Maki hamun lagi anggota polis...

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,847
Reaction score
138
Points
33
SUSPEK yang ditahan. FOTO ihsan PDRM


Petaling Jaya: Tindakan seorang pembuli jalan memaki hamun anggota polis di depan hentian bas Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, di sini, mengundang padah apabila ditahan, semalam.

Dalam kejadian 3.20 petang, kereta Proton Saga dinaiki suspek berusia 52 tahun dikatakan menghimpit Perodua Myvi mangsa yang membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat Palm Spring, Kota Damansara dan enggan memberi laluan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, selepas membuat pusingan U, mangsa berusia 34 tahun mendapati kereta suspek terus mengekori kenderaannya.

Menurutnya, kereta suspek tiba-tiba memotong lalu berhenti di depan kereta mangsa menyebabkan anggota polis berkenaan turut berhenti di depan hentian bas terbabit.

"Suspek kemudian turun dari keretanya lalu memarahi mangsa menggunakan kata-kata kesat.

"Ketika suspek berada di balai polis, dia enggan memberikan kerjasama kepada pegawai penyiasat yang cuba menerangkan sebab lelaki terbabit perlu ditahan.

"Malah, suspek menjerit dan memarahi pegawai penyiasat berulang kali walaupun diminta bertenang selain merampas salinan laporan polis yang dipegang pegawai penyiasat itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek kemudian direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967.


== hmetro
 
Sponsored Post

juhan

Active+ Member
Joined
Mar 30, 2010
Messages
4,046
Reaction score
575
Points
81
Mejoriti sepet mmg peel mcm ni
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,104
Reaction score
114
Points
43
adakah awal2 tu dia x tau org tu anggota polis?
 

juhan

Active+ Member
Joined
Mar 30, 2010
Messages
4,046
Reaction score
575
Points
81
Teruk peel. Kat dlm balai pun berani buat hal.
 

lats840

Active Member
Joined
Mar 15, 2009
Messages
2,090
Reaction score
222
Points
43
Siapa tu????
Hehheehe....

Tkpe, nnti ade melayu back up....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register