Makan Sebelum & Selepas Senaman

CG Sponsors




forexworld

Active+ Member
Joined
May 12, 2007
Messages
2,944
Reaction score
85
Points
30
Makan Sebelum & Selepas Senaman

Sebelum ini, kamu mungkin pernah mengalami kesakitan gara-gara salah makan sebelum membuat senaman.
Jadi semak info di bawah untuk mengetahui apa yang harus kamu lakukan jika kamu makan sebelum dan
selepas bersenam
.


=>Makan sebelum latihan akan mengurangkan keupayaan kamu untuk melakukan senaman dengan lebih baik.
Manakala makan terlalu bnayak setelah melakukan senaman pula akan mendatangkan sakit perut dan kekejangan.
Ini disebabkan oleh otot dan system pencernaan berlumba-lumba untuk mencari sumber tenaga dalam badan
.



=>Sebaliknya, tidak mengambil sebarang makanan sebelum bersenam juga boleh mengganggu kesihatan tubuh kamu.
Di mana, jika tidak mengambil sebarang makanan, kadar gula di dalam badan akan berada di tahap yang rendah.
Akibatnya badan akan terasa lemah dan letih
.



=>Jangan lupa sarapan kerana sebahagian besar tenaga dihasilkan oleh sarapan pagi yang kamu ambil.
Jika melakukan senaman satu jam setelah sarapan, disarankan agar ambilkan dalam jumlah yang kecil dan
minumlah sesuatu untuk menaikkan kadar gula dalam darah untuk menambahkan tenaga
.



=>Makanlah tiga jam sebelum melakukan senaman. Pengambilan makanan yang berat sebaiknya diambil tiga atau
empat jam sebelumnya
.



=>Pilih pisang atau yogurt! Dan jangan lewatkan waktu makan.


=>Pulihkan otot setelah melakukan senaman! Disarankan juga agar mengambil makanan yang mengandungi protein
dan karbohidrat yang tinggi sekurang-kurangnya dua jam selepas bersenam
.



Selamat mencuba:)
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register