Majalah gay buru bekas kekasih menteri

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
BELFAST - Kirk McCambley (gambar) iaitu pemuda berumur 21 tahun yang pernah menjadi kekasih gelap isteri Menteri Pertama Ireland Utara kini diburu oleh sebuah majalah gay di Britain.

Pengarang majalah Attitude, Matthew Todd memberitahu, pihaknya telah cuba menghubungi McCambley.




"Kami mahu menjadikan dia penghias muka depan Attitude. Pembaca kami akan teruja melihatnya," kata Todd kepada agensi berita AFP.

Menurutnya, McCambley menjadi popular di kalangan gay kerana keberanian pemuda itu mendedahkan skandalnya dengan Iris Robinson, 60, iaitu isteri Menteri Pertama Ireland Utara, Peter Robinson.

Berikutan skandal itu, suami Iris terpaksa meletakkan jawatannya buat sementara waktu kelmarin.

Iris pernah mencetuskan kemarahan komuniti gay kerana menganggap golongan tersebut 'tidak normal' dalam satu wawancara dengan stesen radio BBC beberapa tahun lalu.

McCambley berumur 19 tahun semasa dia menjalin hubungan sulit dengan Iris yang ketika itu berusia 58 tahun.

Iris dilaporkan membantu kekasihnya itu membuka sebuah restoran dengan memberikannya sejumlah wang. - AFP
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register