Majlis 'perkahwinan' Azwan hanya gimik

CG Sponsors




fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
Teka-teki apakah ‘Majlis Penuh Rahsia’ Azwan Ali kini sudah terjawab. Ternyata majlis perkahwinan yang digembar-gemburkan sebelum ini hanyalah gimik dan ‘propa’ Azwan semata-mata. Mungkin akan ada segelintir pihak yang akan terus mengecam pengacara dan selebriti kontroversi ini, namun hakikatnya, inilah Azwan Ali yang tidak akan ‘mati’ dek kecaman mahupun kritikan sebisa pedang sekalipun.

Bagi Azwan, dia tidak kisah sekiranya dirinya terus dikecam sebagai artis ‘propa’ yang penuh helah dan suka mencari publisiti murahan. Yang penting, dalam usianya yang hampir separuh abad dia masih dihargai dan masih ‘laku’ untuk menjadi jurucakap produk kesihatan, Serai Hijau, keluaran Mombio Cos Manufacturing Sd. Bhd.

Tentang konsep atau tema bagaimana yang ingin diguna pakainya ketika melancarkan ‘hari istimewa’ dan detik yang bersejarahnya dalam hidupnya itu terpulang padanya kerana bagi Azwan dia bukan keseorangan, sebaliknya ada orang lain yang sentiasa menyokong apa sahaja yang akan dilakukannya. Walaupun dengan tema majlis perkahwinan yang pastinya akan mengelirukan orang ramai sekalipun, dia sekalipun tidak ‘getir’ mahupun rasa bersalah kerana itulah Azwan Haji Ali yang ‘propa’!

“Saya tak kisah orang nak kata saya ‘propa’ atau suka cari publisiti sekalipun. Ini adalah majlis saya dan suka hati sayalah nak buat macam mana pun. Saya tak pernah kata yang saya nak kahwin, orang yang buat spekulasi. Saya tahu yang cakap pun bukan semua, adalah dua tiga orang sahaja yang tidak puas dengan ‘Azwan Haji Ali’.

“Apa pun saya bersyukur kerana majlis ini berjaya. Ramai artis yang hadir menyokong saya dan saya tak nampak pun mereka merungut dengan apa yang saya buat. Kami semua gembira di majlis ini dan ia tidak sepatutnya menjadi isu dan saya berbangga kerana di saat usia yang semakin senja ini, saya masih dilamar menjadi jurucakap produk.

“21 tahun sebagai selebriti, sudah bermacam-macam dugaan dan kontroversi yang saya lalui. Daripada ‘digam’ hinggalah dituduh ‘pondan’ sekalipun saya tetap mampu bertahan dalam industri seni ini. Soal kahwin, setakat ini, saya masih solo. Dengan sesiapa saya akan berkahwin saya tak kisah dan saya berserah pada Tuhan,” kata Azwan ketika ‘Majlis Penuh rahsianya’ yang berlangsung di Palace Of Golden Horses, Seri Kembangan, kelmarin.

Majlis yang juga bersempenakan sambutan ulang tahunnya ke-44 yang jatuh pada 13 Februari depan ini juga menyaksikan beberapa perubahan baru dalam karier Azwan. Menurutnya, seiring dengan penglibatannya selama 21 tahun dalam industri seni, dia ingin melakukan penjenamaan semula Azwan Ali.

Dengan membubarkan Azwan Ali Production yang menjadi ‘punca rezekinya’ selama ini, Azwan akan bergerak sendiri dan merencanakan semula kariernya dengan lebih baik. Malah turut berkoloborasi perniagaan fesyen dengan pereka terkenal, Micheal Shu.

Dalam majlis yang penuh ‘gimik’ itu juga, Azwan turut mengumumkan blog miliknya, Silaserazwanali.blogspot.com berjaya tersenarai sebagai blog kegemaran ramai dengan jumlah pelayar yang mencecah 700,000. Selain itu, buku hasil tulisannya ‘Selamat Jalan Dunia Pondan’ juga bakal dipasarkan tidak lama lagi.

Majlis yang mendapat tajaan Palace of the Golden Horses, Mumbio Cos Manufacturing Sdn Bhd, WKY, Izaat Academy, Ika Fancy Production turut dihadiri lebih seratus artis. Antaranya, Diana Danielle, Lisa Surihani, Rabecca, Farawahida, Noraniza Idris, Aleeza Kasim, Azharina, Lufya AF, Nadia AF, Rosma dan Khai. Tidak ketinggalan artis-artis veteran seperti Norlia Ghani, Rosnah Mat aris, Julie Dahlan dan Rosmah Johari.


hehehe dia ni mengada betol la..pukol jugak kang ~X(
 
Sponsored Post

Joe1911

Active Member
Joined
Mar 5, 2009
Messages
1,644
Reaction score
8
Points
25
aku rasa azwan ali ni takkan kahwin... sbb xde pompuan yg suka kat dia sbb dia sotong korita.
 

my.name.is.nad

Legendary Member
Joined
May 12, 2008
Messages
10,496
Reaction score
6
Points
115
ada my mom fwen dia lembut2 gak .. ada 9 org anak.. huhuhuh... then seorang suami and ayah yg bertanggung jwab.. hehe
 

fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
ada my mom fwen dia lembut2 gak .. ada 9 org anak.. huhuhuh... then seorang suami and ayah yg bertanggung jwab.. hehe
lembot tu banyak kategori la cik nad..rasul kita pun dlm tegas ada lembutnya...mcm tu jugak dgn saye..:">:">:">:">:))
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
babap montot azwania alia ni nanti baru tau.
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
amboi..amboi..amboi..selamat tinggal dunia pondan..:)):))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register