BTC USD 28,393.1 Gold USD 1,979.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malala Yousafzai, gadis 17 tahun penerima Hadiah Nobel termuda

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,138
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,138
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
malala.ashx


LONDON: Remaja perempuan dari Pakistan, Malala Yousafzai, yang ditembak oleh puak Taliban sehingga hampir membawa maut dua tahun lalu kerana memperjuangkan hak untuk wanita memperolehi pendidikan telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Nobel untuk keamanan - penghormatan yang pernah diterima oleh Nelson Mandela suatu ketika dahulu.

Malala, 17, yang kini menetap di Birmingham, England bersama keluarganya mencatat sejarah sebagai penerima anugerah Nobel yang termuda.

Dalam satu kenyataan media, Jawatankuasa Anugerah Nobel menegaskan: "Di sebalik usia mudanya dan malapetaka yang menimpanya, Malala Yousafzai tanpa henti terus memperjuangkan hak wanita untuk memperolehi pendidikan dan sekaligus menunjukkan teladan bahawa kanak-kanak dan golongan remaja pun mampu menyumbang untuk memperbaiki situasi mereka. Dan dalam kes Malala dia telah melakukannya dalam situasi yang sangat berbahaya kepada keselamatan dan nyawanya."

Dan apabila seorang wartawan bertanya, mengapa Malala yang menjadi pilihan sedangkan dia belum memperolehi apa-apa lagi yang signifikan di dalam perjuangannya itu, Ketua Jawatankuasa Anugerah Nobel, Thorbjörn Jagland terus membidas wartawan tersebut.

"Macamana awak boleh tergamak berkata demikian! Terima kasih kepada Malala, kerana keberaniannya, isu mengenai pendidikan kanak-kanak dan guna tenaga kanak-kanak telah diletakkan dalam agenda dunia," tegas Jagland.

Malala hanya berusia 11 tahun apabila dia buat pertama kalinya menyuarakan kepentingan pendidikan dalam satu temuramah siaran televisyen.

Bagaimanapun pada Oktober 2012, puak Taliban telah menyerbu masuk ke dalam bas sekolah yang dinaikinya lalu melepaskan tembakan sehingga mencederakannya.

Dia terkena tembakan di kepala.

Malala kemudiannya telah diterbangkan ke Britain untuk mendapatkan rawatan khusus di Hospital Queen Elizabeth di Birmingham, yang mana menyaksikan dia melalui beberapa proses pembedahan pada kepalanya sehingga berjaya dipulihkan.

Malala kini tinggal bersama bapa, ibu dan dua saudaranya di Birmingham dan belajar di sekolah tempatan.

Sejak insiden tersebut, Malala telah menghasilkan buku, "I Am Malala", menyampaikan ucapan dan ucapatama di forum dan seminar antarabangsa dan dianugerahkan penghormatan oleh Parlimen Eropah.

41706a6b88b64111a0d9da1dc1dd508f.ashx


Turut menerima Anugerah Nobel untuk keamanan bagi tahun ini ialah seorang lagi pejuang hak kanak-kanak iaitu Kailash Satyarthi dari India.

Satyarthi, 60, telah mengekalkan tradisi yang dipejuangkan oleh Mahatma Gandhi iaitu menuntut perubahan secara aman dengan memberi penekanan kepada menentang penggunaan tenaga kanak-kanak untuk membuat keuntungan.

"Tahun ini kita mempunyai dua pemenang. Seorang dari Pakistan dan seorang lagi dari India. Seorang beragama Islam dan seorang lagi beragama Hindu dan kedua-duanya mempunyai iltizam yang kuat untuk memperjuangkan hak pendidikan dan menentang ekstrimisme,' kata Jagland lagi.

Lain-lain kategori untuk Anugerah Nobel seperti dalam bidang perubatan, kimia, fizik dan kesusasteraan telah pun diumumkan secara berperingkat sejak awal minggu lalu dan penerima anugerah dalam bidang ekonomi akan diumumkan Isnin depan.

Kesemua pemenang akan menerima anugerah masing-masing menjelang 10 Disember ini sempena ulang tahun kematian pengasas anugerah ini pada 1896. Penerima anugerah untuk keamanan akan menerimanya di Oslo manakala yang lain di Stockholm.

Bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, yang merupakan salah seorang jurukempen bersama-sama Malala dalam isu pendidikan kanak-kanak dan wanita berkata: 'Malala Yousafzai dan Kailash Satyarthi adalah dua manusia yang paling hebat di muka bumi ini dalam soal memperjuangkan masa depan kanak-kanak. Kedua-duanya adalah rakan baik saya dan berhak untuk menerima pengiktirafan ini."


mstar
 
Malala pulang ke Pakistan selepas 6 tahun ditembak Taliban

image.jpg

image.jpg

AP KEADAAN Malala selepas ditembak oleh Taliban pada tahun 2012.

ISLAMABAD – Penerima Hadiah Nobel Keamanan 2014, Malala Yousafzai, 21, pertama kali pulang ke negara asalnya Pakis*tan selepas dia ditembak di kepala oleh militan Taliban enam tahun lalu.

Aktivis pendidikan itu yang bersama ibu bapanya dikawal ketat sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad.

Malala dihormati di peringkat antarabangsa kerana perjuangan pendidikan untuk wanita, namun di Pakistan terdapat sesetengah pihak konservatif yang melihatnya sebagai ejen Barat untuk memalukan negara.

Wanita itu dijangka bertemu Perdana Menteri, Shahid Khaqan Abbasi dalam lawatannya selama empat hari itu.

“Beliau akan berjumpa dengan beberapa orang di sini tetapi jadual terperinci tidak akan didedahkan atas sebab keselamatan.

“Kami mengalu-alukan Malala. Beliau sudah pulang dan itu merupakan perkembangan positif,” ujar jurucakap pejabat luar, Muhammad Faisal.

Muhammad menyifatkan Malala sebagai ‘salah seorang anak perempuan muda dan bijak’ dan menambah bahawa rakyat Pakistan perlu menghormatinya.

Penduduk di daerah kelahirannya di lembah Swat membe*ritahu, mereka gembira melihat kepulangan Malala.

“Saya tidak menyangka dia akan pulang kembali. Dia telah melawan ketakutan yang sangat besar dan kami sangat teruja melihat dia kembali,” kata Rida Siyal, seorang pelajar yang mendakwa kawan rapat Malala.

Malala menjadi simbol hak asasi global selepas ditembak di kepala oleh seorang militan Taliban di dalam bas sekolah pada 9 Oktober 2012.

Beliau menerima rawatan di Birmingham, Britain dan turut menamatkan pendidikan menengahnya di sana sebelum menyambung pengajian di Universiti Oxford. - AFP


http://www.kosmo.com.my/dunia/malala-pulang-ke-pakistan-selepas-enam-tahun-ditembak-taliban-1.637785

Pemenang Nobel jadi mangsa 'troll' pakai seluar jeans ketat

nintchdbpict000360832625.jpg


MALALA Yousafzai telah memulakan kehidupannya di Universiti Oxford, tetapi menjadi sasaran hanya kerana dia dilihat memakai 'jeans', kasut but tinggi dan jaket tebal ketika minggu pertama di kampus.


Pemenang hadiah Nobel itu yang hampir maut di tangan seorang lelaki bersenjata Taliban kerana bercakap mengenai hak pendidikan wanita, telah dikritik kerana memakai seluar jeans ketat, bukan seluar panjang longgar yang biasa dipakainya sebelum ini.

Dalam sekeping gambar yang tidak dapat disahkan yang diterbitkan di Pakistan, aktivis berusia 20 tahun itu kelihatan memakai jeans mengikut potongan kaki, kasut but atas buku lali dan jaket tebal.

Jika dia berharap dapat menyelinap masuk dalam kehidupan sebagai pelajar di Oxford tanpa mahu namanya didedahkan kepada rakan-rakannya, hasratnya itu terpaksa dilupakan gara-gara pengkritik di negara asalnya, Pakistan.

Dia menjadi sasaran penyalahgunaan gambar walaupun memelihara auratnya dengan menutup rambut dengan kain 'duppata' sama seperti dilakukannya sejak dia tiba di Britain lima tahun lalu.

Satu mesej menyakitkan hati yang dipaparkan di Twitter dan diterbitkan semula dalam media Pakistan ditulis: "Itulah sebabnya peluru itu terus menyasarkan kepalanya tidak lama dahulu."

Satu lagi mesej kebencian berkata: "Lihatlah si hipokrit Malala memakai seluar! Adakah dia seorang Muslim?"

Mesej ketiga berkata: "Mahukan hadiah Nobel dan masuk ke Oxford University? Langkah 1: ditembak...begitu banyak sokongan untuk hak wanita lol."

Kata-kata pedas buat wanita muda ini yang telah menyatakan bahawa pada suatu hari dia ingin memimpin negaranya sebagai perdana menteri, menyebabkan kemarahan di kalangan penyokong.

Penyampai BBC Anita Anand memberitahu MailOnline: "Setahu saya Malala boleh memakai apa sahaja yang dia suka.

"Kritikan datang dari pihak yang paling regresif, dan saya ragu apa yang akan dilakukan untuk menyenangkan mereka.

"Saya berharap dia jangan sesekali mencuba. Semua rakan-rakan Pakistani saya bersetuju dengan sentimen itu.

"Dia seorang heroin dan menjadi contoh. Desakannya terhadap pendidikan telah membawanya ke salah satu pertubuhan pembelajaran terbaik di dunia. Dia tidak mengalah walaupun pelampau cuba menembaknya."

Seorang lagi peminat Arsalan Ahmed Jaraal dari Khyber Pakhtunkhwa, dekat sempadan Pakistan - Afghanistan berkata di Twitter: "Apa yang Malala pakai di UK, cukup biasa di Pakistan juga. Berhenti buat kecoh. Biarkan orang lain bebas menjalani kehidupan mereka."


http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/10/18/malala-dikritik/

Raih berjuta-juta pound selepas ditembak Taliban

image.jpg


LONDON - BRITAIN. Pemenang pingat Nobel Peace, Malala Yousafzai, 18 memperoleh pendapatan berjuta-juta pound selepas penjualan buku, memoir dan khidmat syarahan.

Laporan Dailymail mengatakan sebuah firma yang ditubuhkan untuk melindungi hak cipta kisah hidupnya membayar cukai sebanyak RM5.9 juta.

Antara buku yang laris terjual adalah I Am Malala yang diterbitkan pada 2013 dan terjual sebanyak 1.8 juta naskah di seluruh dunia.

Selain itu, ibu bapa Malala, Ziauddin Yousafzao dan Toor Pekai didakwa menyimpan simpanan sebanyak RM11.8 juta di bank.

Malala ditembak militan Taliban di Lembah Swat di Pakisan ketika berusia 14 tahun dan dalam perjalanan ke sekolah pada 2012.

Ketika berusia 10 tahun, Taliban menakluki Lembah Swat dan melarang kaum wanita mendapatkan pendidikan di sekolah.


http://www.sinarharian.com.my/global/untung-berjuta-selepas-ditembak-taliban-1.538091

Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,138
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,138
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
Raih berjuta-juta pound selepas ditembak Taliban

image.jpg


LONDON - BRITAIN. Pemenang pingat Nobel Peace, Malala Yousafzai, 18 memperoleh pendapatan berjuta-juta pound selepas penjualan buku, memoir dan khidmat syarahan.

Laporan Dailymail mengatakan sebuah firma yang ditubuhkan untuk melindungi hak cipta kisah hidupnya membayar cukai sebanyak RM5.9 juta.

Antara buku yang laris terjual adalah I Am Malala yang diterbitkan pada 2013 dan terjual sebanyak 1.8 juta naskah di seluruh dunia.

Selain itu, ibu bapa Malala, Ziauddin Yousafzao dan Toor Pekai didakwa menyimpan simpanan sebanyak RM11.8 juta di bank.

Malala ditembak militan Taliban di Lembah Swat di Pakisan ketika berusia 14 tahun dan dalam perjalanan ke sekolah pada 2012.

Ketika berusia 10 tahun, Taliban menakluki Lembah Swat dan melarang kaum wanita mendapatkan pendidikan di sekolah.


http://www.sinarharian.com.my/global/untung-berjuta-selepas-ditembak-taliban-1.538091
 
Sponsored Post

Top
Log in Register