BTC USD 96,509.9 Gold USD 2,895.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majikan Lari Tinggal Pekerja Warga Asing Selepas Lihat Pasukan Imigresen

Md Hanif

Fun Poster
Messages
848
Joined
Jun 13, 2023
Messages
848
Reaction score
64
Points
25
e14678f4668dca1f54bca095d7dda2ad66cd386d7d1ab


Seorang majikan premis makanan bertindak melarikan diri selepas melihat pasukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang melakukan operasi di sebuah kompleks membeli-belah di sini, semalam.

Jabatan itu dalam hantaran di laman Facebook menyebut hasil pemeriksaan di premis berkenaan, lapan pekerja warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini.

Mereka terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, dua lelaki China dan seorang lelaki Myanmar berusia 30 hingga 50 tahun.

Kesemua mereka yang didapati melanggar syarat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, dibawa ke Depot Imigresen Juru untuk siasatan lanjut.

“Usaha mengesan majikan terlibat sedang dilakukan dan tindakan akan dikenakan mengikut peruntukan undang-undang,” menurut JIM.

 
Back
Top
Log in Register