BTC USD 36,045.0 Gold USD 1,813.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaikat bertakbir kerana kesepakatan Muafakat Nasional MN. Kata ulama PAS.

Luke

Super Active Member
gem
Messages
6,956
Joined
Sep 20, 2007
Messages
6,956
Reaction score
960
Points
121
Ramalan 2018.


11E7D2F0-CA2D-4AFD-A55F-492264597737.jpeg

BERITA
Ulama PAS ramal Anwar ditimpa 'hina lebih dahsyat'

24 Nov 2018, 9:43 am
Dikemaskini 2 tahun lepas

A
+
A
-
Seorang pemimpin kanan PAS memberi amaran kepada Anwar Ibrahim bahawa presiden PKR itu mungkin berdepan "hinaan lebih dahsyat" selepas kali pertama berlaku kira-kira 20 tahun lalu.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata seseorang yang mengkhianati rakan selepas dia diselamatkan tentu akan dihina sekali lagi.

"Ingat, kehinaan kali kedua akan lebih dahsyat daripada kehinaan pertama," katanya.

Beliau yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang turut menjelaskkan Allah sebelum ini memberikan ruang kepada Anwar untuk berfikir dan mengenali mana satu sahabat dan mana pula musuh.


Bagaimanapun kata Mokhtar, Anwar gagall mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

"Allah lepaskan DS (datuk seri) seketika agar DS tahu bersyukur kepada-Nya dan berterima kasih kepada teman yang pernah menolongmu pada saat DS kelelahan.

"Namun secarik sinar mentari yang memancar telah melalaikan DS sehingga DS lupa gelap malam yang pernah DS lalui," katanya melalui hantaran di media sosial.

Tak terasa pun

Mokhtar berkata demikian sebagai reaksinya terhadap kenyataan Anwar tentang sikap ahli politik dan cendekiawan kerana membiarkan skandal 1MDB berlaku.

"Bukan saja pemimpin politik (tapi) sarjana, penjawat awam bukan sekadar membisu, tapi sanggup bersekongkol untuk mempertahankan kedurjanaan yang menimpa bangsa, rakyat dan negara.

"Berlakunya kebobrokan, kemusnahan sistem, rompakan begitu besar bukan semata-mata kerana nafsu serakah beberapa pemimpin politik, tetapi kerana golongan sarjana yang membisu, yang sanggup jadi perkakasan murahan atas nama kaum atau agama.


"Serban makin besar, janggut makin panjang, degree mungkin berjela tapi tak ada hati nurani dan etika," katanya Universiti Malaya pada 23 Nov.

Skandal 1MDB menjadi antara isu utama yang mencorakkan politik negara sejak beberapa tahun lalu.

Untuk rekod PAS pernah mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi firma pelaburan terbabit pada 7 Ogos tahun lalu dan berpuas hati dengan pelan rasionalisasi dilakukannya.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata partinya berharap isu seumpama itu perlu dipantau parlimen.


Gambar fail
"Maknanya, Kementerian Kewangan dan menteri perlu memberi laporan kepada parlimen supaya anggota parlimen dapat mengikuti setiap perkembangan dan tidak timbul masalah baru," katanya.

PAS menjadi antara parti politik paling awal menyatakan sokongan kepada Anwar ketika Dr Mahathir Mohamad memecatnya pada 1998 dulu.

Bagaimanapun ketika itu PAS dipimpin Allahyarham Fadzil Noor.

Mokhtar menambah PAS berlapang dada dengan hinaan dan sindiran Anwar, malah membiarkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu berbuat sesuka hatinya.

Kata Mokhtar beliau yakin sikap sombong dan angkuh pasti tidak akan berakhir dengan kebaikan dan kemuliaan.

"Syeikh... kami tak terasa apa pun sindiran itu bahkan penghinaan sekali pun. Cuma kami terkilan kerana DS tidak pernah cuba untuk berubah, sehingga kami berasa kasihan terhadap DS.

"DS boleh baca dan faham pelbagai tulisan buku, namun DS gagal memahami bahasa takdir.

"Jangan DS ingat kami lemah semangat dan sakit dengan serangan-serangan itu.

"Kami sudah sangat masak dengan pelbagai serangan dan pengkhianatan.

"Kami sudah rasa manisnya perjuangan ini. Apakah DS sudah merasai manisnya perjuangan yang DS pilih?" katanya.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,314
Reaction score
3,209
Points
261
Awards
1
Skandal ni betul ke pitenah?


1157-B804-9-AB9-4-A08-8-BA3-05143698-BB58.jpg

Susulan laporan polis telah di buat




polis siasat dakwaan fitnah borak lucah terhadap ulama PAS
Diterbitkan 36 minit lepas
Dikemaskini 20 minit lepas


A
+
A
-
Polis menyiasat dakwaan fitnah terhadap seorang ulama dan pemimpin pusat PAS yang didakwa terlibat dalam perbualan lucah dalam perkhidmatan perbualan di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Ridzuan Khalid berkata kes disiasat bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (gangguan terhadap ketenteraman) dan Seksyen 233 Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar rangkaian perkhidmatan).

“Setakat ini keterangan pengadu telah diambil.


“Permohonan ke SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) dibuat untuk mendapatkan butir-butir pemilik akaun FB (suspek),” kata Ridzuan.

Katanya, aduan tersebut dibuat di balai polis Serendah pada pagi semalam.

Ridzuan berkata laporan polis dibuat oleh pemimpin kanan NGO dikenali sebagai Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz) terhadap Facebook Alexander Pittsuwan Thomprason.


Alexander Pittsuwan Thomprason
Ridzuan berkata, Facebook itu mendakwa pemimpin itu terlibat dalam perbualan lucah dengan seorang yang dikenali sebagai “Leena”.

“Pengadu berusia 57 tahun itu bagaimanapun tidak membaca secara terperinci berhubung butir perbualan tersebut kerana dikatakan berasa jijik dan menyifatkan ia hanyalah rekaan oleh pemilik akaun itu,” katanya.

Bagi Seksyen 505(b), jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Bagi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pula, jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Malaysiakini telah cuba menghubungi pemimpin itu melalui panggilan telefon, perkhidmatan mesej dan media sosial sejak minggu lalu dan masih menunggu maklum balasnya berkaitan dakwaan itu.

Pentadbir Facebook pemimpin itu semalam berkata terdapat laporan polis dibuat, tetapi tidak mendedahkan kandungannya.

Beliau pada 24 Jun lalu berkata beliau terpaksa menyekat dan beralih ke nombor baru setelah nombor telefon lama didakwa disalah guna.

Alexander semalam menulis di Facebook bahawa dia sedia ke mahkamah.

ref :https://m.facebook.com/saila.hadialuz.7?tsid=0.033343078775841084&source=result
 

Luke

Super Active Member
gem
Messages
6,956
Joined
Sep 20, 2007
Messages
6,956
Reaction score
960
Points
121
Membaca laporan Malaysiakini semalam bahawa seorang yg kononnya Ulama PAS malam tadi mengangkat tangannya berdosa kepada mereka yang melakukan fitnah kepada dia agar akan terpisah roh dari Jasadnya...

Untuk Pengetahuan yang perasan Ulama PAS itu...Mengikut pandangan sebahagian Ulama'.. walaupun ada perbahasan membezakan di dalam al-Qur’an antara roh dan nafs.. apapun ianya urusan Allah..

tetapi sebahagian Ulama' menggambarkan ketika tidurnya manusia tidur di malam hari pun, terpisahnya Roh dari Jasad.. Roh itu berjalan mengikut kehendak Allah dan sifat jasad itu sendiri ketika hayatnya, boleh jadi jika jasadnya di Kuantan, Mungkin Ruhnya sampai di Gombak.. boleh jadi masuk di alam maya atau di Fb Mesengger....

Apapun jangan ambil tugas tuhan sebagaimana Firman Allah ﷻ ...

اللَّـهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati, dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).

(Surah al-Zumar: ayat 42)

Di dalam Hadis Tafsir al-Jami' li Ahkam alQuran dibawakan tafsiran dari riwayat Said bin Jubair Rahimahullah :

إِنَّ اللَّهَ يَقْبِضُ أَرْوَاحَ الْأَمْوَاتِ إِذَا مَاتُوا، وَأَرْوَاحَ الْأَحْيَاءِ إِذَا نَامُوا، فَتَتَعَارَفُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَتَعَارَفَ..

Sesungguhnya Allah menahan ruh-ruh orang mati apabila mereka mati dan ruh-ruh orang hidup apabila mereka tidur. Mereka akan bertemu dan berkenalan mengikut kehendak Allah... "

Apapun bagi orang Agama jangan ambil tugas dan urusan Allah sebagaimana firman Allah....

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu daripada perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja....”

Ipohmali

Tazkirah Jumaat

3 Julai 2020
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,314
Reaction score
3,209
Points
261
Awards
1
Membaca laporan Malaysiakini semalam bahawa seorang yg kononnya Ulama PAS malam tadi mengangkat tangannya berdosa kepada mereka yang melakukan fitnah kepada dia agar akan terpisah roh dari Jasadnya...

Untuk Pengetahuan yang perasan Ulama PAS itu...Mengikut pandangan sebahagian Ulama'.. walaupun ada perbahasan membezakan di dalam al-Qur’an antara roh dan nafs.. apapun ianya urusan Allah..

tetapi sebahagian Ulama' menggambarkan ketika tidurnya manusia tidur di malam hari pun, terpisahnya Roh dari Jasad.. Roh itu berjalan mengikut kehendak Allah dan sifat jasad itu sendiri ketika hayatnya, boleh jadi jika jasadnya di Kuantan, Mungkin Ruhnya sampai di Gombak.. boleh jadi masuk di alam maya atau di Fb Mesengger....

Apapun jangan ambil tugas tuhan sebagaimana Firman Allah ﷻ ...

اللَّـهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati, dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).

(Surah al-Zumar: ayat 42)

Di dalam Hadis Tafsir al-Jami' li Ahkam alQuran dibawakan tafsiran dari riwayat Said bin Jubair Rahimahullah :

إِنَّ اللَّهَ يَقْبِضُ أَرْوَاحَ الْأَمْوَاتِ إِذَا مَاتُوا، وَأَرْوَاحَ الْأَحْيَاءِ إِذَا نَامُوا، فَتَتَعَارَفُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَتَعَارَفَ..

Sesungguhnya Allah menahan ruh-ruh orang mati apabila mereka mati dan ruh-ruh orang hidup apabila mereka tidur. Mereka akan bertemu dan berkenalan mengikut kehendak Allah... "

Apapun bagi orang Agama jangan ambil tugas dan urusan Allah sebagaimana firman Allah....

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu daripada perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja....”

Ipohmali

Tazkirah Jumaat

3 Julai 2020


 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,314
Reaction score
3,209
Points
261
Awards
1
Tak kene tangkap lg mamat ni :unsure:

 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,314
Reaction score
3,209
Points
261
Awards
1
PAS tolak MN, Hadi seru semua parti sertai PN sebagai pakatan baru
FMT ReportersApril 2, 2021 10:17 AM





PETALING JAYA: PAS menegaskan parti itu menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal Muafakat Nasional – pakatan yang dianggotainya bersama Umno sebelum ini.

Presiden Abdul Hadi Awang juga mengajak semua kumpulan Islam untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), bersama-sama PPBM yang, menurutnya, berteraskan Islam memimpin dan berintegriti.

Pendirian ini menyusuli pengumuman bahawa PAS akan mengukuhkan kerjasama dengan PPBM bagi menghadapi PRU15, selepas Umno mengesahkan tiada kerjasama dengan PPBM pada PRU akan datang dan kebersamaan dalam kerajaan diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

Kenyataan terbuka Hadi ini memberi gambaran jelas parti Islam itu cenderung kepada PPBM berbanding Umno, selepas beberapa pemimpin kanan Umno sebelum ini mendesak PAS memberi kata dua sama ada memilih parti itu atau PPBM sebagai sekutu pada pilihan raya umum nanti.

“PAS menolak politik yang menghabiskan masa dengan bermain politik sampingan dan jalanan yang menyusahkan rakyat, tanpa melihat kepada musim bencana alam dan wabak yang masih menular hari ini,” kata Hadi dalam kenyataan.

“PAS menolak agenda yang bertujuan semata-mata untuk menyelamatkan peribadi pemimpin dan kumpulannya, bukan untuk menyelamatkan negara dan semua rakyat.”

Hadi menegaskan tujuan PAS jelas bukanlah sekadar berhasrat untuk menyelamatkan seseorang atau kumpulan dan kelompok yang kecil sahaja, tetapi untuk menyelamatkan seluruh manusia.

“Maka, jika terdapat mereka yang sempit dan terhad tujuannya itu pasti ditinggalkan,” katanya.

“Marilah bersama tawaran baharu ini iaitu berintegriti dan berkebajkan yang berpijak atas Perlembagaan Persekutuan yang meraikan masyarakat majmuk beragama dan berbangsa.”

Umno dan PAS sebelum ini menjadi sekutu menerusi Muafakat Nasional, teras kerjasama politik antara dua parti Melayu-Islam terbesar yang sering bermusuhan.

Bagaimanapun, hubungan baik antara dua parti itu mula bergolak selepas PAS menjadi rakan utama PPBM menerusi PN.
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,314
Reaction score
3,209
Points
261
Awards
1
Terasa gegar pulak arasy allah bila bercerai huhu
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,314
Reaction score
3,209
Points
261
Awards
1

Apa pilihan PAS? Teruskan kerjasama MN atau biar terkubur​

Perlu ada strategi matang, jangan sampai matlamat asal terpesong​

zuhayati18 hours ago
izani-baru-780x470.jpg

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 22 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Ramai ternanti-nanti status Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk dengan linangan air mata masyarakat Melayu – sama ada akan terus menyatukan perpaduan ummah atau terkubur begitu sahaja.

Pada 14 September 2019 UMNO dan PAS menubuhkan MN atas alasan mahu mengukuhkan semula kesatuan politik bangsa Melayu.



Gagasan berkenaan didakwa mahu membawa perubahan kepada kesatuan politik Melayu di Malaysia.

Namun, peranan dan fungsi Muafakat Nasional kini seolah-olah tenggelam dan hilang punca.

Bagi penganalisis politik Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, PAS adalah parti yang sangat eksperimental dan terbuka melakukan kerjasama.

“Kita dapat lihat hasil kerjasama dalam MN banyak membuahkan hasil dan semua itu dapat dilihat dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Bagaimanapun, dalam situasi sekarang, PAS perlu memikirkan strategi yang matang dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

PAS kini berdepan dua pilihan besar sama ada mahu meneruskan MN – yang mana terpaksa meninggalkan Perikatan Nasional (PN).

“Sekiranya PAS terus kukuhkan MN ini bermakna peluang besar kepada parti itu bergerak maju sekali gus berpeluang menduduki Kabinet dalam pentadbiran akan datang.

“Namun perpaduan ummah mampu dikukuhkan sekiranya PAS terus memilih untuk bersama PN yang dibina hasil daripada serpihan UMNO,” katanya.

Kini semuanya terletak di bahu PAS untuk membuat penelitian dan keputusan dengan bijak supaya matlamat asal parti tidak terpesong.

Bagaimanapun Dr. Izani yakin, barisan kepimpinan PAS yang ada hari ini matang dan bijak dalam menangani situasi yang dihadapi.

“PAS tidak sesekali membuat keputusan yang merugikan kerana kerjasama yang dilakukan bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya banyak kerjasama bersama parti-parti lain telah dimeterai.

“PAS bukan sahaja bekerjasama dengan UMNO, tetapi sebelum ini termasuk pernah ‘berkawan’ dengan DAP, yang mempunyai ideologi yang berbeza,” katanya.

Penafian:
Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register