Makam Jeneral Cao Cao ditemui?

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
BEIJING 28 Dis. - Ahli arkeologi China telah menemui kawasan yang dipercayai makam Cao Cao, jeneral dan pemerintah terkenal China pada abad ketiga, yang kemudian menjadi tokoh cerita rakyat popular yang digambarkan sebagai contoh ahli politik yang licik.

Kompleks makam Cao seluar 740 meter persegi dengan laluan sepanjang 40 meter menuju ke dewan bawah tanah itu, ditemui di Xigaoxue, sebuah perkampungan dekat ibu negeri purba Anyang di wilayah Henan, demikian menurut laporan akhbar China Daily.

Sejarawan berkata, bakat ketenteraan dan politik Cao Cao membolehkannya membina negara terkuat dan paling makmur di utara China semasa zaman Tiga Kerajaan dari 208 hingga 280 masehi semasa China dikuasai tiga pemerintah.

Cao digambarkan sebagai penjahat pintar dan tidak berprinsip dalam opera tradisional Cina dan juga dalam novel sejarah terkemuka China, Romance of The Three Kingdoms.

Dalam ayat yang kononnya pernah dituturkan Cao, dia berkata 'lebih baik saya menyalahkan dunia berbanding dunia menyalahkan saya'.

Malah peribahasa China berbunyi 'bercakap tentang Cao Cao dan Cao Cao datang' adalah serupa dengan kiasan Inggeris 'berbicara tentang iblis'. Cao juga adalah penyajak terkenal.

Dari kompleks makam itu, tulang-tulang milik tiga orang dan lebih 250 barang peninggalan berjaya digali selepas hampir setahun kerja ekskavasi, demikian menurut seorang pegawai arkeologi China.

Tulang-tulang yang ditemui dikenal pasti sebagai milik seorang lelaki berusia 60 tahun dan dua orang wanita, seorang berusia kira-kira 50 tahun dan seorang lagi berusia antara 20 hingga 25 tahun.

Pakar menyatakan bahawa tulang lelaki itu adalah tulang Cao yang meninggal dunia pada usia 65 tahun pada 220, wanita tua itu sebagai maharaninya dan perempuan muda tersebut adalah khadamnya.

Antara tinggalan yang ditemui adalah lukisan batu yang menggambarkan kehidupan sosial Cao ketika itu, tablet batu yang mempunyai inskripsi mengenai objek korban dan barangan peribadi Cao.

Tablet dengan ukiran 'Raja Wu dari Wei', gelaran Cao selepas meninggal dunia, ditemui semula daripada orang yang mencurinya dari makam itu.

"Tablet batu dengan inskripsi merujuk kepada gelaran Cao selepas dia meninggal dunia adalah bukti paling kukuh. Tiada sesiapa yang mempunyai begitu banyak tinggalan merujuk gelaran selepas mati kepada Cao di dalam makam ini selain Cao sendiri," kata pakar arkeologi, Liu Qingzhu dari Akademi Sains Sosial China. - AP
 
Sponsored Post

estacoco

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
7,542
Reaction score
25
Points
70
208 masihi, kamera pun x de lg bro
 
Sponsored Post
Top
Log in Register