BTC USD 34,588.6 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majlis Tahnik : Datuk K, Siti Nurhaliza dan semua jemputan dikenakan kompaun

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,187
Reaction score
13,599
Points
2,376
IMG_20210419_092256_509.jpg

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin [ @ctdk ] selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi tadi.

Menerusi satu kenyataan dalam Instagram rasminya, pihak pengurusan Siti memaklumkan bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

Baca penuh: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-nurhaliza-selamat-lahirkan-bayi-lelaki-293995
 

Datuk K, Siti Nurhaliza kena kompaun RM10,000

siti-tahnik.jpeg


PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing telah dikenakan kompaun RM10,000 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sewaktu majlis tahnik anak kedua mereka awal bulan ini.

Turut dikenakan kompaun ialah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal.

Ketiga-tiga mereka masing-masing dikenakan kompaun RM2,000 seorang.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.


== UTUSAN ONLINE

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,187
Reaction score
13,599
Points
2,376
FB_IMG_1618797817430.jpg

Datuk Seri Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada jam 6.21 pagi tadi.

Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

Sumber : Instagram ctdk
 

playermmc

Active+ Member
Joined
Sep 23, 2009
Messages
2,713
Reaction score
28
Points
40
alhamdulillah xtahu pula dia mengandung
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,187
Reaction score
13,599
Points
2,376

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,494
Reaction score
2,571
Points
201
1618898270977.png


*“Sedihnya Double Standard” Siap Ada Jurugambar Dan Ustaz Di Hospital, Netizen Persoal SOP Melawat Siti Nurhaliza*

Tanggal 19 April 2021 telah menjadi salah satu tarikh bahagia buat Dato Sri Siti Nurhaliza bersama suami dan keluarga.

Dato Sri Siti atau lebih mesra dengan panggilan Tokti telah pun selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram (kg) menerusi kaedah pembedahan.

Kelahiran bayi kedua Tokti itu disambut gembira oleh suami, anak-anak kepada Datuk K, ustaz serta jurugambar dan doktor yang merawat.

Dalam pada itu, ada juga yang terdetik mempersoalkan bagaimana SOP di hospital yang didiami oleh Tokti boleh membenarkan pelawat masuk selain daripada suami kerana kebanyakan hospital tidak akan membenarkan pelawat lebih-lebih lagi untuk wanita yang baru bersalin.

Di atas antara salah satu ciapan yang dimuat naik oleh pengguna di Twitter yang mempersoalkan keadilan dan SOP yang diguna pakai oleh hospital, adakah ia hanya untuk rakyat marhaen dan bukan untuk golongan artis, kayangan, menteri dan sebagainya?

Kita sudah sedia maklum bahawa ketika pandemik Covid-19, hospital kerajaan tidak akan membenarkan pelawat untuk masuk kecuali satu orang penjaga mengikut tahap kronik pesakit.

Sementara hospital swasta pula lebih longgar dan tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan seperti membuat swab test terlebih dahulu sebelum melawat pesakit dan sebagainya.

Menurut sumber, ada yang mengatakan bahawa semua yang terlibat ketika menyambut kelahiran bayi kedua Tokti sudah membuat swab test sebelum melawatnya, jadi tidak ada masalah untuk mereka melawat.

Apa-apapun, daripada kita mengeluarkan kata-kata y CVang tidak baik di bulan Ramadan, lebih baik untuk kita sama-sama hormati dan doakan kesihatan bayi dan Tokti.

========================😎
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,494
Reaction score
2,571
Points
201

Warganet suarakan rasa terkilan lihat majlis tahnik anak Siti​

Dunia maya terus bergelora dengan rasa tidak puas hati orang ramai yang mempertikaikan perjalanan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan.

Sekali lagi membabitkan golongan selebriti dan agamawan, sejak kelmarin gambar-gambar majlis mentahnik anak kedua Siti Nurhaliza Tarudin yang diadakan baru-baru ini.

Menerusi hantaran media sosial penyanyi Siapa Tak Mahu itu itu dapat dilihat majlis tersebut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad, dan tiga penceramah terkenal Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.

Selain tahnik, Siti Nurhaliza dan suaminya Khalid Mohamad Jiwa turut mengadakan majlis akikah dan maulid untuk Muhammad Afwa pada 28 April lalu.

Ketika orang ramai dikekang daripada melakukan perjalanan rentas negeri - termasuk beberapa hantaran tular membabitkan kekecewaan kerana gagal menziarahi ibu bapa yang sakit atau meninggal dunia - apa yang dipaparkan itu cepat mengundang rasa kurang senang.

Misalnya warganet mempertikaikan alasan Zulkifli dan Azhar menghadiri majlis tersebut kerana mereka dikatakan tinggal di luar Selangor atau Kuala Lumpur.

22ffd4a81db62732c3ae450ac691988b.jpg

Pengguna media sosial mempersoalkan ketegasan pihak berkuasa mengenakan larangan dan pengawasan prosidur operasi standard (SOP) ke atas orang kenamaan dan selebriti.

Salah seorang pengguna Twitter @FiqhTabayyun berkata: “Bayangkan Tok Ti, dalam ramai-ramai yang puji doa kelahiran Afwa ni, ada orang yang tertindas, nak jumpa makpak sakit pun tak boleh, doakan yang tak baik kat keluarga Tok Ti, dan bayangkan, doa orang-orang tertindas ni yang makbul. Macam mana?” ciapnya.

Mahu tindakan diambil

Sebelum ini, anak tiri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Ariffin, turut mengundang kontroversi apabila memuat naik gambar serta video menunjukkan suasana penyanyi tersohor tersebut menerima kunjungan ramai tetamu di sebuah hospital swasta di Selangor selepas selamat melahirkan Muhammad Afwa pada 19 April.

Pasangan suami isteri itu kemudian memohon maaf dan memadam hantaran tersebut.

Sementara itu, dalam bebenang ciapan yang sama, terdapat juga warganet yang menegur secara sinis sikap Zulkifli yang dikatakan sering melanggar SOP.

Untuk rekod, Oktober lalu Zulkifli dijangkiti Covid-19 selepas pulang dari Sabah yang ketika itu mengadakan persiapan untuk pilihan raya negeri (PRN). Dia kemudian menghadiri beberapa majlis terbuka selepas itu.

Bagaimanapun bekas mufti Wilayah Persekutuan berkenaan meminta maaf atas kejadian berkenaan.

Senator terbabit juga menjadi sasaran tidak puas hati orang ramai apabila menghadiri majlis pernikahan Neelofa dengan bekas peserta rancangan realiti televisyen PU Riz pada 27 Mac lalu.

Pihak berkuasa sudah mengenakan kompaun kepada pasangan terbabit serta beberapa individu lain yang menghadiri majlis resepsi berkenaan. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Zulkifli adalah antara orang yang dikenakan tindakan berkenaan.

Justeru ada pengguna Twitter mencadangkan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap keluarga Siti Nurhaliza kerana melanggar SOP Covid-19.

Misalnya @BAD_ARSILA yang berkata: “Harap PDRM bolehlah saman tokti dan keluarganya.. sebelum isu tahnik banyak ja event diaorang buat tapi tak ada jugak tindakan.. stalk lah IG (instagram) Tok Ti tu,” ciapnya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi polis dan pihak berkuasa berkaitan berhubung apa yang berlaku itu.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register