BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malang Tak Berbau, Peniaga Wanita Terperosok Dalam Lubang Pembentung Di Thailand

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,206
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,206
Reaction score
7,159
Points
916
Awards
1
10.09.2024 - Seorang peniaga wanita berdepan detik cemas apabila terjatuh ke dalam lubang pembentung di Thailand pada Rabu lalu. Insiden berlaku ketika wanita berkenaan sedang berehat dan duduk di sebuah kerusi yang terletak di tengah-tengah pembentung tersebut. Tidak menjangkakan situasi terbabit, individu berbaju celoreng putih ungu itu kemudiannya terperosok ke dalam lubang pembentung berkenaan sambil disaksikan seorang wanita dipercayai adiknya ketika kejadian. Menyedari hal itu, beberapa orang awam tampil membantu melihat keadaan mangsa. Dalam pada itu, adiknya menerusi ciapan di laman X berkata, kakaknya tidak mengalami kecederaan parah dan berjaya dikeluarkan hasil pertolongan orang ramai.

"Situasi kecemasan, terjatuh dalam lubang pembentung di depan rumah, kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan kakak saya bernasib baik kerana tidak cedera teruk," katanya.

Terdahulu, insiden serupa berlaku di Samut Sakhon, Bangkok, Thailand apabila seorang wanita berusia 54 tahun terperangkap selama 30 minit dalam lubang pembentung selepas terjatuh ke dalamnya pada Isnin. Difahamkan, penutup simen itu roboh secara tiba-tiba ketika mangsa memijak di laluan tersebut. Terjatuh sedalam dua meter, wanita berkenaan ditenggelami air setinggi paras bahunya sebelum dibantu pasukan penyelamat bomba yang tampil membantu sebaik menerima laporan orang ramai. Wanita terbabit dilaporkan hanya mengalami kesan calar di tangan dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
1725964109344.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register