'Mak patut minta cerai'

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
MUAR: “Saya setuju mak bercerai dengan ayah,” tegas gadis yang mahu dikenali sebagai Ayu, 18, anak sulung kepada wanita yang ditikam suami di stesen minyak di pekan Pagoh dekat sini, malam Isnin lalu.
Pada masa sama, Ayu turut mendedahkan sikap ayahnya yang panas baran dan kaki botol sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga membuatkan ibunya nekad meminta cerai.

Ayu dan dua adik lelakinya juga pernah menjadi mangsa panas baran lelaki terbabit sehinggakan mereka sering dipukul tanpa sebarang sebab munasabah.

“Memang patut mak minta cerai sebab ayah tak bertanggungjawab, tambahan pula dia sering mabuk hingga kami tiga beradik takut duduk di rumah.


“Lagipun, selama ini mak bekerja kuat mencari nafkah untuk kami sekeluarga sedangkan gaji ayah habis digunakan untuk berjudi dan minum arak,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, semalam.

Katanya, kejadian bermula seminggu lalu apabila ibunya meluahkan hasrat untuk bercerai dengan ayah.

“Sepanjang tempoh itu, ayah selalu bertengkar dengan mak kerana dia tak boleh terima keputusan untuk berpisah,” katanya.

Menurut Ayu, sebelum kejadian, ayahnya tiba-tiba pergi menjemput ibunya pulang dari tempat kerja di sebuah kilang di Pagoh.

“Tiba di pertengahan jalan, ayah memberhentikan kereta di sebuah ladang sawit di Pagoh sebelum menikam mak di pinggang.


“Mak yang sudah cedera pada masa itu memujuk ayah untuk beredar dari ladang berkenaan dan usahanya itu berhasil,” katanya.

Setibanya di pekan Pagoh, wanita berkenaan cuba melarikan diri, namun dia ditikam sekali lagi oleh suaminya pada bahu dan dada.

Mangsa yang cedera bagaimanapun bangun semula tapi rebah kerana kecederaan dialaminya.

Ayu turut menegaskan ibunya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki lain, sebaliknya begitu setia sehingga sanggup tahan dengan sikap ‘gila’ ayah sejak hampir 20 tahun.

“Saya tak mahu masyarakat menuduh mak curang kerana saya dan adik menjadi saksi melihat perangai buruk dia (ayah),” katanya.

Tinjauan Harian Metro di wad terbabit mendapati, mangsa mula menunjukkan tanda pemulihan yang positif tapi masih lemah untuk menceritakan kejadian sebenar kepada wartawan.

Harian Metro semalam melaporkan seorang isteri berusia 37 tahun nyaris maut apabila ditikam suaminya yang juga seorang warga Indonesia berstatus penduduk tetap.

Lelaki terbabit juga turut menikam dirinya selepas menyedari kelakuan itu diperhatikan orang awam.
--
 
Sponsored Post

deqirana

Fun Poster
Joined
Feb 6, 2009
Messages
786
Reaction score
3
Points
15
giloss....memang patut minta cerai...menyusahkan orang jer
 

fauzizul

Legendary Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
11,777
Reaction score
9
Points
120
sedih plk den dengar cite ni....:((
 

KaZuMa_KiRyUu

Fun Poster
Joined
Dec 25, 2008
Messages
612
Reaction score
2
Points
15
ape punyer laki ni.. huh...!!! menjatuhkn maruah kaum laki jer... mmg elok mati dari idup nyusahkn org..
 

KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
16,578
Reaction score
487
Points
131
Mesti lelaki itu dari Madura! Hiks
 

geniusneuro

Banned
Joined
Nov 1, 2008
Messages
19,775
Reaction score
7
Points
115
laki kaki botol... hades... x gune nye laki...

mmg patut mintak cerai je
 

AjuL

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 2, 2009
Messages
9,046
Reaction score
173
Points
73
dayus tol laki dia..
 

aznor59

Active+ Member
Joined
Jul 9, 2009
Messages
2,668
Reaction score
23
Points
25
madura apanyer....malaysia kot..cuma kaki minum n panas baran....

memang patut minta cerai...pompuan kalo dah sayang kan anak2 kebahagian diri sendiri memang tak ambik potnyer...
 

zinedine

Banned
Joined
Jan 11, 2007
Messages
5,741
Reaction score
22
Points
65
Wajib hukumnya mintak cerai. Haram hukumnya kalau lelaki tu masih jadi suami dia.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register