soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,223
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,223
- Reaction score
- 4,128
- Points
- 661
- Awards
- 1
Arena permainan video untuk telefon pintar semakin hari semakin rancak. Menariknya, beberapa game popular yang pada asalnya untuk platform PC akhirnya ditawarkan buat telefon pintar.
Sebagai contoh, PUBG, Fortnite, Wild Rift (League of Legends), Call of Duty serta Apex Legends sudah ditawarkan di telefon pintar. Malah, ia menerima sambutan agak baik daripada peminat.
Terbaru, Activision rasmi mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan bergenre Battle Royale Warzone khusus untuk platform mudah alih telefon pintar.
"This large-scale, battle royale experience is being built natively for mobile with cutting-edge technology designed to entertain gamers around the world for many years to come"
Berdasarkan kenyataan yang dibuat, ia boleh digambarkan bahawa versi mobile ini nanti mirip apa yang dilakukan EA menerusi Apex Legends Mobile.
Bermakna, Call of Duty: Warzone Mobile ini bakal menerima feel seperti PC atau konsol tetapi ia dibangunkan khusus untuk telefon.
Walau bagaimanapun, berkemungkinan game tersebut lambat lagi akan dilancarkan memandangkan Activision kini sedang giat mencari pasukan baharu dalam pembangunannya.