BTC USD 42,855.0 Gold USD 1,759.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makhluk asing golongan kaya angkasa, datang ‘melancong’ ke Bumi

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,124
Reaction score
2,780
Points
201
Makhluk asing golongan kaya angkasa, datang ‘melancong’ ke Bumi


Makhluk asing didakwa golongan kaya penduduk angkasa lepas, datang melancong ke Bumi. - Google
LONDON – Keghairahan dua manusia terkaya di dunia, Sir Richard Branson dan Jeff Bezos melakukan pengembaraan ke angkasa lepas mencetuskan satu teori melucukan dalam kalangan pengguna media sosial.

Menurut laporan akhbar Daily Star UK, semalam, seorang pengguna Facebook bernama Molly Elizabeth mencadangkan kemungkinan makhluk asing adalah individu kaya dari planet lain yang datang bersiar-siar di Bumi.

“Lihat sahaja di dunia kita, orang paling kaya sibuk melancong ke angkasa lepas berbanding gunakan kekayaan mereka untuk membina hospital atau sebagainya.

“Mungkin makhluk asing yang singgah ke Bumi juga bilionair seperti mereka, datang melancong ke Bumi kerana terlalu banyak masa dan kekayaan untuk dihabiskan?,” tulis Elizabeth.

Teori wanita itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen yang menyokong kenyataannya sambil menokok tambah dengan pelbagai kemungkinan lain.

Ada yang berkata makhluk asing yang mendarat di Bumi dan berinteraksi dengan manusia di sini adalah golongan kurang berada sebenarnya.

“Kalau saya ialah makhluk asing yang kaya raya, lebih baik saya meneroka dimensi lain.

“Datang ‘menjenguk’ Bumi hanyalah untuk makhluk asing yang miskin dan tidak mampu terbang ke dimensi baharu,” komen seorang netizen.

Pada minggu lalu, media sosial dikecohkan dengan teori bahawa pengasas laman beli belah online Amazon, Bezos sudah digantikan dengan makhluk asing dalam perjalanan pulang ke Bumi daripada pelancongan angkasa lepasnya. – Agensi
 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
May 29, 2008
Messages
16,187
Reaction score
5,932
Points
321
First sekali aku nak taw..
Klo boleh kita tanya puak2 alien ni..

Bumi leper atau bumi tidak sfera sepenuhnya ?

In Aliens We Trust
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,435
Reaction score
21,618
Points
1,671
Petition xnk founder amazon ni balik ke bumi. Dorg kata bezos ni knight templar, freemason la geng bumi bulat la
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,124
Reaction score
2,780
Points
201
Makhluk asing hantar mesej rahsia menerusi bintang

LONDON – Seorang ahli kuantum fizik dari Kolej Imperial London berkata makhluk asing mungkin menggunakan cahaya bintang untuk menghantar mesej dari angkasa lepas, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Terry Rudolph membuat teori bahawa makhluk asing yang ‘paranoid’ sedang memanfaatkan kuasa foton daripada keterikatan kuantum daripada pelbagai jenis bintang untuk menghantar mesej rahsia.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), fenomena keterikatan kuantum berlaku apabila zarah cahaya yang dihubungkan saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Jenis komunikasi tersebut boleh dijana menerusi prinsip yang tidak dapat dilihat oleh mereka yang tidak terlibat dalam perbualan itu.

Cahaya yang sudah diubah oleh makhluk asing itu mungkin akan kelihatan seperti kerlipan bintang di langit.

Teori tentang ikatan kuantum bukanlah sesuatu yang baharu kerana idea tentangnya sebelum ini pernah ditolak oleh Albert Einstein yang menganggap perkara itu sebagai sekadar perbuatan menakut-nakutkan.

Namun, sejak beberapa dekad lalu, saintis telah menyiasat kemungkinan tersebut dan mengatakan ia sesuatu yang tidak mustahil.

Keterikatan boleh berlaku apabila cahaya laser ditembak melalui kristal yang mengakibatkan foton individu berpecah dan membentuk pasangan foton terikat yang dapat dipisahkan dengan jarak yang jauh.

Oleh itu, satu peradaban yang cukup maju dapat melakukan pengukuran kuantum bagi bilangan foton terhadap mod cahaya yang sesuai dipancarkan daripada bintang dengan cara keterikatan skala besar yang diagihkan daripada penyebaran ruang bebas cahaya menerusi angkasa lepas. -Agensi
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register