BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majikan Lari Tinggal Pekerja Warga Asing Selepas Lihat Pasukan Imigresen

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,206
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,206
Reaction score
7,159
Points
916
Awards
1
27.08.2024 - Seorang majikan premis makanan bertindak melarikan diri selepas melihat pasukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang melakukan operasi di sebuah kompleks membeli-belah di sini, semalam. Jabatan itu dalam hantaran di laman Facebook menyebut hasil pemeriksaan di premis berkenaan, lapan pekerja warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini. Mereka terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, dua lelaki China dan seorang lelaki Myanmar berusia 30 hingga 50 tahun. Kesemua mereka yang didapati melanggar syarat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, dibawa ke Depot Imigresen Juru untuk siasatan lanjut.

"Usaha mengesan majikan terlibat sedang dilakukan dan tindakan akan dikenakan mengikut peruntukan undang-undang," menurut JIM.​

1724731195037.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register