Majoriti yang ketakutan, test market dan sepucuk surat mualaf

CG Sponsors




rizalstudio

Active+ Member
Joined
Jan 8, 2009
Messages
2,663
Reaction score
690
Points
71
(I) SEORANG sahabat menghantar SMS yang berbunyi: ''Mana-mana negara dalam dunia ini kaum majoritilah yang berkuasa, punya hak lebih. Peliknya (di) Malaysia, majoritilah yang ketakutan, sering dipersalah dan ketinggalan. Kenapa?"

Lantas saya menjawab pendek: ''Siapa yang majoriti?"

Dia langsung tidak menjawab balik. Sama ada dia telah mendapat jawapannya, atau pun tidak saya tidak pasti.

Jika dulu mungkin ya majoriti, sekarang tidak lagi. Sekarang puak majoriti sendiri pun sanggup berkata ''Kita berkongsi Allah''. Satu lagi puak separuh-separuh setuju kongsi Allah, takut membuat keputusan. Satu puak lagi tidak setuju, satu puak lagi bermati-matian bersetuju.

Puak majoriti itu yang sekarang sanggup berkongsi Tuhannya, ternyata pandai bermain politik. Malah untuk menguatkan lagi sentimen supaya orang menyokongnya, dia menyalahkan satu puak lain yang masih ada kuasa.

Maka itu, berpecahlah puak majoriti itu menjadi puak-puak yang kecil.

Memang benar kata sahabat yang menghantar SMS itu, di mana-mana negara sekalipun kaum majoritilah yang (sepatutnya) berkuasa atau berkongsi kuasa dengan puak lain, dan puak-puak yang minoriti akan menghormati dan menerima puak majoriti itu.

Tapi oleh kerana senarionya kini telah berubah, puak majoriti yang berpecah-pecah itu tidak lagi dihormati dan diterima sebagai satu majoriti yang kuat.

Orang Melayu dulu ada berkata, ambil semangat lidi kelapa, bersatu teguh bercerai roboh. Tapi kini bilah-bilah lidi sudah terungkai dan berkecai. Tidak boleh dijadikan penyapu lagi.

Oleh sebab itulah nama Tuhan puak majoriti itu pun kini orang mahu berebut. Malah puak majoriti yang berpecah tadi, bersetuju untuk berkongsi Tuhan dengan harapan akan disokong dan diterima oleh satu puak minoriti. Cuba teka siapa puak majoriti itu?

(II) Baca senario ini. Teka siapa jahat, siapa baik?

Tidak semena-mena, isu Allah dibangkitkan oleh satu puak. Semua orang tahu isu itu sungguh sensitif. Dulu orang tak berani bermain dengan isu seperti itu. Kini puak itu cuba test market sejauh mana puak majoriti dapat bertahan dengan permainan itu. Mereka pakat-pakat pergi ke mahkamah untuk test market itu.

Akhirnya, isu itu menyebelahi puak yang test market tadi. Ternyata percubaan puak yang test market itu betul. Bukan semua orang tak sokong mereka.

Yang tidak sokong, ada yang marah-marah dan membaling botol api di sana-sini. Akhbar-akhbar yang menyebelahi kumpulan test market tadi pulun menyiarkan berita-berita puak yang menjadi mangsa itu.

Akhirnya, puak yang menjadi mangsa dan test market itu mendapat simpati, sebaliknya puak yang menentang test market itu pula yang jahat.

Puak yang cari pasal pula yang baik.

Nampak gayanya, test-test market yang lain boleh dibuat lagilah. Kita tunggu apa lagi test market seterusnya.

(III) Semalam saya menerima sepucuk surat dari seorang mualaf yang bernama Puan Siti Suraya Teoh binti Abdullah dari Merbok, Kedah. Di bawah surat itu beliau menandatangani nama asalnya.

Begini bunyinya (yang tidak dipinda):

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya tidak tahu kepada siapa surat ini seharusnya ditujukan, tetapi setidak-tidaknya siarkan di akhbar saudara atau di mana-mana akhbar sekali pun.

Saya sangat mencintai negara Malaysia, bumi saya dilahirkan, dibesarkan dan diIslamkan. Berita terkini ialah Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar gereja katolik - Herald The Catholic Weekly membenarkan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Di sini saya ingin bertanya semua kaum di Malaysia selain dari kaum Bumiputera (Melayu), adakah nenek-moyang anda dilahirkan di Malaysia? Tentu tidakkan? Kenapa anda harus mempertikaikan apa-apa yang ada pada orang Melayu Islam?

Sedarlah andai kata kita dihalau dari Malaysia ke mana kita? Dari apa yang diceritakan oleh ibu saya, nenek dan datuk hidup susah di negara China sebab itulah dia sanggup datang ke sini. Ibu saya selalu berpesan jangan kacau kaum lain asalkan kita dapat cari rezeki dan (tinggal) di negara yang aman.

Seperti mana entah siapa-siapa yang cabar keistimewaan orang Melayu. Nasihat saya ''Hentikanlah."

Maaf ya, saya tidak pandai menulis. Saya sangat mengagumi Tun Dr. Mahathir seperti mana mendiang ayah saya. Saya teramat-amat ingin berjumpa dengan beliau.

Terimalah hakikat kita kaum Cina, India dan kaum-kaum lain kita cuma menumpang di tanah bangsa Melayu. Adakah anda mahu jadi macam bangsa-bangsa lain di negara-negara Barat yang dianggap pendatang?

Setakat ini sahaja yang mampu saya tulis. Terima kasih saudara kerana sudi membaca.

Sekian, terima kasih

Yang Ikhlas,

(Teoh Ching Kim)
 
Sponsored Post

zkry

Super Active Member
Platinum Member
Joined
May 12, 2007
Messages
6,718
Reaction score
109
Points
78
Macam dah baca siang tadi....anyway thanks TT...:D:D
 

kall

Active Member
Joined
Sep 5, 2007
Messages
1,461
Reaction score
71
Points
30
memang menyediah kan biler di kenang nasib bangsaaa
 

rizalstudio

Active+ Member
Joined
Jan 8, 2009
Messages
2,663
Reaction score
690
Points
71
sori... kalo ada dah post cuma aku bengang camna mahkamah boleh lepas... b.o.doh
 
Sponsored Post
Top
Log in Register