BTC USD 27,528.3 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majlis Pemulihan Negara Gagal, Bubarkan Sahaja - Zahid Hamidi

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,607
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,607
Reaction score
27,584
Points
2,836
Awards
2

Majlis Pemulihan Negara gagal, bubarkan sahaja - Zahid Hamidi​

Hakim Rahman
Jun 30, 2022 12:14 MYT

Majlis Pemulihan Negara gagal, bubarkan sahaja - Zahid Hamidi


Ahmad Zahid (gambar) mendakwa MPN hanya platform untuk memberi Muhyiddin peluang bagi menaikkan imej diri sendiri serta parti beliau. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Majlis Pemulihan Negara (MPN) kini sudah tidak berkesan dan bercanggah dengan usaha-usaha terkini kerajaan untuk menangani masalah-masalah rakyat dengan wujudnya Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

Menurut Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kewujudan MPN yang dipengerusikan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dari awal lagi tidak membuahkan hasil dan berfungsi hanya sebagai penasihat kepada kerajaan.

"Bagi saya, Kerajaan Persekutuan perlu sedar bahawa dengan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini, MPN yang dipengerusikan Muhyiddin tidak lagi berkesan, tidak perlu dan bercanggah dengan usaha-usaha terkini kerajaan untuk menangani masalah-masalah rakyat," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau.

BACA: Kabinet tubuh Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi - PM

Katanya fungsi tersebut sebenarnya boleh dan sedang dilakukan oleh badan-badan pemikir berkaliber seperti Khazanah Research Institute (KRI) dan badan-badan pemikir lain yang sekian lama bergiat aktif dalam memberi nasihat serta syor kepada kerajaan.

Malah Presiden UMNO itu turut mendakwa MPN hanyalah platform untuk memberikan Muhyiddin peluang bagi menaikkan imej diri sendiri serta parti beliau.

"MPN Negara sudah gagal. Sudah tiba masanya Kerajaan membubarkan sahaja majlis ini dan memberikan kelapangan kepada kementerian-kementerian dan menteri-menteri daripada melayan dan menghadiri mesyuarat majlis yang tidak berkesan ini.

"Saya ingin menasihati Muhyiddin untuk menggunakan platform berlainan bagi menyumbang idea dan saranan sebagai Mantan Perdana Menteri, seperti menerusi Yayasan Kemimpinan Perdana bersama-sama Tun Dr. Mahathir. Itu lebih elok," katanya.


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,607
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,607
Reaction score
27,584
Points
2,836
Awards
2
IMG_20220702_230212_584.jpg

Majlis Pemulihan Negara (MPN) tidak mempunyai kuasa eksekutif sebagaimana kementerian atau agensi, sebaliknya, hanya memberi perkhidmatan nasihat kepada kerajaan berkaitan pelaksanaan langkah-langkah yang perlu diambil dalam Pelan Pemulihan Negara.

"Kalau ada perkara baharu yang tidak disenaraikan dan penting untuk dilakukan, kita akan maklumkan kepada kerajaan. Oleh itu, saya serahkan kepada rakyat untuk menilai (MPN), kadang-kadang apabila orang politik buat kenyataan, ada muslihat politik," katanya.


#AWANInews
 

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,477
Joined
Jan 12, 2008
Messages
29,477
Reaction score
6,138
Points
481
Awards
1
IMG_20220702_230212_584.jpg

Majlis Pemulihan Negara (MPN) tidak mempunyai kuasa eksekutif sebagaimana kementerian atau agensi, sebaliknya, hanya memberi perkhidmatan nasihat kepada kerajaan berkaitan pelaksanaan langkah-langkah yang perlu diambil dalam Pelan Pemulihan Negara.

"Kalau ada perkara baharu yang tidak disenaraikan dan penting untuk dilakukan, kita akan maklumkan kepada kerajaan. Oleh itu, saya serahkan kepada rakyat untuk menilai (MPN), kadang-kadang apabila orang politik buat kenyataan, ada muslihat politik," katanya.


#AWANInews
Dah gagal nak nafi lagi..bersaralah Pak DIn...takde makna dah dalam politik Malaysia ni...
 
Sponsored Post

Top
Log in Register