akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,556
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,556
- Reaction score
- 6,646
- Points
- 881
- Awards
- 1
Maki polis di TikTok, lelaki warga asing positif dadah ditahan
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing disyaki mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun polis menerusi satu hantaran TikTok, ditahan di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata lelaki berusia 30-an itu, diberkas berhampiran Jalan Pandan 2/3 Pandan Jaya, Ampang di sini kira-kira 7 petang, dua jam selepas dikesan membuat hantaran berkenaan.
Beliau berkata polis mengesan video TikTok berdurasi 45 saat yang dimuat naik melalui akaun ‘theintheinzaw403’, untuk memburukkan polis dan mendapat 160,000 tontonan pada 5 petang semalam.
“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata perintah reman selama empat hari hingga 1 Nov ini diperoleh pihaknya ke atas lelaki itu untuk siasatan lanjut, yang dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan kecederaan pada pihak polis ketika tangkapan hendak dilaksanakan.
Selain itu, beliau berkata suspek juga disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.