Maklumat sulit PRK Trangganu

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
http://bnkterengganu.blogspot.com/2008/12/gerakan-kenali-pengundi-dan-lokasi.html

. Pengenalan dan Matlamat

1.1 Gerakan ini adalah untuk mengenali sikap dan sokongan para pengundi di P.036 Parlimen Kuala Terengganu untuk disetiap Peti Undi.

1.2 Gerakan bacaan sikap ini akan dilakukan secara menyeluruh dan komprehensif

1.3 Bacaan sikap ini adalah untuk membantu jentera parti didalam menentukan hala-tuju dan gerakan kempen secara betul.

1.4 Bacan sikap ini adalah untuk mencari dan mengenali pengundi penyokong BN untuk seramai 38,500 orang daripada 80,229 orang pengundi

2. Keratiria Petugas

Petugas diperlukan di dalam gerakan ini adalah diantara sepuluh (10) atau tiga belas (13) orang bagi setiap sessi yang akan diadakan. Petugas untuk menjalankan gerakan ini juga mestilah terdiri dari penduduk tempatan disetiap cawangan UMNO di P.036 Parlimen Kuala Terengganu.

Petugas untuk mengenali para pengundi adalah dicadangkan mereka itu terdiri daripada;

2.1 Ketua Cawangan dan ahli jawatankuasa – 4 sayap;
2.2 Kumpulan K5;
2.3 Guru KEMAS;
2.4 Guru KAFA;
2.5 JKKK;
2.6 Ketua Kampung; dan
2.7 Pengerak masyarakat, contoh; Rukun Tetangga, wakil pertubuhan belia (dikenali penyokong BN).


3. Tanggungjawab Mengenali & Mengambil Petugas

Pengerusi K5 DUN & Peti Undi dan Ketua Cawangan mestilah mengenal pasti para petugas yang betul dan sesuai, boleh membantu gerakan BACAAN SIKAP yang akan dijalankan. Petugas yang akan membuat BACAAN SIKAP mestilah dari kalangan yang dicadangkan pada fasa (2), dan jika terdapat lain-lain yang boleh membantu gerakan BACAAN SIKAP adalah dialu-alukan.

4. Urusetia Bacaan Sikap

4.1 Pengerusi : Pengarah Bilik Gerakan
4.2 Timbalan Pengerusi : Pengerusi K5 Parlimen
4.3 Ahli Jawatankuasa : Pengerusi K5 DUN (4 DUN)
4.4 Ahli Jawatankuasa : 2 orang dari JASA
4.5 Ahli Jawatankuasa : 2 orang IT UMNO Negeri


5. Peralatan Sokongan.

Peralatan sokongan diperlukan;

5.1 38 unit PC atau Laptop
5.2 38 unit alat pencetak laser (laser printer) dan toner
5.3 100 rims kertas


6. Maklumat Sokongan

Maklumat sokongan akan disediakan oleh petugas IT daripada Bilik Gerakan Pilihanraya P.036 Parlimen Kuala Terengganu.

6.1 Sessi Pertama Bacaan Sikap (18/12/2008 hingga 25/12/2008)

Urusetia Bacaan Sikap akan menyediakan SENARAI NAMA PENGUNDI berasaskan LOKALITI yang lengkapi dengan alamat tetap (permanent address) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

6.2 Sessi Pertama Bacaan Sikap (28/12/2008 hingga 05/01/2009)

Urusetia Bacaan Sikap akan menyediakan SENARAI NAMA PENGUNDI berasaskan LOKALITI dilengkapi dengan alamat semasa dan tetap (current and permanent address) yang disediakan UMNO Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan & lain-lain agensi dan maklumat isi-rumah.

7. Lain-lain Hal

Bacaan sikap ini juga adalah perlu dilakukan keatas pengundi kaum Cina dan India, JASA atau Jabatan Penerangan memiliki kakitangan atau pegawai dari kaum Cina dan India. Dicadangkan disini, kakitangan atau pegawai dari Kaum Cina dan India itu diminta menyertai sama untuk menjayakan gerakan BACAAN SIKAP keatas pengundi kaum Cina dan India untuk pilihanraya kecil P.036 Parlimen Kuala Terengganu ini.


Disediakan oleh:
Koordinator SMART Analysis System
Kuala Lumpur
15hb Disember 2008


Hantarkan berita PRK Kuala Terengganu ke: [email protected]

:(scam:(scam:(scam
 
Last edited:
Sponsored Post

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
75
siap ada skuad bacaan sikap tuh...

nih boleh bagi bee end menang ker atau ada muslihat disebalik tabir...

agak-agak duit saper yang diguna untuk sara skuad nih eekkk...
 

WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
8,325
Reaction score
142
Points
83
ingatkan Eboss nak promote jadi petugas BN tadi.. wakakakakaaaa
 

1305

Super Active Member
Joined
Sep 19, 2008
Messages
9,731
Reaction score
130
Points
73
tuan tanah..

bacaan sikap ni memang ada dalam setiap pilihanraya la. bukan PRK ni jer..

ni mmg salah satu cabang dalam organisasi bilik gerakan..

tak la sulit sangat...

heheeh... ingat apa tadi..

kot ada berkotak-kotak lagi dokumen rahsia..

apa pun good job la...:)cgrock
 

tirani

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2007
Messages
2,639
Reaction score
3
Points
25
aku tak paham..tajuk mcm best..
 

SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
tuan tanah..

bacaan sikap ni memang ada dalam setiap pilihanraya la. bukan PRK ni jer..

ni mmg salah satu cabang dalam organisasi bilik gerakan..

tak la sulit sangat...

heheeh... ingat apa tadi..

kot ada berkotak-kotak lagi dokumen rahsia..

apa pun good job la...:)cgrock
antara point penting dlm terjahan eboos ni yg diwarnakan merah tu...guru kafa,kemas bgai tu sume jentera/perkerja umno juga ke??:-?
 

tEnuKLang

Super Active Member
Joined
Nov 6, 2007
Messages
5,656
Reaction score
3
Points
65
macam2 hal gak politik nih...byk lagi aku kna blaja...
 

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,267
Reaction score
526
Points
176
tapi seperti biasa puak2 BN yg terkenal dgn suke suap duit kat rakyat utk raih undi, dah mula bagi rm300 kat penduduk cina kononnya ang pau utk diorang..

hai..BN..Bee end...
 

1305

Super Active Member
Joined
Sep 19, 2008
Messages
9,731
Reaction score
130
Points
73
heheheheeheh....

mana yang dari fedral mmg la gitu rupanya...
dari state, tgk la state tu sapa yang pegang..
 

1305

Super Active Member
Joined
Sep 19, 2008
Messages
9,731
Reaction score
130
Points
73
tapi seperti biasa puak2 BN yg terkenal dgn suke suap duit kat rakyat utk raih undi, dah mula bagi rm300 kat penduduk cina kononnya ang pau utk diorang..

hai..BN..Bee end...
org bagi ambik, (mcm kata Tok Guru <--- ni aku ambik dari thread satu lagi), tapi pangkah, tak tau lagi...

'aku percaya pada prinsip'
 
Sponsored Post
Top
Log in Register