BTC USD 48,025.4 Gold USD 1,754.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Makanan tingkatkan jumlah sperma

notrexdame

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
Makanan tingkatkan jumlah sperma
Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras
[email protected]
SAYA musykil apakah ada makanan tertentu yang boleh diambil bagi meningkatkan jumlah sperma? Bagaimana jika kita mahu mendapatkan sperma bermutu?

Cik Lan

Bangi



MENGIKUT pandangan dan kajian pakar pemakanan Barat, ada beberapa jenis makanan, vitamin dan mineral yang boleh meningkatkan mutu sperma. Bahan yang mengandungi antioxidant ini boleh mengelak kerosakan sperma.

Mutu sperma juga banyak dipengaruhi makanan yang mengandungi antioxidant. Ini berdasarkan kajian yang menunjukkan lelaki yang kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kualiti dan motiliti sperma rendah.

Antioxidant glutahatione dan crypthoxanthin banyak didapati dalam sayur-sayuran hijau dan tomato. Pengambilan zink ,asid folic, chromium, selenium dan coenzyme Q10 juga dikatakan membantu meningkat mutu sperma. Selain itu, pengambilan vitamin C, E dan vitamin B Kompleks boleh membantu.

Saudara juga perlu mengelak dari mengambil minuman mengandungi kafein kerana ia boleh mengurangkan mutu sperma. Amalkan cara hidup sihat seperti bersenam , kurangkan berat badan dan tidak menghisap rokok.

Selain itu, jangan pakai seluar dalam ketat kerana ini boleh meningkatkan suhu dalam buah zakar dan menjejaskan penghasilan sperma.

Bagaimanapun, jika saudara menghadapi masalah kesuburan atau mempunyai kandungan sperma rendah, saudara perlu terlebih dulu berjumpa doktor pakar. Ini kerana ada beberapa masalah urologi yang boleh menyebabkan kemandulan. Ini termasuk masalah varicocele yang boleh dirawat dengan cara pembedahan.

Anda musykil atau bimbang masalah kesihatan boleh menjejaskan kelakian diri? Dr Zulkifli akan memberi pandangan dan membantu menyelesaikan masalah anda. Hantarkan soalan kepada Pengelola Ruangan Tanya Doktor, XY - Ikon Lelaki, Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel [email protected].
 
Sponsored Post

m.k.a

Fun Poster
Joined
Oct 28, 2008
Messages
518
Reaction score
0
Points
10
makanan tingkatkan jumlah sperma
bersama pakar urologi prof madya dr zulkifli md zainuddin, ketua unit urologi, pusat perubatan ukm, cheras
[email protected]
saya musykil apakah ada makanan tertentu yang boleh diambil bagi meningkatkan jumlah sperma? Bagaimana jika kita mahu mendapatkan sperma bermutu?

Cik lan

bangi



mengikut pandangan dan kajian pakar pemakanan barat, ada beberapa jenis makanan, vitamin dan mineral yang boleh meningkatkan mutu sperma. Bahan yang mengandungi antioxidant ini boleh mengelak kerosakan sperma.

Mutu sperma juga banyak dipengaruhi makanan yang mengandungi antioxidant. Ini berdasarkan kajian yang menunjukkan lelaki yang kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kualiti dan motiliti sperma rendah.

Antioxidant glutahatione dan crypthoxanthin banyak didapati dalam sayur-sayuran hijau dan tomato. Pengambilan zink ,asid folic, chromium, selenium dan coenzyme q10 juga dikatakan membantu meningkat mutu sperma. Selain itu, pengambilan vitamin c, e dan vitamin b kompleks boleh membantu.

Saudara juga perlu mengelak dari mengambil minuman mengandungi kafein kerana ia boleh mengurangkan mutu sperma. Amalkan cara hidup sihat seperti bersenam , kurangkan berat badan dan tidak menghisap rokok.

selain itu, jangan pakai seluar dalam ketat kerana ini boleh meningkatkan suhu dalam buah zakar dan menjejaskan penghasilan sperma.

bagaimanapun, jika saudara menghadapi masalah kesuburan atau mempunyai kandungan sperma rendah, saudara perlu terlebih dulu berjumpa doktor pakar. Ini kerana ada beberapa masalah urologi yang boleh menyebabkan kemandulan. Ini termasuk masalah varicocele yang boleh dirawat dengan cara pembedahan.

Anda musykil atau bimbang masalah kesihatan boleh menjejaskan kelakian diri? Dr zulkifli akan memberi pandangan dan membantu menyelesaikan masalah anda. Hantarkan soalan kepada pengelola ruangan tanya doktor, xy - ikon lelaki, berita harian sdn bhd (bhsb), balai berita, 31, jalan riong, 59100 kuala lumpur atau e-mel [email protected].



:d:d:d:d:d
 

fazarudin

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,989
Reaction score
258
Points
136
camne nak tahu sperma banyak ?... dlm kuantiti cair ke pekat ?..ekekkekeke
 

ratusanRM

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,690
Reaction score
361
Points
131
banyakkan makan bawang :D:D:D:D
 

kancil biru

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2008
Messages
11,641
Reaction score
1,099
Points
191
camne nak tahu sperma banyak ?... dlm kuantiti cair ke pekat ?..ekekkekeke

cair atau pekat tidak menjamin ada sperma... sperma hanya wujud bila suhu dan pemakanan kita seimbang dan ia bergantung pada penghasilan hormon dalam badan kita... banyakkan makan sayur
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register