BTC USD 38,798.4 Gold USD 1,874.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Makin ramai tak puasa sejak ada servis food delivery

Makin byk kaki ponteng posa sejak ada food delivery

  • setuju

    Votes: 5 12.5%
  • tak setuju

    Votes: 19 47.5%
  • entah tak pasti

    Votes: 16 40.0%

  • Total voters
    40

thehornbill

Junior Member
Joined
Dec 31, 2020
Messages
80
Reaction score
4
Points
11
Malaikat tak buat keje la tu
Ada saki baki setan masih terlepas
heheh

puasa ni antara diri dgn tuhan
Usah diributkan org yg tak puasa tu lantak dia laaa
Dia ada reason dia
Bukan sengaja
Kita tak tau masalah sebenar
Hina malaikat lagi
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,399
Reaction score
2,388
Points
201
Dah lama perati @akudotcom ni suka bagi komen kontroversi. Macam tak pikir je sebelum taip. Siap hina malaikat tuh. Pandai pandai la nilai sendiri
Malaikat setan tu sifat2 manusia lerr
Hadoiiii
Hina mende nya
Pemahaman sendiri pun kelaut
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,399
Reaction score
2,388
Points
201

Pihak berkuasa awasi ‘geng plastik hitam’​

KUANTAN – Tanah perkuburan bukan Islam dan ladang kelapa sawit antara lokasi terbaharu yang dikesan digunakan oleh kaki-kaki ponteng puasa di negara ini untuk melepaskan nafsu makan mereka di siang hari pada bulan Ramadan.

Selain dua lokasi itu, beberapa kawasan popular lain turut digunakan oleh ‘geng plastik hitam’ ini antaranya kedai snuker dan kawasan perindustrian.

Lebih membimbangkan apabila ada kalangan umat Islam menjadikan kedai-kedai makan dan kedai runcit bukan Islam sebagai ‘transit’ untuk makan di siang hari.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Dr. Zulkifli Ali berkata, pihaknya telah mengenal pasti kaedah dan lokasi tumpuan geng plastik hitam di negeri ini dalam usaha membanteras sikap culas umat Islam yang suka ponteng puasa.

Lead-tanah-perkuburan.jpeg
Kawasan jirat Cina dikenal pasti menjadi antara lokasi kegemaran kaki ponteng puasa di Kuala Terengganu. – Gambar Hiasan
“Antara tempat lain yang dikenal pasti menjadi tumpuan kaki ponteng puasa adalah di kantin kilang papan, kedai snuker, kawasan perindustrian, kedai makan bukan Islam dan kedai-kedai yang membuka pintu belakang.

“Pihak JAIP akan terus melakukan pemantauan mereka yang didapati tidak menghormati bulan Ramadan seperti makan dan minum secara terbuka,” katanya di sini semalam.

Di Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengenal pasti 30 lokasi panas di negeri itu yang menjadi tumpuan kaki ponteng puasa.

Jurucakap JHEAT berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya sebelum ini, lokasi panas bukan tertumpu di kedai makan, restoran dan gerai malah tanah perkuburan bukan Islam.

“Kita akan menggerakkan anggota penguat kuasa JHEAT untuk membuat pemantauan.

“Selain itu, peniaga makanan di Terengganu juga dilarang untuk membuka operasi sebelum pukul 3 petang,” katanya.

2nd-penghantar-makanan.jpg
PERKHIDMATAN penghantaran makanan semakin popular dan mendapat permintaan tinggi pada bulan Ramadan. – Gambar Hiasan
Di Kedah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) mengenal pasti 71 lokasi tumpuan kaki ponteng puasa termasuk peniaga yang menjual makanan berbungkus dari but kereta.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JHEAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib memberitahu, ada premis termasuklah kedai bukan Islam yang didapati menjual lauk yang diletakkan oleh peniaga Islam.

“Selain itu, ada juga kedai makan yang nampak tutup tetapi sebenarnya membuka pintu belakang premis untuk menerima pelanggan tetapnya,” katanya.

Di Johor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak merancang meneruskan tradisi mengangkut umat Islam yang tidak berpuasa dengan menggunakan van jenazah pada Ramadan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanti berkata, langkah itu diambil bagi menjaga aib mereka yang ditangkap tidak berpuasa.

Katanya, pihaknya bagaimanapun sudah mengenal pasti kedai-kedai yang sering dijadikan ‘port’ untuk kumpulan ini.

“Bagaimanapun, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap umat islam yang ditangkap kerana tidak berpuasa.

“Bagi kawasan Johor Bahru dan Kulai, 15 ‘port’ beli makanan telah dikenal pasti, termasuk restoran atau kedai makan yang berselindung atau guna pintu belakang,” jelasnya.

Di Kuala Lumpur, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dikerah untuk memantau dan membanteras aktiviti geng plastik hitam sepanjang Ramadan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pemantauan akan dilakukan secara berkala mengikut jadual ditetapkan.
 

cak cibo

Active Member
Joined
Apr 18, 2018
Messages
1,196
Reaction score
657
Points
81
Saya tak pernah ponteng posa sejak baliq..Alhamdullillah..tapi saya memang antara yg selalu beli makanan tak kira pagi petang Ramadhan. :)

Walau Ramadhan...masa ada anak kecik..nak kena bagi breakfirst, lunch dll.
Wife uzur, anak perempuan uzuq...kesian nak biar diaorg lapaq!
Memamg mati diorg malu nak p beli sendiri.

So..saya mmg biasa je masuk kedai mamak...dan mamak tu pun sama sama jemaah masjid kami jugak. Dia siap berjubah lagi jalan ke masjid tiao masuk waktu.

Memang kami ada understanding.
..tak payah grab.
Tapi kadang2 anak saya melawak juga kata abah dia geng plastik hitam.
 

afshaman

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2013
Messages
3,253
Reaction score
363
Points
51
aku pernah berada di london kejap dulu2..
waktu tu subuh jam 9 ..buka puasa jam 2pm ..pun ramai je yg tak puasa ..haha..
takleh byg lau kena time summer, 3-4 pagi dh cerah, 9-10 malam baru gelap..
tgk manusia jugak la kan...kalau iman tu mmg tak kuat...duk la ceruk mana pun...mmg takkan puasa
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,399
Reaction score
2,388
Points
201
Pot plastik itam di kenal pasti
 

japari

Junior Member
Joined
Jun 23, 2010
Messages
52
Reaction score
2
Points
11
ini geng plastik hitam....yak yak yeay...yak yak yeay....yak yak yeay
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,399
Reaction score
2,388
Points
201
Takde keje si jakim ni
Keje mengintip mengintai skodeng
Pastu pos gambo dlm berita burukkan org islam
Syabasss 👍👍
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register