BTC USD 48,630.0 Gold USD 1,785.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Majikan disaran benar pekerja pulang awal saksi Malaysia tentang Vietnam

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR - Bahang kejayaan pasukan bola sepak Sukan Sea negara memasuki perlawanan akhir untuk menentang Vietnam esok, turut terasa di Dewan Negara apabila majikan disaran agar membenarkan pekerja mereka pulang lebih awal bagi menyaksikan siaran langsung perlawanan itu.

Saranan itu dibuat oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, pertandingan akhir itu akan ditayangkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada pukul 6 petang.

"Mungkin majikan boleh benarkan pekerja masing-masing balik awal, ataupun boleh sediakan televisyen di pejabat supaya pekerja-pekerja dapat menonton,"katanya ketika menjawab soalan Senator Fatimah Hamat pada persidangan Dewan Negara, di sini. –Bernama
 
Top
Log in Register