BTC USD 61,870.6 Gold USD 1,768.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makkah Metro dapat sentuhan KTMB

Mr.MH

Fun Poster
Joined
Oct 28, 2010
Messages
102
Reaction score
0
Points
10
MAKKAH: "Kereta api Al-Mashaaer" atau Makkah Metro yang akan membawa jemaah haji ke tempat suci pada musim haji ini mendapat sentuhan kepakaran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Seramai 64 kakitangan KTMB terpilih berkhidmat dengan Al Mashaaer Al Mugaddasseh Southern Line, syarikat dari China yang diberi tanggungjawab dalam projek kereta api ini dan stesennya.

Pengurus Kanan Keselamatan dan Persekitaran KTMB, Abdul Mokti Zakaria, berkata kumpulan pertama 10 pegawai dan jurutera membuat penyelidikan dan menyediakan prosedur operasi memulakan tugas pada 8 Ogos lalu dan kumpulan kedua seramai 54 orang tiba 2 November lalu.
Abdul Mokti yang juga ketua misi itu berkata, mereka bertugas dalam bidang kepakaran masing-masing iaitu bahagian operasi, teknikal, keselamatan, latihan serta pengurusan penumpang dan stesen.

"Keenam-enam aspek ini akan menentukan kelicinan operasi kereta api dua landasan ini lebih-lebih lagi kami pengurusan hadapan dan terbabit secara langsung dengan ujian kereta api ini.

"Walaupun pelaksanaan projek dan pembekalan kereta api dilakukan oleh syarikat China, kejayaan misi ini akan menaikkan moral kami," kata beliau kepada pasukan media Tabung Haji (TH) semasa ditemui di stesen kereta api itu di Arafah, dekat sini hari ini.

Katanya, keseluruhan infrastruktur Makkah Metro termasuk sistemnya telah siap dan bersedia beroperasi sepenuhnya kecuali kerja-kerja kecil untuk disiapkan pada 2011.
Katanya, semua kakitangan KTMB akan pulang ke Malaysia selepas musim haji ini dan dijangka datang semula pada Mac tahun depan untuk memberi latihan kepada kakitangan baru Makkah Metro.

Rangkaian kereta api ini mampu membawa 70,000 jemaah haji dalam tempoh sejam menggunakan 12 gerabak yang boleh memuatkan 3,000 orang termasuk tempat duduk bagi warga emas.

Perkhidmatan itu khusus bagi membawa jemaah haji warga Arab Saudi dari sembilan stesen melalui Arafah, Mina dan Muzdalifah sejauh 18.5 kilometer dijangka mengurangkan jumlah kenderaan sehingga 30,000 buah.

Setiap stesen dibahagikan kepada dua terminal dan mempunyai 16 lif yang boleh memuatkan 50 orang. Ia juga mempunyai enam laluan pejalan kaki bagi mengelak kesesakan.

Kereta api ini boleh mengangkut 750,000 jemaah haji secara berulang alik dengan kelajuan antara 80 dan 120 kilometer sejam. - BERNAMA
 

CG Sponsors




Top
Log in Register