BTC USD 38,912.1 Gold USD 1,874.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Makluman Perlaksanaan Pengutipan Zakat Fitrah 1441H/2020M (PKP-MCO)

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,414
Reaction score
2,831
Points
206
alhamdulillah, 1st time den byr zakat fitrah online ekekekeke

sonang jugak eh

biaso poie masjid/surau terdekat ajo & salam dgn imam/amil byr zkt rm63 utk 9 orang, den+isteri+anak7org

Bayar online zakat selangor memang takde resit ke?
 
Sponsored Post

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,892
Reaction score
662
Points
126
Atas permintaan ramai, kaunter fitrah kini dibuka di masjid atau rumah imam kawasan tertentu. Sila hubungi tok imam atau ketua kampung qariah tempat anda tinggal.

e-fitrah online kemudahan untuk satu golongan, kesusahan untuk golongan yang lain pula.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
298,670
Reaction score
12,787
Points
2,376

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
27,446
Reaction score
2,041
Points
206
grab2020-960x1275.jpg.webp

AGENSISELANGOR

Kempen Zakat On Grab galak pemandu mencarum
by Sheeda FathilJun 10, 2020 11:39 am

SHAH ALAM, 10 JUN: Lembaga Zakat Selangor menganjurkan kempen Zakat On Grab mulai 1 Jun hingga 30 September ini khusus untuk pemandu syarikat e-panggilan yang belum mencarum di agensi itu.

Ketua divisyen komunikasi korporatnya berkata sehingga Februari lalu, seramai 549 pemandu mencarum pendapatan mereka secara bulanan dengan LZS.

“Justeru, kami mengalu-alukan lebih ramai pemandu e-panggilan untuk menyertai kempen ini sekali gus berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik,” kata Datin Norajun Ainun Mohd Hashim kepada SelangorKini hari ini.

Pendaftaran boleh dibuat dengan melayari
grab.com/my/blog/driver/car/menjadikan-sumbangan-zakat-lebih-mudah/
atau https://zakatselangor.com.my/promosi dan imbas kod QR.

Pemandu bertuah akan menerima hadiah utama telefon pintar, jam pintar (hadiah kedua) dan kad hadiah petrol bernilai RM100 (sagu hati).

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,446
Reaction score
3,988
Points
236
Pandemik Tidak Jejaskan Kutipan Zakat

21.07.2020 - Kuala Lumpur, Pandemik yang melanda sejak dari awal tahun ini serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu tidak memberi kesan terhadap kutipan zakat oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff berkata, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, agensi itu mengutip zakat sebanyak RM357 juta berbanding RM328.3 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Angka tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak sembilan peratus.

Bagaimanapun menurut Ahmad Shukri, PPZ-MAIWP masih memantau situasi kerana terdapat kemungkinan impak pandemik Covid-19 masih belum dirasai oleh kebanyakan syarikat dalam tempoh enam bulan pertama 2020.

“Kesan PKP masih belum nampak lagi tetapi kami tetap memantau kerana dibimbangi impak tersebut belum dirasai buat masa sekarang.

“Kami akan terus mengajak syarikat-syarikat untuk melaksanakan kewajipan menunaikan zakat.

“Kutipan zakat juga tidak terjejas dan diharapkan prestasi ini berterusan sehingga bulan Disember supaya kita boleh mengagihkan zakat-zakat ini kepada asnaf,” katanya semasa sidang media selepas majlis penyerahan sijil zakat korporat kepada syarikat-syarikat yang telah membuat pembayaran kepada PPZ-MAIWP.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Tambah Ahmad Shukri, PPZ-MAIWP berharap sasaran kutipan zakat sebanyak RM700 juta tahun ini dapat dicapai.

Tahun lepas, PPZ-MAIWP mengutip RM683 juta.

Pada majlis tersebut, sebanyak 11 syarikat korporat telah membuat pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM12.99 juta kepada PPZ-MAIWP

Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/07/21/pandemik-tidak-jejaskan-kutipan-zakat/
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register