BTC USD 34,039.3 Gold USD 1,782.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makruh kencing berdiri, segera hentikan tabiat ini terutama kaum lelaki - Sinar Plus

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,837
Reaction score
2,447
Points
201
Makruh kencing berdiri, segera hentikan tabiat ini terutama kaum lelaki - Sinar Plus
Post Views: 3
APABILA ternampak anak-anak kencing berdiri, terus sahaja ibu bapa memarahi mereka. Pada masa sama, nasihat diberikan agar tidak lagi anak tadi berbuat demikian.

Ya, kita sememangnya diajar supaya menjaga adab sekalipun sedang membuang air kecil. Demikian perkara yang diterapkan sejak kecil lagi.

Malah, perkara itu juga selari dengan ajaran Islam yang menganjurkan umatnya supaya membuang air dalam keadaan duduk.

(Artikel berkaitan: Bersembang dalam telefon ketika dalam tandas, ini hukumnya yang perlu kita tahu)

Menjelaskan perkara itu, pendakwah Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da’i Fuad menjelaskan, walaupun ada segelintir orang percaya bahawa air kencing mereka yang berdiri akan menjadi ubat kepada syaitan yang luka akibat azan, namun, tanggapan itu adalah al-faqir.

Untitled-design-2020-09-11T093736.702.jpg
DA’I FUAD
“Tidak maklum dan jumpa riwayat berkaitan.

“Namun, menurut Imam Zahabi, perbuatan tidak menguruskan najis dengan baik adalah antara perilaku dosa-dosa besar. Ia penting bagi memanifestasikan keindahan Islam,” katanya sebagaimana dipetik menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

Da’i Fuad turut mengemukakan sebuah hadis yang memerihalkan cara Rasulullah SAW ketika membuang air kecil.

Menurut Hadis Riwayat at-Tirmizi: “Sesiapa yang bercerita kepada kalian semua bahawasanya Rasulullah SAW itu kencing berdiri, maka janganlah kalian mempercayainya. Tidaklah Rasulullah SAW itu kencing melainkan dalam keadaan duduk.”

Berdasarkan hadis itu, ujar Da’i Fuad, ia jelas membuktikan larangan untuk kencing berdiri. Namun, telah wujud suatu hadis yang berlawanan dengan penyataan di atas.



Hadis yang dimaksudkan berbunyi: “Nabi Muhammad SAW mendatangi tempat buangan sampah sebuah kaum, kemudian baginda kencing secara berdiri. Kemudian, baginda meminta air, lalu aku membawanya dan baginda pun berwuduk.” (Riwayat al-Bukhari)

Untitled-design-2021-02-21T142126.832.jpg


Beliau kemudian menukilkan pandangan Imam Ibnu Hajar bahawa Nabi Muhammad SAW membuang air kecil dengan cara itu untuk membuktikan kencing berdiri itu tidak haram.

“Namun, harus difahami bahawa ia hanyalah satu pengajaran daripada nabi dan bukannya galakan oleh baginda untuk kita berbuat demikian.
“Tuntasnya, menurut Mazhab Imam Syafie, hukum kencing berdiri adalah makruh,” tegasnya.
Untitled-design-2021-02-21T142036.758.jpg


Bagi Da’i Fuad, secara peribadinya, beliau menganggap perbuatan itu agak menjelikkan. Apatah lagu jika ia dilakukan di tandas-tandas awam terutama oleh orang lelaki.

“Ayuh kita cuba elakkan. Ingat, kencing berdiri makruh, ‘kencing’ orang hukumnya haram,” tegasnya.

Apa-apapun, jangan biasakan diri kita daripada melakukan perkara yang makruh. Bukankah lebih elok jika kita melaksanakan perkara yang sunah, itu lebih baik.

Bahkan, ganjaran pahala sudah pasti menanti.

Sumber: Instagram @daifuadmokhtar
 
Sponsored Post

nokia3210

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,731
Reaction score
469
Points
46
apsal cakap terutama lelaki? ada ke pompuan kencing berdiri?

“Ayuh kita cuba elakkan. Ingat, kencing berdiri makruh, ‘kencing’ orang hukumnya haram,” tegasnya.
ini yg betul ..lagi hampas lau ada org bangga je dia citer dia 'kencing' member dia
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,438
Reaction score
2,844
Points
206
berak tak pam pun perlakuan keji juga.
padahal elok je pam tu bukan sangkut pun.

kucing pun tau kambus dengan pasir.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,837
Reaction score
2,447
Points
201
Nabi pun tak ckp apa2
Imam syafie je pandai2 ckp mahkruh

kita kencing berdiri sbb nak cepat
Bukak zip trus zassss
dehem

berak berdiri je blom buat
 

P_M_L

Active+ Member
Joined
Apr 8, 2009
Messages
2,511
Reaction score
64
Points
40
Nabi Muhammad SAW mendatangi tempat buangan sampah sebuah kaum, kemudian baginda kencing secara berdiri. Kemudian, baginda meminta air, lalu aku membawanya dan baginda pun berwuduk.

kalau lihat keadaan tempat yang Rasulullah yang nak buang air kecil x sesuai untuk duduk kerana dikhuatiri pakaian Rasulullah akan terkena kotoran, najis atau sebagainya menyebabkan rasulullah kencing berdiri. Tapi kebanyakan waktu yang lain, para sahabat melihat Rasulullah melazimi kencing duduk. Wallahu A'lam


Boleh rujuk di sini untuk penerangan lebih jelas:-

 

P_M_L

Active+ Member
Joined
Apr 8, 2009
Messages
2,511
Reaction score
64
Points
40
kencing berdiri bahaya dari segi kesucian pakaian, kita kadangkala x sedar air kencing kita terkena seluar atau terpercik balik ke seluar lalu kita solat. Bagaimanalah solat nak diterima kalau terkena najis
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,837
Reaction score
2,447
Points
201
Bab kencing pun nak kene tanya pakar
Kencing aje la ikut suka
Janji tak nyusahkan diri sendiri n org lain
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register