasabah untuk menganggap Firefly mampu bersaing dengan Kumpulan AirAsia untuk perkhidmatan domestik namun di peringkat serantau, AirAsia berada dalam kedudukan kukuh di pasaran ASEAN.

"Sudah tentu, ia akan memakan masa untuk Firefly mewujudkan kedudukannya di peringkat serantau apabila permintaan terhadap perjalanan antarabangsa meningkat," katanya.

Menurut Pusat Penerbangan (CAPA) iaitu antara sumber risikan pasaran paling dipercayai di dunia untuk industri penerbangan dan perjalanan - AirAsia adalah jenama syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia Tenggara.

Jika dilihat, mandat Khazanah adalah mengembangkan kekayaan jangka panjang Malaysia, untuk meningkatkan nilai pelaburan secara mampan selain melindungi modal kewangan yang disuntik ke dalam dana.

Malaysia Airlines misalnya telah diswastakan pada 2014 yang menyaksikannya mengeluarkan sejumlah RM1.38 bilion untuk membeli baki 30.6 peratus yang tidak dimilikinya.

Ini adalah sebahagian daripada pelan penstrukturan semula utama Khazanah bernilai RM6.2 bilion untuk memulihkan Malaysia Airlines yang sebelum ini dikenali sebagai MAS.

Malangnya, penularan pandemik COVID-19 telah menghentikan 'momentum baik' dinikmati Malaysia Airlines yang turut dijangka berterusan pada 2020.

Kerajaan secara terbuka telah berusaha mencari rakan strategik untuk syarikat penerbangan itu sejak tahun lalu dengan lima cadangan telah diterima pada awal tahun ini, tetapi Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mendedahkan syarikat terbabit.

Oleh itu, bagaimanakah masa depan Malaysia Airlines? Apa yang pasti, kini terpulang kepada Khazanah untuk memutuskannya.

-- BERNAMA
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,870
Reaction score
1,686
Points
151
Da takde duit
Ari tu da tolong eco world :ROFLMAO:
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,239
Reaction score
4,254
Points
201
Rundingan struktur semula Malaysia Airlines ambil masa
MALAYSIA_AIRPORT_1603102199.jpg


KUALA LUMPUR: Perbincangan mengenai penstrukturan semula Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) dengan pemiutang, pemajak dan pembekal dijangka akan mengambil masa yang lebih lama berbanding perancangan awalnya.

Sumber yang rapat syarikat penerbangan nasional itu berkata, rundingan ketika ini sedang giat dijalankan dan kumpulan akan sedang mencuba sedaya upaya memastikan kejayaan penstrukturan semula itu.

Beliau berkata, perbincangan dengan mendapatkan kata sepakat dari pihak pemiutang, pemajak pesawat dan pembekal memerlukan sedikit masa lagi kerana banyak perkara perlu diperhalusi mereka.

"Rundingan giat dijalankan tetapi ia akan berlarutan dalam tempoh waktu yang lama berbanding perancangan awal Malaysia Airlines.

"Perkara ini perlu diteruskan demi kelestarian syarikat. Tetapi setakat ini Malaysia Airlines mendapat sokongan yang menggalakkan dari semua pihak yang terbabit.

"Malaysia Airlines juga baru-baru ini turut berkongsi mengenai perkara itu dengan kakitangannya," katanya kepada BH.

Dalam temubual bersama BH baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Izham Ismail, berkata Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines juga katanya sedaya-upaya memastikan kejayaan penstrukturan ini.

Beliau berkata, MAG sedang mencuba sedaya upaya untuk memastikan kejayaan kerana pihaknya percaya dengan sokongan pemiutang, pemajak pesawat dan pembekal utamanya, pelan penstrukturan semula ini mampu memberikan manfaat jangka panjang kepada semua pihak.

Izham yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MAG berkata, penyelesaian yang lebih mendalam khususnya dalam pengurusan kapasiti perlu dilihat dengan lebih serius bagi menjamin senario industri penerbangan negara menjadi lebih mapan dan berdaya saing.

Malaysia Airlines pada awal Oktober lalu melaksanakan proses kecemasan penyusunan semula perniagaan dan modalnya dengan mengkaji Rancangan Perniagaan Jangka Panjang (LTBP) dalam usaha memastikan kesesuaian dan kelangsungan kumpulan yang terkesan oleh penularan COVID-19.

Sebagai permulaan, pihaknya sudah menghubungi pemberi pinjaman, pemiutang, dan pembekal utama mereka baru-baru ini mengenai usaha yang amat mendesak itu.

Ia berkata, pelan itu yang memerlukan penyusunan semula komprehensif perniagaan dan struktur modal, adalah amat bergantung kepada sumbangan semua pemegang taruh yang berkaitan secara individu.

Langkah berkenaan katanya, amat kritikal kepada Malaysia Airlines untuk keluar daripada krisis dan kembali muncul sebagai kumpulan penerbangan yang mantap dari segi permodalan serta kewangan.

Khazanah Nasional Bhd yang juga pemegang saham tunggal syarikat penerbangan itu juga sebelum ini menegaskan kejayaan penstrukturan semula Malaysia Airlines amat bergantung kepada kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, termasuklah pihak pemiutang dan pemajak pesawat.

Sebarang suntikan dana oleh Khazanah ke dalam Malaysia Airlines tertakluk kepada sejauh mana pemiutang di dalam dan luar negara sanggup mengurangkan beban hutang yang ditanggung oleh syarikat penerbangan nasional itu.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata pengurangan beban hutang akan membolehkan Malaysia Airlines memantapkan kedudukan kewangannya dan terus maju ke hadapan.

Beliau berkata, sebarang dana yang disuntik ke dalam Malaysia Airlines seharusnya digunakan untuk memperkukuhkan syarikat penerbangan itu serta memelihara sebanyak mana pekerjaan yang termampu, dan bukan digunakan sebahagian besarnya untuk menanggung beban hutang pada tahap yang sedia ada.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,239
Reaction score
4,254
Points
201
Syarikat induk Malaysia Airlines tawar skim persaraan awal
mas22_1603371879.jpg


KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) menawarkan skim persaraan awal kepada pekerja manakala rundingan sedang dijalankan dengan pihak pemberi pinjaman dan pemberi pajak bagi pelan penstrukturan semula Malaysia Airlines Bhd.

Borang Permohonan Persaraan Awal MAG, yang diteliti oleh Bernama, adalah khusus untuk pekerja di seluruh syarikat itu termasuk anak syarikat Malaysia Airlines iaitu MASwings, MAB Kargo, AeroDarat Services, Firefly, Hijrah Biru dan Akademi MAB.

Langkah itu disasarkan kepada pekerja berpangkalan di Malaysia yang berusia 45 tahun dan ke atas serta telah berkhidmat dengan syarikat secara berterusan selama minimum 10 tahun, termasuk tempoh perkhidmatan dalam kumpulan Malaysia Airlines.

Mengulas mengenainya, Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Penerbangan Malaysia, Ismail Nasaruddin, berkata keputusan itu dianggap 'adil' memandangkan keputusan lebih berani juga diambil oleh syarikat penerbangan lain untuk mengurangkan operasi keseluruhan sebelum menawarkan sebarang skim pemisahan atau pampasan.

Beliau berkata, tawaran itu telah dibuat dan ia kini bergantung kepada pekerja sama ada mahu mengambilnya atau tidak.

"MAG tidak membayar begitu banyak, tawaran berkenaan hanya bagi tiga bulan gaji.

"Sekiranya hasil daripada tawaran ini tidak sesuai dengan angka yang mereka harapkan, jadi, langkah lebih drastik mungkin dilaksanakan seperti pemberhentian pekerja," katanya kepada Bernama berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada sumber dalaman MAG.

Ismail yakin tawaran pampasan pemberhentian pekerja itu mungkin kurang daripada yang telah ditawarkan dalam skim itu, dan kira-kira 50 peratus pekerja MAG layak untuk tawaran itu, termasuk mereka yang dipindahkan ke dalam kumpulan semasa penstrukturan semula syarikat sebelum ini.

Bagi Malaysia Airlines, ia masih memiliki tenaga kerja sebanyak 12,000 orang walaupun menghadapi cabaran daripada pandemik yang mengakibatkan syarikat penerbangan dan industri secara keseluruhan mengalami kesukaran susulan permintaan yang lemah.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,253
Reaction score
11,691
Points
2,376
Sian pulak dekat MAS ni
Tak capai kata sepakat
Gulung tikar la jawab nya
 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,780
Reaction score
859
Points
86
Sian pulak dekat MAS ni
Tak capai kata sepakat
Gulung tikar la jawab nya
Semoga dipermudahkan.
Kalau kita lihat mana2 national air courier
semua ada masalah besar sekarang.
Petikan dari sumber luar.
According to Reuters, MAS is burning US$84 million (S$114 million) in cash every month, but had only US$88 million of liquidity at end-August, plus an additional US$139 million available from Khazanah, its sole shareholder.

Now, Khazanah has warned leasing companies that it will stop funding the airline group, while its group chief executive Izham Ismail has warned that it would have “no choice but to shut it down” if lessors decide against backing the restructuring plan.

MAS is not the only Asia-Pacific carrier in this predicament.

Singapore Airlines, which is operating at less than 10 per cent capacity now, is burning cash to the tune of almost $300 million every month. …

In Hong Kong, 73-year-old Swire Group-controlled Cathay Pacific, faced with a 90 per cent collapse in passenger numbers, has parked more than 40 per cent of its planes and is deferring deliveries of larger planes as it mulls over switching to a fleet of smaller aircraft with fewer business-class seats.

Thai Airways, which is 48 per cent owned by the Thai government, is in bankruptcy proceedings after defaulting 85 billion baht (S$3.7 billion) and facing 333 billion baht in liabilities. …
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,253
Reaction score
11,691
Points
2,376
Semoga dipermudahkan.
Kalau kita lihat mana2 national air courier
semua ada masalah besar sekarang.
Petikan dari sumber luar.
According to Reuters, MAS is burning US$84 million (S$114 million) in cash every month, but had only US$88 million of liquidity at end-August, plus an additional US$139 million available from Khazanah, its sole shareholder.

Now, Khazanah has warned leasing companies that it will stop funding the airline group, while its group chief executive Izham Ismail has warned that it would have “no choice but to shut it down” if lessors decide against backing the restructuring plan.

MAS is not the only Asia-Pacific carrier in this predicament.

Singapore Airlines, which is operating at less than 10 per cent capacity now, is burning cash to the tune of almost $300 million every month. …

In Hong Kong, 73-year-old Swire Group-controlled Cathay Pacific, faced with a 90 per cent collapse in passenger numbers, has parked more than 40 per cent of its planes and is deferring deliveries of larger planes as it mulls over switching to a fleet of smaller aircraft with fewer business-class seats.

Thai Airways, which is 48 per cent owned by the Thai government, is in bankruptcy proceedings after defaulting 85 billion baht (S$3.7 billion) and facing 333 billion baht in liabilities. …
Masalah ekonomi global sejak pandemik COVID19 melanda dunia
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,870
Reaction score
1,686
Points
151
MAS kene la creative sket altenatif cari duit

singapore & thai da buat cabin mkn atas kapal..hhehe
1603634017731.jpeg
takkan nak tunggu duit masuk
Covid makin bertambah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register