Makanan percuma untuk pelajar sekolah mulai 2020 - Dr Maszlee

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
265,013
Reaction score
8,923
Points
2,226


Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (kiri) bersama Abd Hamid Md Isa (tengah) ketika mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok. - NSTP/Amran Hamid

MERBOK: Kementerian Pendidikan akan memastikan setiap pelajar yang hadir ke sekolah pada tahun hadapan akan menikmati makanan percuma sebelum sesi pembelajaran bermula.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata langkah itu dibuat kerana di sebalik makanan percuma itu, berlaku perkara penting iaitu proses pendidikan sivik dan disiplin dapat diterapkan dalam kalangan pelajar.

“Kita bukan sahaja memberi makanan berkhasiat dalam membentuk generasi baharu yang sihat, malah mendidik anak-anak mengenai sivik dan disiplin.

“Sebelum makan basuh tangan, lepas makan kena kemas. Mereka semua ini akan makan bersama guru,” katanya ketika ditemui selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbok di sini, hari ini.

Ditanya sama ada pelajar dari keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) sahaja yang akan diberikan makanan percuma, Maszlee menjelaskan makanan itu untuk semua pelajar.

“Semua pelajar akan dapat. Pelajar sesi pagi akan menikmati sarapan, begitu juga pelajar sesi petang,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada SMK Tanjung Adang di Johor akan ditutup sementara berikutan sekolah itu berdekatan kawasan kebakaran hutan, beliau berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu.

“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ada sebelum mengambil apa-apa tindakan.

“Saya akan menghubungi mereka untuk bertanya situasi terkini keadaan di sana. Sehingga pagi tadi, saya belum menerima apa-apa respon daripada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas status yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengenai tinjauan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim yang berangkat ke lokasi hutan di Jalan Tanjung Kupang, dekat Gelang Patah, Johor, pagi tadi.

Tunku Ismail yang turut berangkat melawat SMK Tanjung Adang menitahkan sekolah ditutup sementara demi kesihatan pelajar.


 


Program Sarapan Percuma

Menu mesti ada nutrisi seimbang - Pakar Pemakanan


Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
32,251
Reaction score
1,392
Points
206
wah ni bagus.
teringat masa kecil di tadika kemas hari2 ada makan.

lepas makan boleh main kawin2 di pondok atau main pasir di dalam depoh jkr.
 

Gigahertz CS

Active Member
Joined
Sep 23, 2011
Messages
1,588
Reaction score
133
Points
48
siapa dapat tender kantin mau kaw kaw kena tekan harga
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
11,799
Reaction score
2,318
Points
236
saya xpernah dapat RMT .. bagus la ..

P/S: dinding skolah tu kasi cat la, buruknya berkulat .. ni tgh pandang langit
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
265,013
Reaction score
8,923
Points
2,226
Dulu pernah jugak la rasa makanan RMT ni
Tu pn yg mmbr x nk makan
Semoga adik² makan leklok
X membazir
 

Rizal

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 25, 2008
Messages
12,074
Reaction score
639
Points
191
dulu srnk sekolah dapat rmt..yg ni utk semua pelajar kot
 

jp59

Fun Poster
Joined
Jul 29, 2018
Messages
670
Reaction score
64
Points
30
(y)(y)(y)
sokong
beruntung laaa cikgu
sek men pun ade jugak ke
 
Sponsored Post
Top
Log in Register