hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 20,997
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 20,997
- Reaction score
- 1,481
- Points
- 201
Majed Salleh meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah Majed Salleh, 65, menghembuskan nafas terakhirnya, pagi tadi.
Berita pemergian pengarah filem Syaitan Munafiq itu disahkan adik ipar arwah yang juga penyanyi Shiha Zikir menerusi hantaran dalam Instagram (IG).
"Assalamualaikum. Abang ipar Shiha, Abdul Majed Mohd Salleh kembali ke rahmatullah, sebentar tadi.
"Mohon sedekahkan al-Fatihah buat arwah, semoga diampunkan segala dosanya dan tergolong bersama golongan beriman. Aamiin Ya Allah," tulis Shiha.
Pada hantaran berlainan dikongsikan di IG Stories (IGs), penyanyi itu menyatakan seakan tidak percaya dengan khabar duka itu.
"Masih tidak percaya… rasa nak padam hantaran tadi," tulisnya lagi.
Sementara itu, usaha BH Online untuk mendapatkan penyanyi itu tidak berjaya apabila tidak menjawab panggilan telefon.
Terdahulu, arwah Majed yang juga pelakon drama rantaian popular, Gerak Khas dan Metro Squad dilaporkan kritikal apabila fungsi jantungnya tinggal 25 peratus sahaja pada Jun lalu.
Allahyarham menjalani pembedahan memasang perentak jantung di Hospital Serdang pada Jun lau dengan kos RM72,000 yang ditanggung pertubuhan bukan kerajaan.
Pada Julai lalu, isterinya Nur Shida Mohd Zikir, 43, memberitahu suaminya dikejarkan ke Hospital Selayang kerana keadaan jantungnya lemah dan badannya bengkak dan keadaannya juga dilaporkan teruk apabila penyakit merebak ke hati dan buah pinggang.
#beritaharian