BTC USD 50,808.4 Gold USD 1,782.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majlis kahwin jadi kenduri tahlil

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
dn_34.1.jpg

Kemalangan maut yang menyebabkan seorang rakan baik kepada seorang pengantin baru maut dalam kejadian di jalan Kuching berhampiran Taman Sri Wahyu, Kuala Lumpur, semalam​

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Seorang kakitangan bank, Muhamad Rafiudin Arif Nor Azman, sepatutnya tersenyum riang apabila dia bakal melangsungkan majlis persandingan dengan pasangannya hari ini.

Namun, manusia merancang, tetapi Tuhan yang menentukannya.

Majlis persandingan Muhamad Rafiudin, 23, bertukar menjadi majlis tahlil apabila dia cedera manakala rakan karibnya maut dalam kemalangan di Jalan Kuching, berhampiran Taman Wahyu di sini awal pagi ini.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi ketika pengantin lelaki itu bersama rakannya, Mohd. Sayuti Jalaludin, 23, menaiki kereta jenis Mazda.

Kenderaan dipandu Mohd. Sayuti dipercayai terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah lori membawa muatan sayur.

Berikutan kemalangan itu, Mohd. Sayuti meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhamad Rafiudin cedera di mulut dan kepala dirawat di Hospital Selayang.

Mohd. Rafiudin bernikah petang semalam di rumah pengantin perempuan dan sepatutnya melangsungkan persandingan di sebelah pengantin lelaki tengah hari ini.

Difahamkan, kereta milik Muhamad Rafiudin mengalami kerosakan ketika dalam perjalanan pulang menyebabkan dia terpaksa meminta bantuan Mohd. Sayuti sebelum kedua-dua mereka terlibat dalam kemalangan.

Menurut jurucakap polis, siasatan awal mendapati, pemandu kereta dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum dirempuh lori sayur terbabit.

Katanya, Mohd. Sayuti mengalami kecederaan parah di kepala dan patah kaki kanan berikutan kemalangan tersebut.

Sementara itu, Pegawai Penyiasat Kanan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Supritendan Rizal Abdul Rahman ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, abang Muhamad Rafiudin ketika ditemui di rumah mereka di Taman Sri Gombak hari ini berkata, majlis persandingan adiknya itu ditukar kepada majlis tahlil berikutan kejadian tersebut.

Dia yang enggan dikenali berkata, adiknya dibenarkan keluar dari Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini dan kini sedang berehat.
 
Sponsored Post

zinedine

Banned
Messages
5,741
Joined
Jan 11, 2007
Messages
5,741
Reaction score
22
Points
65
Naik keta Mazda pun boleh mati ker? Bukan ke kereta luar macam Mazda lebih berkualiti & lebih selamat berbanding keta Proton & Perodua?
 

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
sudah suratan takdir...
kita hanya merancang tuhan yg menentukan...
 

otaida00taj

Legendary Member
Messages
10,654
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,654
Reaction score
100
Points
123
pagi-pagi amat keliru jika tak biasa dengan jalan tersebut...
 

silverchair959

Legendary Member
Messages
18,404
Joined
Dec 21, 2005
Messages
18,404
Reaction score
96
Points
135
perghh...tgk kereta pun dah ngeri...kalau dah ajal ada 18 airbag pun tetap dicabut gak nyawa tuh...innalillah...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register