BTC USD 38,899.0 Gold USD 1,876.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Makluman Perlaksanaan Pengutipan Zakat Fitrah 1441H/2020M (PKP-MCO)

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,446
Reaction score
3,988
Points
236
Dr. Zulkifli Mohamad Di Majlis Zakat Korporat & Serahan Sijil Zakat

MGF21072020_SERAH-ZAKAT08.jpg


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (tengah) beramah mesra dengan Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman (dua kanan) serta para penyumbang zakat yang lain pada Majlis Zakat Korporat dan Serahan Sijil Zakat di Hotel Everly, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 21 JULAI 2020.

MGF21072020_SERAH-ZAKAT06.jpg


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bersama Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff (kiri) melihat logo Pembayar Zakat (PPZ) pada Majlis Zakat Korporat dan Serahan Sijil Zakat di Hotel Everly, Putrajaya.

MGF21072020_SERAH-ZAKAT05.jpg
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyaksikan penyerahan zakat daripada Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman (kanan) kepada Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff (kiri) pada Majlis Zakat Korporat dan Serahan Sijil Zakat di Hotel Everly, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 21 JULAI 2020.
MGF21072020_SERAH-ZAKAT07.jpg


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri diiringi Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff (tengah) bergambar kenagan bersama penyumbang zakat pada Majlis Zakat Korporat dan Serahan Sijil Zakat di Hotel Everly, Putrajaya.

MGF21072020_SERAH-ZAKAT08.jpg


Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/07...ajlis-zakat-korporat-dan-serahan-sijil-zakat/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,446
Reaction score
3,988
Points
236
Yakin Kutip RM800J Zakat, LZS Giat Kempen Digital

22.07.2020 - Shah Alam, Lembaga Zakat Selangor (LZS) yakin dapat mengutip RM800 juta zakat perniagaan dan pendapatan tahun ini, kata ketua pegawai eksekutifnya.

Saipolyazan Mat Yusop berkata bagi menjayakannya, pihaknya akan melaksanakan promosi giat menerusi kempen digital.

“Sehingga Mei, LZS berjaya mengutip RM340 juta, jadi saya yakin sekiranya usaha menerusi landasan digital diteruskan, kita akan mencapai sasaran kutipan zakat itu,” katanya selepas Majlis Pelancaran Sistem E-dialisis di Hotel Acapella di sini semalam.

Hadir sama Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Dato’ Paduka Emeritus Prof Dr Mohamad Awang dan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Abdul Basith Hamid.

Pada 11 Julai lalu, LZS menurunkan sasaran kutipan zakat dari RM855.1 juta kepada RM800 juta akibat penularan Covid-19.

Tahun lalu, zakat perniagaan dan pendapatan menyumbang sebanyak 78 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan di Selangor.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/yakin-kutip-rm800-juta-zakat-lzs-giat-kempen-digital/
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,399
Reaction score
2,388
Points
201
ZAKAT MAIWP REWARDS BRIGHT STUDENTS
857396.jpg

A total of 269 students received the MAIWP Baitumal Academic Excellence Award.
THE Federal Territories Islamic Council (MAIWP) celebrated students who achieved excellence in their studies in 2019 and are also recipients of the Baitulmal zakat assistance.

At an awards presentation ceremony held at the MAIWP headquarters in Kuala Lumpur, 269 students received the MAIWP Baitumal Academic Excellence Award.

The recipients were each awarded a certificate of appreciation and cash of between RM200 and RM600 according to their respective education level, and the total amount given out was RM90,000.

Fatin Nadhirah Mohammad Fadzli received the Baitulmal Student Icon for her outstanding performance in both curriculum and academics.

Among her other recognitions are UiTM Conventions Best Programme Graduate Award, Diploma and Bachelor Degree academic awards, project leader at Measat as well as theatre director for an Arabic language competition.

At the event, MAIWP chairman Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee congratulated the students for their hard work and determination to excel.

“I hope that the awards can further inspire the students to achieve greater excellence and success, ” he said, reminding the students to fulfil their zakat obligations by helping those in need when they are successful.

During the annual event, the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) also contributed RM75,000 wakalah funds to 750 asnaf children within the Federal Territory.

MAIWP has been reaching out to hardcore poor communities through various zakat distribution schemes.

Of the 30 zakat assistance schemes available, 11 schemes come under education for all levels to provide opportunities and assist underprivileged students in studies.

This year, MAIWP assisted a total of 21,641 students in both primary and secondary schools through its general school assistance fund with a total zakat expenditure of over RM12mil.

Present at the event were PTPTN chief executive officer Ahmad Dasuki Abdul Majid and MAIWP deputy chief executive officer Mohd Nizam Haji Yahya.
 

biomedik2

Super Active Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
5,237
Reaction score
1,561
Points
151
Jangan bayar kat pusat zakat penang. Nanti kafir politik yang edarkan.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,446
Reaction score
3,988
Points
236
LZS Tangguh Operasi 3 Lagi Cawangan, Elak Penularan Covid-19

19.10.2020 - Shah Alam, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menangguhkan operasi tiga lagi cawangannya bermula hari ini ekoran peningkatan kes Covid-19. Agensi itu berkata cawangan tersebut ialah di Masjid Kota Damansara, Seksyen 14 Petaling Jaya dan Puchong yang ditutup sehingga 27 Oktober.

“Justeru, masyarakat digalak memilih transaksi dalam talian sebagai alternatif urusan zakat. Semakan bantuan dan cetakan penyata boleh didapati melalui pautan ezo.zakatselangor.com.my, manakala urusan bayaran melalui fpx.zakatselangor.com.my,” maklum LZS di Facebook hari ini.

Pada 9 Oktober, cawangan Klang Sentral dan Kompleks Majlis Agama Islam Selangor, Klang ditutup kerana kedua-duanya berada dalam zon merah Covid-19.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/lzs-tangguh-operasi-tiga-lagi-cawangan-elak-penularan-covid-19/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,446
Reaction score
3,988
Points
236
Senarai Platform Pembayaran Zakat Fitrah Atas Talian Untuk Tahun 2021

Memasuki tahun kedua Ramadan di sambut dengan penuh cabaran tatkala dunia sedang berhadapan gelombang Covid-19. Dalam usaha membasmi gejala Covid-19 dengan lebih serius, beberapa langkah keselamatan telah diambil. Antaranya seperti penjarakan fizikal yang selamat sekurang-kurangnya 1 meter di antara satu sama lain. Melaluinya juga, orang awak diminta untuk elak bersalaman dan bersentuhan bagi bersama mencegah wabak ini.

Senarai-Platform-Pembayaran-Zakat-Fitrah-Secara-Atas-Talian-Untuk-Tahun-2021-001-950x535.jpg.webp

Rentetan daripada itu, rasanya mesti ramai di antara kita yang sudah terbiasa dengan transaksi atas talian yang melibatkan segenap aspek proses pembelian dan juga penjualan. Ini termasuklah proses pembayaran Zakat Fitrah sendiri. Sehingga kini terdapat pelbagai saluran yang disediakan bagi memudahkan orang awam untuk membuat pembayaran Zakat. Selain itu, ia juga dapat bantu mengelakkan seseorang umat Islam bertangguh atau terlupa untuk menunaikan kewajipan ini. Almaklumlah, rata-rata antara kita terlalu sibuk dengan urusan dunia. Sehinggakan kita terlupa atau terleka dengan urusan dunia akhirat.

amanz-zakat-thumbnail-01-1-950x518.jpg.webp

Justeru, berikut kami senaraikan beberapa platform dan saluran yang boleh digunakan untuk proses pembayaran Zakat untuk tahun ini. Seandainya masih terdapat platform atau saluran yang tidak disenaraikan di dalam artikel ini, tetapi anda mungkin sudah biasa menggunakannya. Jangan segan silu untuk berkongsi juga di ruangan komen di bawah. Sebelum kita pergi lebih jauh, ada baiknya jika anda semak kadar zakat mengikut negeri di Malaysia untuk tahun 2021 terlebih dahulu :

Senarai Nama NegeriKadar Bayaran Zakat Untuk Tahun 2021 (RM)
Negeri JohorRM7 / RM10
Negeri KedahRM5 / RM7 / RM14 / RM21
Negeri MelakaRM7 / RM14
Negeri KelantanRM7 / RM14 / RM21
Negeri PahangRM7
Negeri SembilanRM7
Pulau PinangRM7 / RM12 / RM16
Negeri PerlisRM7
Negeri PerakRM7 / RM14 / RM21
Negeri SabahRM6 / RM7.50
Negeri SarawakRM7
Negeri SelangorRM7 / RM14 / RM21
Negeri TerengganuRM7
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya / LabuanRM5 / RM7 / RM14

Boost

Boost-Zakat-001-950x535.jpg.webp

Boost merupakan aplikasi e-dompet tempatan yang menawarkan khidmat pembayaran Zakat Fitrah secara nirtunai. Melaluinya, pengguna boleh membuat pembayaran zakat tanpa tunai pada bila – bila masa dan di mana jua. Ia ternyata bukan sahaja memudahkan ramai pihak untuk menunaikan zakat dengan selamat. Bahkan, ia juga mampu membantu dalam mencegah penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda ini.

Pada awalnya, Boost hanya menawarkan perkhidmatan ini terhad kepada empat negeri sahaja. Dalam usaha terus memberi yang terbaik, mereka memperluaskan lagi kepada enam buah negeri pula pada tahun 2021 ini. Proses pembayaran juga dapat dilakukan dengan lebih efisien menerusi beberapa langkah mudah. Perkhidmatan ini juga boleh digunakan oleh semua pengguna Boost – termasuklah pengguna Basic dan premium. Selain daripada Zakat Fitrah, Boost juga menawarkan perkhidmatan pembayaran untuk Zakat harta. Pada masa sama, pengguna juga boleh menderma melaluinya.

Boost-Zakat-001-1-950x407.jpg.webp

Untuk mengakses juga mudah dengan hanya melengkapkan beberapa maklumat penting untuk mencipta akaun buat pengguna baharu. Selesai mendaftar akaun, klik sahaja pada pautan ‘Zakat&Donation’ untuk meneruskan pembayaran. Seterusnya, anda boleh membuat pembayaran dengan hanya menambah nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit.. Perkhidmatan ini tersedia secara percuma menerusi Google PlayStore AppStore.

Senarai Negeri Yang Disokong: Selangor, Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah, Pahang dan Negeri Sembilan

Muat-Turun : Aplikasi Boost Untuk Iphone
Muat-Turun : Aplikasi Boost Untuk Android
Muat-Turun : Aplikasi Boost Untuk Peranti Huawei
Rujukan lebih lanjut layari : Boost



GoPayz

Aplikasi GoPayz merupakan aplikasi dompet digital yang disedikan oleh Umobile. Ia bertujuan untuk memudahkan transaksi nirtunai dalam kalangan pengguna untuk pelbagai urusan – termasuklah pembayaran Zakat Fitrah. Sama seperti aplikasi Boost, jadinya pengguna juga boleh menunaikan ibadah zakat secara mudah dan tanpa had pada bila-bila masa sahaja. Terdapat dua jenis pembayaran zakat yang ditawarkan iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Dalam pada itu, ia juga menyertakan sejumlah lagi kemudahan lain – seperti pengurusan kewangan, derma dan wakaf.

Zakat-2021-003-950x534.jpg.webp

Pada masa sama, cara untuk mengaksesnya juga mudah sahaja. Ianya tersedia secara percuma menerusi Google PlayStore dan Apple AppStore. Sebagai permulaan, anda hanya perlu masukkan maklumat yang diperlukan oleh aplikasi ini. Misalnya seperi nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan sebagainya. Selesai sahaja mendaftar, klik pada pautan services -à cari pautan bertulis ‘Islamic’-à dan akhir sekali klik pada negeri manakah yang anda perlu langsaikan hutang dunia ini.

GoPayz-Zakat-001-950x407.jpg.webp

Senarai Negeri Yang Disokong: Selangor, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah dan Pulang Pinang

Muat-Turun : Aplikasi GoPayz Untuk Iphone
Muat-Turun : Aplikasi GoPayz Untuk Android
Rujukan leBih lanjut layari : GoPayz



MYEG

Sebut mengenai portal MYEG, ia merupakan pusat e-Khidmat yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk menawarkan servis-servis yang terpilih kepada orang awam. – ini termasuklah saluran untuk pembayaran Zakat Fitrah. Terdapat beberapa negeri yang disokong oleh portal ini dan pengguna boleh menyemaknya satu persatu. Untuk lebih mudah, pengguna juga boleh memuat-turun sahaja aplikasi MYEG menerusi Google Play Store untuk capaian yang lebih cepat dan pantas. Ia bagaimanapun hanya tersedia untuk pengguna Android sahaja.

MyEG-Zakat-001-950x407.jpg.webp

Seterusnya, pengguna perlu memiliki akaun berdaftar di portal MyEG terlebih dahulu sebelum meneruskan pembayaran atau urusan lain-lain. Terdapat dua pilihan kaedah pembayaran yang disediakan iaitu perbankan dalam talian (pemotongan secara langsung daripada akaun bank) atau kad kredit. Setiap transaksi yang berjaya, resit pengesahan akan dihantar menerusi alamat emel yang didaftarkan.

Senarai Negeri Yang Disokong: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang

Muat-Turun : Aplikasi MYEG Untuk Android
Rujukan lebih lanjut layari : Portal MYEG


PayHalal

Sebagai pilihan lain, portal PayHalal juga adalah saluran yang menawarkan sistem pembayaran dalam talian yang dibina bagi memenuhi keperluan transaksi patuh syariah buat pengguna. Untuk pengetahuan anda, portal PayHalal boleh dikatakan lebih memudahkan pengguna berbanding yang lain. Hal ini kerana, tiada sebarang pendaftaran yang diperlukan sebaliknya pengguna hanya perlu melengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan tepat. Ini bagi memastikan proses menjadi lebih mudah dan tiada masalah yang berlaku di lain hari.

zakat-05-950x950.jpg.webp

Selain daripada pembayaran Zakat, pengguna juga boleh mengakses sejumlah perkhidmatan memenuhi standard halalan toyyiban termasuk pembelian pelbagai barang secara atas talian, membuat sebarang pembayaran dan proses pemindahan wang daripada satu akaun ke akaun yang lain.

Senarai Negeri Yang Disokong: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan

Rujukan lebih lanjut layari : Portal PayHalal


SnapNPay

Aplikasi SnapNPay merupakan aplikasi di bawah kelolaan Tulus Digital Sdn Bhd (Tulus Digital). Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk membuat transaksi nirtunai secara dalam talian dengan lebih efisien. Melaluinya, terdapat beberapa kaedah mudah yang disediakan – ini termasuklah imbasan kod QR/ kod bar atau melengkapkan maklumat peribadi secara manual. Difahamkan, pembayaran zakat yang dibuat untuk pihak ketiga perlu disertakan dengan maklumat pihak ketiga.

Zakat-2021-002-950x535.jpg.webp

Selain daripada pembayaran Zakat Fitrah, aplikasi ini turut menyediakan sejumlah kemudahan pembayaran lain. Antaranya seperti – pembayaran pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, pembayaran penguatkuasaan, JMB, PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru), Pembayaran Pendidikan, Pembayaran Perubatan, Kedai, i-Sedekah, Waqaf dan banyak lagi. Pembayaran yang berjaya akan tersenarai di bahagian transaksi – yang mana ia juga akan disambungkan terus ke aplikasi Tulus.

SnapNPay-Zakat-001-950x684.jpg.webp

Untuk mengaksesnya juga mudah. Aplikasi ini tersedia secara percuma untuk semua pengguna Android dan iPhone. Jadinya, pengguna perlu memuat-turun terlebih dahulu menerusi Google Play Store dan AppStore. Kemudian, lengkapkan juga pendaftaran akaun bagi meneruskan proses pembayaran. Untuk makluman, negeri yang menyokong aplikasi ini tidak semuanya akan tersedia pada aplikasi Tulus. Jadinya, rasanya lebih baik untuk anda membuat semakan dengan lebih terperinci.

Senarai Negeri Yang Disokong: Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Terengganu, Perak, Penang dan Perlis.

Muat-Turun : Aplikasi SnapNPay Untuk Android
Muat-Turun : Aplikasi SnapNPay Untuk iPhone
Rujukan lebih lanjut layari : Aplikasi SnapNPay


Shopee

Selain daripada sering menjadi ‘lubuk’ membeli-belah, aplikasi Shopee juga merupakan platform yang menyediakan kemudahan kepada orang awam untuk membuat pembayaran zakat. Melaluinya, Shopee telah bekerjasama dengan beberapa institusi zakat tempatan untuk penawaran ini. Buat masa ini, aplikasi Zakat Shopee hanya menyokong sebanyak 3 negeri terlebih dahulu. Ia kemudiannya akan diperluaskan lagi ke lebih banyak negeri kelak.

Shopee Stories

Untuk mengaksesnya mudah sahaja. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Shopee menerusi Google PlayStore dan Apple AppStore terlebih dahulu. Kemudiannya, ciri Shopee Zakat ini boleh dijumpai pada pautan ‘Deals, Top-Ups & Bills’ pada papan muka utama aplikasi. Melaluinya, Shopee menawarkan dua jenis pembayaran Zakat iaitu Zakat Fitrah atau Zakat Harta. Untuk pembayaran Zakat Fitrah, ia boleh diteruskan dengan klik pada pautan ‘Zakat Fitrah’ kemudian mengisi segala butiran yang diperlukan.

Shopee-Zakat-001-950x407.jpg.webp

Resit pengesahan untuk transaksi yang berjaya akan diberikan menerusi aplikasi. Segala pertanyaan berkaitan pengecualian cukai, pengguna dinasihatkan untuk berhubung dengan Institusi Zakat masing-masing. Selain membayar Zakat, pengguna juga diberikan peluang untuk menderma kepada pihak yang memerlukan menerusi aplikasi berkenaan – menerusi ciri Donation dan Raya Donation.

Senarai Negeri Yang Disokong: Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Sabah

Muat-Turun : Aplikasi Shopee Untuk Iphone
Muat-Turun : Aplikasi Shopee Untuk Android
Rujukan lebih lanjut layari : Shopee



Tulus

Mula diperkenalkan pada tahun ini, aplikasi Tulus juga dibangunkan oleh Tulus Digital Sdn Bhd (Tulus Digital). Pengenalannya di sini sekaligus menambah lagi jumlah kemudahan pembayaran secara digital kepada pengguna tanpa mengira masa dan lokasi.

Zakat-2021-950x535.jpg.webp

Aplikasi Tulus menyediakan beberapa kaedah mudah untuk pengguna membuat pembayaran. Ini termasuklah – imbasan kod QR atau langkah manual yang memerlukan pengguna untuk mengisi segala maklumat peribadi yang diperlukan. Tidak terhad kepada Zakat Fitrah sahaja, aplikasi ini juga menyediakan sejumlah kemudahan lain termasuk Wakaf, Sedekah (derma) dan Infaq.

Tulus-Zakat-002-950x405.jpg.webp

Untuk mengakses aplikasi ini mudah sahaja. Pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi terlebih dahulu menerusi Google PlayStore atau Apple AppStore. Seterusnya, lengkapkan pendaftaran akaun bagi meneruskan urusan pembayaran. Pendaftaran juga boleh dibuat hanya menggunakan akaun GMail. Bukti pembayaran yang berjaya akan disenaraikan di bahagian transaksi pada aplikasi berkenaan. Ketersediaan aplikasi adalah percuma untuk semua pengguna.

Senarai Negeri Yang Disokong: Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Terengganu, Pulau Pinang, Perlis dan Pahang.

Muat-Turun : Aplikasi Tulus Untuk Android
Muat-Turun : Aplikasi Tulus Untuk iPhone
Rujukan lebih lanjut layari : Tulus Digital



Perbankan Internet / Ejen Bank Terpilih

Orang ramai juga membuat pembayaran zakat secara atas talian melalui sejumlah bank terpilih yang berdaftar. Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pengguna yang mempunyai akaun simpanan atau semasa dengan agen kutipan yang mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan Internet. Antaranya termasuklah Maybank2U, CIMB, Bank Islam, Bank Muamalat dan sebagainya. Untuk lebih lanjut, sila semak dengan institusi zakat negeri masing-masing.


Portal Rasmi Pusat Pungutan Zakat Negeri Di Malaysia

Untuk rujukan bersama, kami turut senaraikan portal rasmi pusat pungutan Zakat negeri di Malaysia. Bagi yang lebih selesa membuat pembayaran secara terus menerusi portal rasmi institusi Zakat negeri masing-masing. Atau mungkin mempunyai sebarang pertanyaan lebih lanjut yang memerlukan rujukan rasmi. Boleh rujuk pautan yang disenaraikan di bawah:

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,446
Reaction score
3,988
Points
236
Shopee Kutip Lebih RM200,000 Zakat Fitrah

07.05.2021 - Kuala Lumpur, Platform e-dagang Shopee telah bekerjasama dengan tiga institusi zakat iaitu Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) serta Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sempena bulan Ramadan ini. Sehingga kini, kerjasama tersebut telah berjaya menarik lebih 10,000 pengguna dalam kalangan umat Islam membayar zakat fitrah secara dalam talian menerusi platform itu.

Pengarah Urusan Serantaunya Ian Ho berkata jumlah pembayaran yang direkodkan bagi tempoh 12 April hingga kini ialah kira-kira RM200,000.

"Selain memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah, platform kami (Shopee) tidak mengenakan sebarang bayaran perkhidmatan kepada pelanggan. Para pengguna hanya perlu memilih pembayaran zakat melalui ‘Deals, Top-ups & Bills’ dalam aplikasi Shopee dan ikuti langkah-langkah mudah yang diberikan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga menyasarkan untuk menjalin kerjasama dengan semua institusi zakat di seluruh negara pada masa hadapan. Ho berkata Shopee akan terus berusaha meningkatkan komitmen memudahkan umat Islam khususnya bagi menunaikan zakat fitrah untuk disalurkan kepada golongan memerlukan lebih-lebih lagi ketika negara berdepan ancaman pandemik COVID-19.

Pengguna setia Shopee Nur Hazwani Ishak pula berkata beliau memanfaatkan kemudahan itu tahun ini memandangkan ia memudahkan pengguna kerana dapat membayar zakat fitrah pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi platform e-dagang tersebut.

“Pengguna tidak perlu risau, proses pembayaran adalah sama seperti kaedah bersemuka. Ia mudah, hanya masukkan jumlah zakat fitrah yang ingin dibayar dan akan ada 'pop-up' niat menunaikan zakat sebelum meneruskan transaksi,” katanya.

Hazwani juga memaklumkan bahawa beliau menerima resit transaksi daripada institusi zakat sejurus membuat pembayaran.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1959861
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register