Malaysia Airlines Bakal Terima Sokongan Kewangan - Tengku Zafrul

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
24.11.2020 - Kuala Lumpur, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi bayangan bahawa syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Bhd (MAB) bakal menerima sokongan kewangan dalam memastikan kelangsungan syarikat itu. Memetik laporan Nikkei Asia, Tengku Zafrul antara lain memaklumkan bahawa pemegang saham tunggal Malaysia Airlines, Khazanah Nasional diberitahu meletakkan syarikat penerbangan nasional itu dalam kedudukan kekuatan bagi menyokong ekonomi domestik selepas pandemik COVID-19.

"Kementerian Kewangan telah berbincang dengan Khazanah Nasional dan meminta mereka untuk memastikan bahawa Malaysia Airlines terus berada dalam posisi kuat bagi menyokong pemulihan ekonomi," kata beliau seperti dipetik laporan itu.

Menurut Tengku Zafrul, Khazanah Nasional sebagai syarikat pelaburan berkaitan kerajaan memiliki sumber kewangan untuk memastikan syarikat itu bertahan.

"Khazanah melakukan apa yang harus mereka lakukan sebagai pemegang saham untuk memastikan Malaysia Airlines terselamat dari krisis," kata beliau lagi.

Tambah Tengku Zafrul, Malaysia Airlines merupakan simbol identiti nasional yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Dalam masa sama, Tengku Zafrul juga menggesa para pengkritik agar kekal positif terhadap syarikat penerbangan itu.

"Kita harus melihatnya secara positif dan objektif. Bagi saya, saya yakin mereka (Malaysia Airlines) telah belajar daripada masa lalu," katanya sambil mengulangi bahawa jenama berkenaan dan industri penerbangan adalah komponen utama ekonomi terutama untuk sektor pelancongan. Kita harus memastikan ia berfungsi. Malaysia Airlines adalah jenama nasional... tetapi yang penting adalah memastikan ia memainkan peranan sebagai syarikat penerbangan nasional. Semoga krisis ini dijadikan sebagai peluang industri penerbangan untuk membangun kembali terutamanya Malaysia Airlines, "tambah Menteri Kewangan itu lagi.

Prestasi Kewangan Malaysia Airlines sebelum ini merosot hampir 100 peratus dalam enam bulan pertama tahun ini susulan pandemik COVID-19. Oktober lalu, syarikat penerbangan nasional itu mengumumkan rundingan penyusunan semula hutang sebanyak RM16 billion. Agensi berita Reuters melaporkan bahawa syarikat induk Malaysia Airlines, Malaysia Aviation Group telah meminta bantuan kewangan daripada Khazanah Nasional bernilai AS$500 juta bagi rundingan penstrukturan hutang yang dijangka selesai Disember depan.

Screenshot-3325.jpg


Berita asal https://www.astroawani.com/berita-m...kongan-kewangan-tengku-zafrul-501awani-269970
 
Sponsored Post

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,458
Reaction score
2,156
Points
201
bak kata Cina DAP. "Tongkat"
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,660
Reaction score
1,400
Points
201
hahah.. bela lagi ... duit sendiri kwsp haram... bailout MAS wajib
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
MAS ni masalah besar negara .. dah bape kali pam duit pun x maju2, panggil Tony jadi CEO jap .. :D

xboleh urus, kasi tutup kedai je ..
 

cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
1,773
Reaction score
453
Points
51
Tambah Tengku Zafrul, Malaysia Airlines merupakan simbol identiti nasional yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Dalam masa sama, Tengku Zafrul juga menggesa para pengkritik agar kekal positif terhadap syarikat penerbangan itu.
x bangga pon
 

Maestro

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2009
Messages
3,193
Reaction score
486
Points
51
Apa sumbangan MAS pada negara selain menghabiskan beras??

Cukup2 la kebebalan tu...
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,889
Reaction score
688
Points
121
aku igt bila dah tukar2 kerajaan ni, takde la org main kroni lagi.

MAS ni entah la apa sgt kepentingan dia sampai balik2 nak kena tolong.

takde ke org buat petition utk stop la tolong MAS ni. bukan buat keuntungan pun.

ni tak lebih kepada nak jaga imej negara je.

padahal patriotik2 org indon tu yg tahap extreme pun, takdenya diorg bangga dgn garuda air diorg. siap kena maki hamun lagi ada la.


udah2 la tu tolong.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register