BTC USD 37,800.1 Gold USD 1,775.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majikan khidmat keselamatan disaran buat saringan sebelum ambil pekerja

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
299,337
Reaction score
12,851
Points
2,376
KUALA LUMPUR: Majikan terutama sektor perkhidmatan keselamatan, seharusnya menjalankan saringan teliti terhadap mana-mana individu ingin diambil bekerja, antaranya merujuk bekas majikan, keluarga dan rakan calon.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsudin Bardan, berkata langkah itu secara tidak langsung membolehkan keadaan mental seseorang dinilai sama ada waras ataupun tidak bagi memegang jawatan pengawal keselamatan, memandangkan tugas itu berkait rapat dengan orang ramai serta keselamatan mereka.

Beliau berkata, malangnya masih ramai majikan tidak meletakkan syarat ketat ketika mengambil pengawal keselamatan di premis perniagaan masing-masing, berkemungkinan besar disebabkan ramai tidak berminat memilih pekerjaan itu.

“Susah untuk kita kenal pasti dengan tepat pekerja yang mempunyai masalah mental, melainkan jika membuat rujukan dengan menghubungi majikan lama atau keluarga calon.

“Kadang-kala masa bekerja yang panjang juga boleh menyumbang kepada tekanan perasaan hingga menyebabkan seseorang pekerja itu bersikap kurang siuman,” katanya ketika mengulas laporan Harian Metro semalam melaporkan seorang wanita hampir melahirkan anak ditumbuk di perut berkali-kali pengawal keselamatan baru bertugas dua bulan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, Johor, awal pagi Ahad lalu.

myMetro
 

CG Sponsors




Top
Log in Register